Sekolah Oh Sekolah













teringat zaman sekolah dulu..mungkin tidak macam ini ketika itu..

Le Couple - Hidamari No Uta


Le Couple-Hidamari No Uta..

逢えなくなって
aenakunatte
どれくらいたつのでしょう
dore kurai tatsu no deshoo
出した手紙も 今朝ポストに舞い戻った
dashita tegami mo kesa POSUTO ni mai modotta
窓辺に揺れる 目を覚ました若葉のように
madohen ni yureru me wo samashita wakaba no yoo ni
長い冬を越え 今ごろきづくなんて
nagai fuyu wo koe ima goro kizuku nante
どんなに言葉にしても足りないくらい
donna ni kotoba ni shite mo tarinai kurai
あなた愛してくれた
anata aishitekureta
すべて包んでくれた
subete tsutsunde kureta
まるで ひだまりでした
marude hidamari deshita
菜の花燃える 二人最後のフォトグラフ
na no hana moeru futari saigo no FUOTOGURAFU
「送るからね」と約束はたせないけれど
okuru kara ne to yakusoku hatasenai keredo
もしも今なら
moshimo ima nara  
優しさもひたむきさも
yasashisa mo hitamukisa mo
両手にたばれて 届けられたのに
ryoote ni tabanete todokerareta no ni
それぞれ別々の人 好きになっても
sorezore betsubetsu no hito suki ni natte mo
あなた残してくれた すべて忘れないで
anata nokoshite kureta subete wasurenaide
誰かを愛せるように
dareka wo aiseru yoo ni
広い空の下二度と逢えなくても生きてゆくの
hiroi sora no shita nidoto aenakute mo ikite yuku no
こんな私のこと心から
konna watashi no koto kokoro kara
あなた愛してくれた
anata aishite kureta
すべて包んでくれた
subete tsutsunde kureta
まるで ひだまりでした
marude hidamari deshita
あなた愛してくれた
anata aishite kureta
すべて包んでくれた
subete tsutsunde kureta
それはひだまりでした
sore wa hidamari deshita


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


p/s: suka dengan melodi lagu nie..enjoy..

Tegas atau Panas Baran?

[Time bomb?]


Kakadang bila kita tegas, orang akan tafsirkan kita nie jenis panas baran.. Padahal, kalau tidak tegas, selamanya kita akan terus ditindas.. Pedulikan kata orang, yang penting kita tahu apa yang kita buat dan tidak mahu menurut telunjuk orang macam lembu.. Lembu? Yup..Menurut apa saja tanpa sebarang komen..

What a nonsence and annoying things!


p/s: Stand on your own decisions..Please..

Seberapa Pandaikah Diri Mereka?

[Motor Honda C70]


Penulis telah beberapa kali terserempak dengan mereka dalam hidup ini..Mereka cukup pandai dalam akademik tetapi mereka tidak pandai dalam hubungan antara manusia..

Mereka tidak sesekali merasakan perbuatan mereka itu jelik walaupun sudah beberapa kali ditegur dan hampir dibelasah kerana perbuatan mereka itu..

Mungkin kerana ego, batu besar sangat dalam kepala mereka itu sampai apa yang orang tegur, tidak diambil kira..

Perangai yang dimaksudkan adalah sombong dan bongkak dengan kepandaian akademik.. Memang pandai tetapi kekurangan dalam hubungan antara manusia.. Lack of respect, tidak menghormati orang lain..Mungkin, selepas kena belasah atau koma dalam beberapa hari atau bulan atau mungkin juga tahun, baru sedar betapa pentingnya menghormati orang lain..

Mungkin..Kerana didikan sejak kecil dan kelebihan yang tidak seberapa itu menyebabkan mereka terasa diri lebih daripada orang lain..

