Roots n' Boots - Made in Malaysia




The day had gone too long
its seem like yesterday
this is the land we born
and where we gonna stay
The proud is there
we know and its always in your hearts
that we all stay and fly the flag
of nation pride

The war had gone
and all the heroes had their way
but if its strike again
we know we gonna stand

we gonna stand and fight
we''ll die for this pride land
we''ll show the foes
we great coz we the countrymen

and when u hear the call
we know that u be there
its for the stripe the moon and star
coz we all proud that we was made in malaysia

we had been raised to trust
the god and to the king
we gonna stand and ground
the strengh that come whithin
so if u think u know those feeling that is thru
and its all for the yellow, the red,and white and blue

and when u hear the call
we know that u be there
its for the stripe the moon and star
coz we all proud that we was made in Malaysia

we gonna stand (we gonna shout)
this is the land (that we all proud)
lets join the line and you know whats all about
so if u think (you feel the same)
raise all the flag (of our land)
and feel the pride
inside you know that it is thru

we just dont care
just who u r
just shout it loud
that we was made in Malaysia

p/s: Thanks Allah for the gift

Cara Belajar Yang Betul




Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh satu kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.


Pertama - Tidak Mensia-siakan Biarpun Seminit


Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.


Kedua - Membawa Buku Ke Mana Sahaja Mereka Pergi


Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.


Ketiga - Gunakan Masa Awal Pagi


Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.


Keempat - Buat Nota Ringkas


Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.


Kelima - Mengikut Jadual Sepenuhnya


Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaja buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.


Keenam - Mencuba Soalan Tahun Lalu


Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawab contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.


Ketujuh – Ulang Sebanyak Kali Yang Boleh


Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.


Kelapan - Sentiasa Menanya Kalau Tidak Faham


Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.


Kesembilan : Berikan Penumpuan Pada Pelajaran Yang Lemah


Jika anda lemah dalam Bahasa Inggeris atau Matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.


Ke Sepuluh : Mengunjungi Perpustakaan


Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.


Ke Sebelas : Menjadi Model Dalam Rumah


Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.


Ke Dua Belas : Imbangkan Masa Ko-korikulum dan Akademik


Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada ko-korikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.


Ke Tiga Belas : Belajar Mengikut Rentak Sendiri


Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mengenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.


Ke Empat Belas : Persiapan Minda Sebelum Ulangkaji


Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.


Ke Lima Belas : Elakkan Gangguan Emosi


Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “Saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh perkara yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).


Ke Enam Belas : Kurangkan Kerja Rumah Tangga


Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.


Ke Tujuh Belas : Rancangkan Jadual Ulangkaji Setahun


Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkan dan pangkahkan dengan besar menggunakan pensel. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.


Ke Lapan Belas : Belajar Menyesuaikan Diri Dengan Semua Keadaan


Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “Biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”


Ke Sembilan Belas : Berhati-hati Dengan Kawan Yang Tidak Sehaluan Dengan Anda


Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.


Ke Dua Puluh : Terus Belajar Biarpun Tidak Menampakkan Kemajuan


Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.


Ke Dua Puluh Satu : Terokai Bakat dan Minat Anda


Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.


Kesimpulan


Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

_____________________________________________________________________

Beautiful Grass




Once upon a time there was a teacher
and his student lay down under the big
tree near the big grass area. Then
suddenly the student asked the teacher,

Student : Teacher, I'm confused how we
find our soul mate. Can you please
help me?
Teacher : "Silent for few second, than
he answer" Well, it's pretty hard and
easy question..
Student : "THINK HARD" Ha???
Teacher : Look on that way, there are
a lot of grass there, why don't you
walk there but please never walk
backward, just walk straight ahead. On
your way, try to find a beautiful
grass and pick it up then give it to
me. But just one.
Student : Well, ok then... wait for
me... "Walk straight ahead to the
grass field"

A few minutes later...
Student : I'm back..

Teacher : Em, well I don't see any
beautiful grass on your hand.
Student : On my journey, I found few
beautiful grass, but I thought that I
would find a better one, so I didn't
pick it up. But I didn't realize that
I'm in the end of the field, and I
hadn't pick any. Cause you told me not
to go back, so I didn't go back.
Teacher : That's what happened in real
life.

What is the message of this story?

