Sekali Aku Teringat

Berbuka Puasa Bersama

Lower 6 di Sultan Ismail College

Rumah Lama Heka

Ada satu mesej yang tak dapat aku lupakan dari seorang member aku tike study dulu.. Kami sama-sama menyewa satu rumah ( nie nak dekat exam la nie.. Kononnye nak focus study, so sewa la satu rumah dekat dengan sekolah.. ) bersama-sama dengan beberapa orang lagi..

Banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan terutama bahagian aku ( second chef kat rumah tu.. ) dok goreng ikan keli.. Haha.. Apa punya nasib da tike tue, lupa nak tutup kuali ( paham-paham sendiri la camne goreng ikan keli.. ). Abis separuh minyak kuar tumpah atas lantai dapur..! Kui.. Kui.. Kui.. Jawabnye malam tue gak la kitorang basuh dapur..

Masuk bulan Ramadhan, kitorang secara berjemaah ke Masjid Telipot dengan motor sebab umah dekat dengan masjid tue.. Ade sorang member nie, ex-umah sewa datang pas solat terawih ke umah antar makanan yang penjual yang tak habis barang jualan tue dan disedekahkan ke masjid.. Aiya, dah rosak la makanan tue.. Kembung plastik nak pecah..! Ish, dugaan tul.. Kekadang kitorang ke ke sekolah, dengan berjalan kaki sebab motor tak cukup nak bawak semua sekaligus..

Ada ketika kitorang kesuntukan wang untuk membeli barang dapur seperti lauk ayam dan sayur tauge ( Kalu member satu umah baca, mesti tau berapa sen harga sayur tauge nie.. ! ) Wahahaha.. Giler punya member camni..! Saving giler sampai boleh kata keterlaluan sangat.. So, beberapa kerat yang tinggal nie pakat la duit mana yang tinggal, beli la tepung.. Buat berbuka dengan cucur je.. Haha.. Sadis giler bebudak rumah sewa dulu..

Nanti lain kali aku cite lagi sebab tengah nak ingat balik kenangan dulu.. Wacha..! Huhu..


Sumber: http://airmien.blog.friendster.com


Ada ketika, kami serumah berkongsi dan lebih tepat lagi, mengeluarkan wang masing-masing kerana salah seorang member satu rumah ada kematian yang melibatkan orang tersayang. Mengenangkan member satu rumah, kami tidak kisah menghulurkan wang mana yang ada demi satu nilai kemanusiaan. Apapun, setiap yang manis tetap diingati sampai bila-bila.


------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ya Allah.. Jadikanlah Kami Sebagai Salah Seorang Hamba-Mu Yang Mempunyai Nilai Kemanusiaan.. Amin.. Amin.."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...