Apa yang penting di sini, hormatilah mereka di sekeliling anda walaupun mereka:

1. Tukang sapu.. (Tanpa mereka, rumah anda, sekeliling anda akan kotor)
2. Rakan anda.. (Tanpa mereka, tiada orang lain akan menolong jika anda ditimpa masalah)
3. Tukang kebun.. (Tanpa mereka, tanaman anda tidak akan terurus dengan baik)
4. Petani.. (Tanpa mereka, akan tidak akan dapat makanan seperti buah dan sayuran)


Dan, apa yang penting:

DIRI ANDA (Orang lain tidak akan menghormati anda sekiranya kelakuan anda yang tidak menghormati diri anda sendiri,meremeh-remehkan orang lain mencerminkan anda memang tidak menghormati diri anda)..

------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Belajarlah menghormati orang lain..

Apabila Kami Borak Kosong..

[Sekadar gambar sahaja..Bukan di Seksyen 17..]


Tadi penulis dan kawan-kawan yang lain seramai empat orang keluar makan di salah sebuah kedai makan di Seksyen 17, Shah Alam.. Kami dari Klang untuk hantar Sretcher yang telah dipinjam kepada kami pada hari Sabtu lepas sempena Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Menengah Peringkat Petaling Perdana..

Ketika kami makan, banyak yang kami bualkan..Antaranya pasal makanan, sosial dan lain-lain lagi termasuklah kehidupan kami..Ada tiga kaum berbeza ketika ini; penulis (Kota Bharu,Kelantan) dan seorang lagi kawan (Wangsa Maju,Kuala Lumpur) berbangsa Melayu (Muslim), seorang perempuan (Kapar, Klang) berbangsa India (Hindu) dan seorang lagi lelaki ( Kuching, Sarawak) berbangsa Bidayuh (Kristian)..

Antara perbualan kami berhubung makanan seperti makanan di sesetengah tempat tidak sama dengan tempat kami..Seorang kawan dari Kuala Lumpur pernah tinggal di Kelantan kerana mengikut emaknya bekerja di sana suatu ketika dahulu..Harga makanan di Kelantan banyak pilihan dan harganya memang berbaloi kerana dengan dengan harga RM1 boleh makan sampai kenyang..Tidak lupa bahawa dia ketika ini amat gemar Nasi Kerabu dan order Nasi Kerabu di hadapan penulis..Teman penulis berbangsa India yang turut bersama kami turut merasai Nasi Kerabu dan pertama kali memakannnya..

Turut terkandung dalam topik perbualan kami, relevankah program Bersamamu di TV3.. Teman penulis dari Kuala Lumpur berpendapat ianya tidaklah begitu sesuai kerana ianya seakan-akan menggalakkan orang meminta simpati dari berusaha sendiri..Teman penulis dari Sarawak turut bersetuju kerana ada hujah masing-masing..

Teman dari Sarawak bertanya, 'Kenapa program Bersamamu hanya fokus kepada Semenanjung sahaja?'..Sedangkan di kepulauan Borneo, masih ada yang meraih simpati dari orang ramai..Satu persoalan yang agak menarik..

Bagi mereka yang meraih simpati sedangkan mereka ada kudrat, seeloknya buatlah kerja bukan semata-mata mencari kerja..

Satu cerita dari teman penulis dari Kuala Lumpur; dia pernah tinggal bersama keluarga di rumah haram kerana ketika itu amat perit..Pernah merasai kesempitan hidup dan lain-lain lagi..Mungkin tidak perlu diceritakan di sini kerana bagi penulis, ianya memang satu cabaran hidup yang perlu mereka tempuhi suatu ketika dulu..

Teman penulis dari Sarawak, datuknya hanya bekerja kampung..Buat kerja kampung dan masih boleh hidup dan buat kerja bukan meminta orang menyuap nasi ke mulut..Mungkin ianya sukar untuk diterima masa kini tetapi jika terlalu mengharapakn orang lain, selamanya tidak akan berdikari..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Ketika berjalan, bukalah minda..Banyak pengalaman yang boleh dikutip..Insya Allah..

Perjalanan Penulis




Perjalanan yang jauh mungkin
sedikit sebanyak memberi kita
seribu macam pengalaman..

Perjalanan ini memberi kita
pandangan yang berbeza tentang
sesuatu yang baru mungkin selama
ini kita asyik dan lena dalam mimpi
sendiri..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: perjalanan penulis masih jauh lagi..mungkin lebih terbuka dalam pemikiran
dan tidak terkongkong dengan asabilah dan pemikiran yang terlalu radikal..