* Grass --> is people around you
* Beautiful Grass --> is people that
attract you
* Grass Field --> is time

In looking for your soul mate, please
don't always compare and hope that
there will be a better one. By doing
that, you'll waste your lifetime,
cause remember "Time Never Goes
Back".... So try to accept what he/she
is.


p/s: Please be alert with your surround and never too late

Program Integrasi Nasional 3S (Semenanjung, Sabah & Sarawak) 2010




PROGRAM INTEGRASI NASIONAL 3S (SEMENANJUNG, SABAH & SARAWAK)

1BELIA 1MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2010

Pengenalan

Program ini dilaksanakan bagi mewujudkan interaksi dan perpaduan yang lebih erat di antara belia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ia bertujuan untuk mengukuhkan semangat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan belia yang pelbagai kaum dan etnik. Bermula dengan masyarakat majmuk sewaktu mencapai kemerdekaan, kita memulakan proses asimilasi dan seterusnya menuju ke arah pembentukan 1Belia 1Malaysia.

Seramai 28 orang belia dari seluruh negara yang berbilang bangsa dan agama telah terpilih untuk menyertai program ini yang bermula bermula dari 12 hingga 27 Julai 2010 yang melibatkan tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Seorang wakil dari Kelantan, Muhamad Helmi Bin Abdullah, sukarelawan Bulan Sabit Merah cawangan Kelantan telah terpilih mewakili negeri untuk mengikuti program berkenaan.

Objektif

- Mendedahkan kepada para belia di Malaysia tentang perkembangan ekonomi, politik dan sosioekonomi di seluruh negara iaitu di Semenanjung, Sabah dan sarawak.
- Menerapkan identiti nasional ke arah 1Belia 1Malaysia dengan penerapan budaya kecemerlangan, ketabahan, penerimaan, kesetiaan dan integriti dalam diri peserta.
- Meningkatkan semangat patriotik dan nilai jati diri di kalangan belia Malaysia yang pelbagai kaum dan agama.
- Mendekatkan golongan belia dengan masyarakat melalui program interaksi dan aktiviti khidmat masyarakat.
- Memupuk semangat kesukarelaan di kalangan belia agar boleh melakukan transformasi ke arah 1Belia 1Malaysia secara efektif.




Laporan Aktiviti Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban 12 - 14 Julai 2010

Peserta program berkumpul di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Batu Uban Pulai Pinang. Sesi taklimat perjalanan program dan borang penyertaan diisi oleh para peserta dan diserahkan semula kepada pegawai Cawangan Pembangunan Sosial, Kementerian Belia dan Sukan

Sesi ‘Ice Breaking’ dan pemilihan Penghulu, Penghuluwati dan AJK yang bertindak mengikut tugasan masing-masing turut dilaksanakan.

14 Julai 2010 (Rabu)

Ceramah kepada para peserta yang bertajuk Peranan Belia Ke Arah 1Malaysia disampaikan oleh Encik Izwandin, penceramah dari Majlis Belia Malaysia. Melalui ceramah ini, penerangan berkenaan peranan belia dalam pembangunan negara ditekankan.

Persiapan untuk Majlis Perasmian Program Integrasi Nasional 3S telah diadakan sejurus selepas sesi ceramah berkenaan. Para diagihkan mengikut tugasan masing-masing dan namun begitu, peserta boleh membantu rakan-rakan lain jika diperlukan. Latihan persembahan tarian 1Malaysia yang merangkumi bangsa Melayu, Cina, India dan suku-suku kaum seperti dari Sabah dan Sarawak turut diadakan sebelum majlis yang akan berlangsung pada sebelah malamnya.

Majlis Perasmian Program Integrasi Nasional 3S telah disempurnakan oleh Dato’ Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang pada sebelah malam disamping persembahan dari para peserta program ini.

Program Integrasi Nasional 3S Peringkat Negeri Pulau Pinang Kampung Jalan Bharu, Balik Pulau 15 - 19 Julai 2010 15 Julai 2010 (Khamis)

Para peserta dan pegawai pengiring bergerak menuju ke destinasi pertama iaitu Homestay di Kampung Jalan Bharu, Balik Pulau, Pulau Pinang dengan menaiki bas. Perjalanan selama hampir satu jam ini melalui bandar menuju ke kampung dengan panorama yang agak mengagumkan dengan kehijauan alam yang masih terpelihara.

Setibanya di Kampung Jalan Bharu, rombongan disambut oleh masyarakat kampung yang sudah sedia menanti ketibaan kami di sana. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Hj. Zainal, Pengerusi JKKP Kampung Jalan Bharu. Seterusnya ucapan oleh mantan ADUN Pulau Betong dan wakil dari JBS Pulau Pinang sebelum taklimat dan Majlis Penyerahan Keluarga Angkat.

