Pengajian Am STPM - Mahkamah Tentera




Struktur Mahkamah Tentera

1 - Mahkamah Tinggi Tentera
(a) Membicarakan pegawai berpangkat Staf Sarjan ke atas
(b) Hakim ialah Leftenan Kolonel dan dua orang pegawai tinggi

2 - Mahkamah Rendah Tentera
(a) Membicarakan askar yang pangkatnya di bawah Staf Sarjan
(b) Hakim ialah Yang Dipertuan (Mejar) dan dua orang lain (Kapten/Hakim Peguam)

3 - Pegawai-pegawai yang menganggotai Mahkamah Tentera dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Pertahanan.


Bidang Kuasa Mahkamah Tentera

1 - Sesiapa juga yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan angkatan tentera
2 - Askar simpanan yang dipanggil untuk berkhidmat dalam latihan tentera
3 - Orang awam yang digaji oleh tentera atau sedang berkerja dengan pihak tentera
4 - Orang awam yang berada di atas kapal terbang atau tentera laut
5 - Kes-kes pecah amanah dan displin dalam angkatan tentera


Hukuman dan Rayuan Mahkamah Tentera

1 - Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera tertakluk kepada pengesahan seorang pegawai atasan tentera.
2 - Jika melibatkan hukuman mati, pengesahan hendaklah diperoleh daripada Yang di-Pertuan Agong.
3 - Hukuman yang dijatuhkan boleh dirayu di Mahkamah Tinggi.
4 - Pengampunan boleh diperoleh daripada Yang di-pertuan Agong melalui Lembaga Pengampunan.



Rujukan:
Goay Teck Chong, Wong Yew Hong, Suraini Basir (2006). Teks Pra-U STPM Pengajian Am Kertas I. Pearson Malaysia Sdn Bhd. Selangor

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...