Tupai




Ado seko anok tupa

Atah jula mokte

Kudong ekor perut lapar

Jale cari make

Jale cari make


(Ado seko anok tupa

Atah jula mokte

Kudong ekor perut lapar

Jale cari make

Jale cari make)


Kejadie tuhe

Di panggil namo tupa

Asalnyo dale hute

Sejenis mamalia

Kejadie tuhe

Di panggil namo tupa

Asalnyo dale hute

Sejenis mamalia


Kalu pasal jakit ko dehe

Diolah yang paling panda

Jatuh jare-jare

Kerano dio tok sobar


(Panda,panda tupa melopat

Jatuh tanoh jugok

Nok wi gamba orghe jahat

Jange telajok mangok

Jange telajok mangok)


Orghe jame ritu

Pakat hambat tupa

Bimbe ko woh kayu

Takut tok de besar

Orghe jame ritu

Pakat hambat tupa

Bimbe ko woh kayu

Takut tok de besar


Nyor,durie,duku

Kalu de nyo kerit tupa

Pendek tahun tu

Nyo,durie,tok de nok jua


(Orghe kampong tupa sekor

Berambat hari-hari

Nyo pakat likung

Nyo pakat pekong

Tupa tok leh lari

Tupa tok leh lari)


Sakat bedil ado

Tupa abih mati

Hok nie lah sayo raso

Kito sangat rugi

Sakat bedil ado

Tupa abih mati

Hok nie lah sayo raso

Kito sangat rugi


Kito manusia

Tinggi mano pom kito ngaji

Nok wat tupa sekor

Tentu sekali doh tok jadi


(Loni kampong atah Bandar

Jare buleh tengok

Bapok tupa, ibu tupa

Jale bowok anok

Jale bowok anok)


Raso sie sungguh

Tengok seko anok tupa

Kerano telajok kurus

Sapa tokleh nok niti pagar

Raso sie sungguh

Tengok seko anok tupa

Kerano telajok kurus

Sapa tokleh nok niti pagar


Bulu bulu pom abih habih luruh

Air mato bera-bera

Mari dale baruh

Bekali keno racun bakar


(Ado seko anok tupa

Atah jula mokte

Kudong ekor perut lapar

Jale cari make

Jale cari make)


-Halim Yazid-

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


p/s: lagu dan lirik permintaan dari kawan penulis yang berasal dari Perak..Lagu ini sebenarnya dah

lama iaitu pada tahun 2001 lagi..Cukup popular ketika itu..

Positif




Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: carilah sesuatu yang positif. tidak mungkin kita akan maju sekiranya terlalu memikirkan tentang pandangan negatif orang lain terhadap kita. tidak salah sekiranya memandang perkara yang negatif itu menjadi positif tetapi kebanyakan dari kita, sekiranya datang pandangan negatif, terus monyok dan muram..

Hormat




Jangan menuntut orang lain untuk menghormati anda sehingga anda sendiri yang memulai menghormati mereka dan jangan mencela mereka atas kegagalan yang menimpa diri anda namun celalah diri anda sendiri. Jika anda ingin agar orang lain menghormati anda maka hormatilah diri anda sendiri.

Fikir




Fikirkan tentang orang-orang
yang anda cintai..Jangan anda
meluangkan masa sedetik pun
untuk memikirkan orang-orang
yang anda benci kerana mereka
tidak mahu tahu tentang diri
anda dan keresahan yang anda
hadapi..

Kritikan




Jangan menganggap semua kritikan yang ditujukan kepada anda adalah satu permusuhan..
Tetapi ambillah faedah yang terdapat di dalamnya tanpa melihat maksud si pengkritik,
kerana anda lebih memerlukan kritikan daripada pujian..

Seorang Badut




Bertanya seorang 'budak' kepada seorang
'badut' selepas persembahan 'sarkas'..

"Saya lihat kamu sebagai seorang 'badut',
menghiburkan orang ramai.. Buat sesuatu
yang membuatkan orang ramai gelak..
Ramai orang gelak tapi apakah kamu juga
rasa begitu..?