Setiap peserta dan pegawai pengiring Saya bersama saudara Indran a/l Subramaniam, peserta dari Selangor diserahkan kepada keluarga Sarbiah Binti Ariffin, seorang pengusaha katering dan kedai makan di sana.

Pada sebelah petang iaitu aktiviti bersama keluarga angkat, kami berdua bersama dengan rakan-rakan yang ramai iaitu seramai 3 orang dan keluarga angkat masing-masing pergi menikmati Laksa Janggus iaitu sejenis laksa yang agak popular di Pulai Pinang. Sejurus selesai menikmati makanan di kedai, kami di bawa ke Pulau Betong, iaitu tempat pendaratan ikan.
Sebelah malamnya, peserta dikehendaki berkumpul di Dewan Tadika Islam yang terletak bersebelahan SK Sungai Korok bersama keluarga angkat masing-masing untuk sesi berkenalan dan taklimat untuk program seterusnya di Pulau Pinang.

16 Julai 2010 (Jumaat)

Lawatan pertama kami pada pagi ini adalah ke Ladang Herba Sungai Korok yang diusahakan oleh Paksu Dino. Di ladang ini, perbagai herba dan pokok untuk tujuan perubatan tradisional ditanam. Sesi taklimat berkenaan herba diterangkan kepada para peserta oleh Paksu Dino sendiri di ladang berkenaan. Di sana, kami menikmati air limau madu yang rasanya seakan-akan air limau yang dicampur asam.

Pada sebelah petangnya, lawatan ke IKS yang berhampiran. Lawatan pertama adalah perusahaan membuat Kuih Bahulu di kawasan berhampiran tempat kami berkumpul untuk Majlis Penyerahan Keluarga Angkat. Seterusnya perusahaan kraf dari kertas surat khabar kaum ibu untuk gubahan hantaran, bakul dan lain-lain lagi. Lawatan terakhir sekali adalah perusahaan membuat kicap oleh Hajah Maliah. Perusahaan ini kebanyakan dibuat di kawasan berhampiran rumah dan juga rumah mereka sendiri secara kecil-kecilan dan edaran dalam kawasan setempat.

Aktiviti bersama keluarga angkat sejurus lawatan ke IKS pada hari ini, kami seramai 6 orang dari tiga keluarga angkat keluar bersama-sama menuju ke Kawasan Perkelahan Pasir Panjang yang mana kawasan ini pernah dilanda bencana Tsunami pada akhir tahun 2004. Sejurus melawat kawasan perkelahan berkenaan, kami dibawa oleh keluarga angkat ke Bukit Tinggi. Di kawasan ini, terdapat peniaga yang menjual Durian Balik Pulau. Selepas menikmati makanan dan minuman di sana, kami dibawa menuju ke pinggiran pantai berhampiran Queensbay Mall. Di hadapan, terletaknya Pulau Jerejak yang dahulunya menempatkan banduan dan dari jauh boleh nampak pemandangan Jambatan Pulau Pinang.


17 Julai 2010 (Sabtu)

Aktiviti pertama pada pagi ini adalah acara gotong-royong bersama masyarakat kampung untuk memindahkan khemah kanopi yang berada di kawasan berhampiran ke kawasan kami berkumpul kerana pada hari terakhir kami berada di Balik Pulau, Majlis Penyerahan Keluarga Angkat akan diadakan di sana. Aktiviti kami pada pagi ini tidaklah banyak kerana hanya aktiviti gotong-royong yang diadakan.

Sukaneka peserta bersama penduduk kampung bermula pukul 2 petang sehingga pukul 6 petang. Peserta kategori wanita bermain permainan seperti Boling Buah Kelapa, belon berisi air dan lain-lain. Kategori lelaki iaitu bola sepak bersama belia kampung bermula pukul 4 petang dan dipecahkan kepada empat kumpulan.

Aktiviti pada malam hari ini adalah Majlis Makan Malam bersama MBD daerah Barat Daya dan Malam Kebudayaan diadakan kira-kira pukul 8.30 malam. Selain persembahan dari kami sebagai peserta, turut diselitkan juga dengan persembahan dari penduduk Kampung Jalan Bharu.