Jawab 'badut' tersebut kepada 'budak' yang
bertanya kepadanya..

"Saya seorang 'badut' telah diarahkan
untuk membuat kerja saya.. Saya tiada
pilihan lain.. Kadang-kala bukan semua
lawak yang saya lakukan tidak sama
dengan perasaan dalaman saya.. Saya
terpaksa menghiburkan orang lain
walaupun apa yang saya lakukan tidak
semuanya sama dengan saya.. Saya
terpaksa lakukannya.. Saya terpaksa
berbohong dengan semua.."

Kata 'budak' itu lagi

"Adakah kamu tiada perasaan..?"

Jawab 'badut' tersebut

"Saya terpaksa sembunyikan perasaan
saya semata-mata untuk menghiburkan
orang lain.. Jiwa saya memberontak.."

Kata 'budak' itu lagi dengan tidak berpuas
hati

"Kenapa buat macam itu..?"

Jawab 'badut' dengan lemah

"Saya tidak mahu melihat orang lain
sedih.. Saya puas melihat orang
lain gembira biarpun terpaksa menyakiti
diri sendiri.. Saya tidak mahu orang
lain terus bersedih.. Biarlah orang
nampak saya macam bodoh asalkan mereka
tidak terus sedih lagi.."

'Budak' yang menanyakan soalan itu
tepingga-pingga dan 'badut' terus berlalu
dari situ..


* Adakah aku seorang badut?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: dah lama tulis cerita ini..sekadar imbasan kembali..

Menentu Masa Depan





Siapakah sebenarnya yang layak dalam menentukan hala tuju atau masa depan anak-anak? Ibu, bapa atau anak-anak itu sendiri?

“Saya seringkali dihimpit rasa bersalah apabila memikirkan ke mana hala tuju saya selepas tamat sesi pengajian nanti. Sedangkan bapa terlalu memaksa saya mengikuti jejak langkahnya dahulu sebagai seorang tentera”.

“Adakah saya digelar anak derhaka sekiranya gagal menurut perintah ibu bapa dalam menentukan masa depan saya sendiri, sedangkan saya mempunyai misi dan arah tujuan yang tersendiri?”.

“Saya melakukan semua ini atas dasar paksaan kedua-dua ibu bapa dan bukannya bersifat ikhlas. Demi merealisasikan impian mereka, saya sanggup berkorban segala cita-cita yang diidamkan selama ini”.

Begitulah antara rintihan dan luahan hati remaja dalam menentukan kerjaya atau masa depan mereka. Siapakah sebenarnya yang layak membuat keputusan? Adakah ibu bapa mahupun anak-anak itu sendiri?

Untuk mengupas isu ini, KOSMO! berpeluang menemuramah kaunselor dari Unit Kerjaya dan Kaunseling, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Rokiah Mahmood.
Menurutnya, masalah yang melibatkan siapa yang layak menentukan hal berkaitan pembelajaran mahupun masa depan anak-anak seharusnya dilihat menerusi pelbagai aspek dan bukannya bergantung pada satu pihak sahaja.

Malah katanya, ia juga berdasarkan daripada kombinasi perbincangan kedua-dua pihak sehingga masing-masing memperoleh titik pertemuan yang tepat.

Dalam membuat keputusan jelasnya, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi pemikiran dan mentaliti ibu bapa dan anak-anak. Pertama, kita seharusnya memahami watak dan ciri-ciri yang ada pada diri mereka. Antaranya:

Watak melawan

Contohnya: Sikap degil seorang anak yang suka melawan ibu bapanya sehingga berani membuat keputusan sendiri tanpa mendengar nasihat dan pendapat ibu bapa.

Watak mengikut

Contohnya: Menyedari sikap ibu atau bapa yang suka mendesak, menyebabkan anak-anak terpaksa mengikut kehendak dan keputusan yang dibuat. Mereka terpaksa menunaikan segala hajat yang diimpikan ibu bapa selama ini tanpa memikirkan kesan dan hala tuju mereka sendiri.

Watak autokratik

Contohnya: Semua keputusan yang dibuatkan adalah berdasarkan jawapan daripada ketua keluarga. Bapa yang akan menentukan masa depan dan cita-cita anak mereka.

Sekiranya seseorang anak ingkar, maka akan timbul konflik dalam hubungan kekeluargaan. Sekiranya anak itu jenis mengikut, dia akan mengalah dan akur dengan setiap keputusan yang di buat.

Watak ibu bapa berkuasa tinggi

Contohnya: Ibu bapa cuba menonjolkan sifat keperibadian tinggi yang ada dalam diri. Mereka inginkan anak-anak mengikut jejak langkah kerjaya mereka selama ini.

Sebaliknya, ibu bapa haruslah memahami setiap perkara yang diingini oleh anak-anak mereka. Kata sepakat dan jalan penyelesaian adalah jalan terbaik dalam menentukan hala tuju anak-anak.

“Sekiranya situasi memaksa, maka ibu bapa haruslah mendalami kesan yang akan ditempuhi anak mereka suatu masa nanti.

“Perlu diingatkan, sekiranya seorang anak memperoleh kejayaan tanpa sebarang ilmu pengetahuan, pengalamannya juga dapat mengajar erti kematangan,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Kata Rokiah, semua langkah-langkah yang dinyatakan itu memberikan kesan terhadap psikologi, rohani, mental dan fizikal kedua belah pihak terutama golongan remaja. “Sekiranya hal ini berlarutan, anak-anak akan berasa tertekan sehingga mengakibatkan tekanan mental.

“Bagi remaja pula, mereka haruslah berani menyatakan pendapat dan kemahuan. Berani berhadapan dengan situasi marah dan berterus-terang perkara yang betul.

“Tidak dinafikan, setiap keputusan yang dibuat oleh ibu bapa mempunyai tujuan dan matlamatnya tersendiri. Mereka hanya inginkan sebuah kejayaan daripada anak-anak dan bukannya sekadar merasai hasil titik peluh anak-anak mereka,” tegasnya.

Orang Yang Kamu Benci




Seorang Guru Sekolah Dasar (SD) mengadakan "permainan". Guru menyuruh tiap murid membawa sebuah kantong plastik transparan dan kentang. Masing-masing kentang tersebut diberi nama berdasarkan nama orang yang dibenci, sehingga jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa tergantung jumlah orang-orang yang dibenci.

Pada hari yang disepakati masing-masing murid membawa kentang dalam kantong plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Selanjutnya guru mengharuskan murid-murid membawa kantong plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke toilet sekalipun, selama 1 minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mulai membusuk, murid-murid mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat baunya juga tidak sedap.
Setelah 1 minggu murid-murid SD tersebut merasa lega karena penderitaan mereka akan segera berakhir.

Guru : "Bagaimana rasanya membawa kentang selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dari murid-murid SD tersebut, pada umumnya mereka tidak merasa nyaman harus membawa kentang-kentang busuk tersebut ke mana pun mereka pergi.
Guru pun menjelaskan apa arti dari "permainan" yang mereka lakukan.

Guru: "Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila kita tidak bisa memaafkan orang lain. Sungguh sangat tidak menyenangkan membawa kentang busuk kemanapun kita pergi. Itu hanya 1 minggu, bagaimana jika kita membawa kebencian itu seumur hidup ?"
Alangkah tidak nyamannya dan beratnya beban kita!

Cerita ini bukan untuk ditujukan kepada sesiapa namun sekiranya anda mempunyai perasan sikap membenci yang diperlihatkan menerusi tingkah laku mahu pun yang tersembunyi seperti menulis di 'BLOG yang sering dicemari dengan kata-kata yang menyiat hati' dan sebagainya. hentikanlah kerana kita semua mempunyai kekurangan. Insaflah wahai rakan-rakan. Fikirkan sekiranya dia mengetahui apa yang anda tulis?? Masya allah..bukan mudah insan lain memaafkan anda seperti mana sukarnya untuk menghilangkan getah yang melekat di baju..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



From: http://asakelate.ning.com/profiles/blogs/org-yg-kamu-benci

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...