18 Julai 2010 (Ahad)

Pada kira-kira pukul 8.30 pagi hari, peserta dibawa menyaksikan persembahan Matra Buana iaitu persembahan Persilatan Melayu di Kompleks Sukan Balik Pulau. Kami di sini tidaklah lama kerana kami akan bersiap-siap untuk majlis penutup yang akan diadakan pada sebelah tengahari kira-kira pukul 12 tengahari.

Sesudah selesai majlis penutup di Pulau Pinang, kami dibawa sekitar Pulau Pinang dengan menaiki bas. Kami sempat singgah sebentar untuk bergambar di Empangan Teluk Bahang. Empangan ini mampu memenuhi keperluan bekalan air untuk separuh penduduk Pulau Pinang.
Sebelum kembali ke Kompleks Belia dan Sukan di Batu Uban, kami dibawa ke Queensbay Mall untuk membeli barangan keperluan sebelum berangkat ke Sarawak pada keesokan harinya.

19 Julai 2010 (Isnin)
Pada pukul 4 pagi, para peserta dikehendaki bangun dan bersiap dengan barang-barang masing-masing kerana pada hari ini kami akan bergerak menuju ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang. Apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kami akan mengambil pula penerbangan ke Sibu, Sarawak.

Program Integrasi Nasional 3S Peringkat Negeri Sarawak Rumah Agan, Sungai Mador Bintangor, Sarikei 19 – 23 Julai 2010 19 Julai 2010 (Isnin)

Kami tiba di Lapangan Terbang Sibu setelah menempuh perjalanan selama dua jam di perut kapal terbang. Rombongan kami disambut oleh wakil dari Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Sejurus itu kami dibawa menaiki bas sehingga ke tempat penginapan di Bandar Sibu. Aktiviti bebas selepas mendaftar masuk ke bilik di Hotel Premier, Sibu.

Pada pukul 5.30 petang, sesi taklimat perjalanan program diadakan oleh wakil dari Jabatan Belia dan Sukan Sarawak. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kami sepanjang berada di Sarawak tentang adab resam dan budaya kaum-kaum yang terdapat di sana.

Pada sebelah malamnya, Welcoming Dinner diadakan untuk meraikan kedatangan kami ke Sarawak. Ucapan dari pegawai Jabatan Belia dan Sukan Sarawak dan sesi bergambar diadakan sejurus acara selesai.

20 Julai 2010 (Selasa)

Sebelah pagi, kami melakukan senaman yang dinamakan Sarawak Cergas di Sibu Gateway iaitu satu bangunan berbumbung yang terbuka dan ianya terletak bersebelahan Ling’s Clan Garden. Senaman pagi ini dikendalikan oleh beberapa orang pegawai dari Sarawak. Senaman ini adalah kombinasi dari beberapa jenis tarian kaum-kaum yang ada di Malaysia.

Selepas sarapan, kami bergerak ke kawasan bersejarah di Sibu. Di sana, taklimat disampaikan oleh Encik Bol Hassan Junaidi,anak saudara kepada Allahyarham Rosli Dholi, pejuang kemerdekaan di negeri Sarawak. Lawatan ke Makam Pahlawan sejurus sedikit penerangan. Sesudah selesai melawat kawasan makam,kami dibawa semula ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat lagi dan penerangan berkenaan Rosli Dhobi dan sejarah perjuangan beliau.

Pada tengaharinya, kami bergerak ke Pejabat Residen Bahagian Sibu di Wisma Sanyan. Sesi penerangan tentang sejarah Sibu dan kawasan-kawasan serta ekonomi penduduk di sana disampaikan oleh wakil dari sana. Lawatan ke Lau King Howe Hospital Memorial Hospital diadakan selepas kami melawat pejabat kerajaan tempatan Sibu itu. Hospital ini merupakan sebuah muzium yang menempatkan koleksi peralatan, pakaian dan kelengkapan hospital yang pernah digunakan untuk merawat pesakit sejak sebelum merdeka lagi iaitu sekitar tahun 1930-an.

Selesai sahaja lawatan tersebut, kami dibawa ke tepi Sungai Rajang dan bergambar berhampiran kawasan sana. Lawatan kami seterusnya adalah Bukit Aup yang mana ia merupakan kawasan rekreasi dan pernah menempatkan kawasan perkuburan kaum Iban suatu ketika dahulu.

Lawatan ke Wong Nai Siong Memorial Garden yang terletak di tepi Sungai Merah yang mana di situlah perintis Fucau, Wong Nai Siong mula-mula sampai di Sibu dan membuka kawasan penempatan di sana dan merubah pembangunan Sibu. Mengikut kata penduduk tempatan, air sungai yang berada di tepi kawasan tersebut akan berwarna kemerahan apabila menjelang petang.

Pada sebelah malamnya, kami berjalan kaki ke Sibu Town Square untuk menyaksikan acara 9th Borneo Culture Festival 2010 yang diadakan dari 16 hingga 25 Julai 2010. Pelbagai makanan etnik-etnik yang terdapat di Sarawak boleh didapati disamping konsert di beberapa buah pentas etnik yang ada di sana.

21 Julai 2010 (Rabu)
Selesai sahaja mengemas barang untuk aktiviti seterusnya, kami akan berangkat ke Sarikei iaitu ke Rumah Panjang Agan, Sungai Mador, Bintangor. Perjalanan ini mengambil masa selama hampir dua jam dengan menaiki bas dari Sibu ke destinasi ini.

Sejurus tiba di Rumah Panjang berkenaan, kami disambut oleh Tuai Rumah iaitu Encik Agan Anak Luak. Di samping itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, YBhg. Encik Mohd Selihin B. Hj Kachon turut ada untuk merasmikan Majlis Penyerahan Anak Angkat di sana.

Di sini, saya bersama dengan saudara Zaidi Bin Abdullah peserta dari Kedah dan saudara Zainal Bin Bujang dari Sarawak. Pada petangnya, aktiviti pertama kami ialah Majlis bersama penduduk dan aktiviti sukaneka di kawasan berhampiran. Selesai sahaja aktiviti berkenaan, kami dibawa ke sungai berhampiran untuk mandi di sana.

Persembahan Malam Kebudayaan pada malam ini diadakan selepas makan malam iaitu kira-kira pukul 9 malam. Persembahan dari kumpulan Rakan Muda penduduk setempat dan kami juga diminta mempersembahkan persembahan di sana. Aktiviti malam ini boleh berlanjutan berlanjutan sehingga pukul 4 pagi tetapi kami sebagai peserta diminta menamatkan aktiviti sehingga pukul 12 tengah malam kerana aktiviti kami pada pada keesokan harinya.

22 Julai 2010 (Khamis)

Sarawak Cergas turut diadakan di sini tetapi tidak melibatkan pegawai seperti di Sibu. Aktiviti ini dilakukan oleh pihak kami, peserta dan penduduk Rumah Panjang berkenaan. Senaman ringkas diadakan di kawasan lapang berhadapan Rumah Panjang sebelum sarapan pagi dan aktiviti kemasyarakatan.

Aktiviti kemasyarakatan kami di sini adalah seperti membersihkan kawasan sekitar Rumah Panjang dan dalaman yang sebelum ini diadakan persembahan Malam Kebudayaan. Majlis Penyerahan Semula anak Angkat diadakan kira-kira pukul 11 pagi. Ucapan penutup disampaikan oleh YB Tuan Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen P.208 Sarikei.

Persembahan Tarian Ngajat diadakan sejurus itu. YB turut serta melakukan tarian tersebut. Kami turut serta melakukan tarian tersebut dan mengelilingi Ranyai, iaitu pokok yang dihiasi dengan beraneka barangan, yang tergantung sekeliling pokok dengan tali. Apabila setiap seorang selesai melakukan tarian yang diakhiri dengan memotong satu barangan yang tergantung di pokok berkenaan dengan parang. Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kami semua.

Taman Tasik Sarikei yang terletak di laluan perjalanan kami pulang ke Sibu turut kami singgahi. Kawasan ini adalah kawasan taman yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga di hujung minggu.

Kami peserta tiba semula di hotel yang mula-mula kami menginap di Sibu. Pada malamnya pula, Majlis Randau Makan Malam bersama SABERKAS Sibu iaitu persatuan belia yang terbesar di Sarawak di adakan di Bandar Sibu bagi meraikan kami peserta 3S dan pegawai pengiring di Sarawak.

23 Julai 2010 (Jumaat)
Bersiap untuk ke Lapangan Terbang Sibu dan berlepas ke Sabah dengan menaiki kapal terbang Maswings ATR 72-500 dan juga dikenali dengan nama Fokker. Perjalanan ini mengambil masa hampir dua jam dengan ketinggian 17,300 kaki dari aras laut.

Program Integrasi Nasional 3S Peringkat Negeri Sabah Kampung Usaha Jaya, Bukit Garam, Kinabatangan 23 – 27 Julai 2010 23 Julai 2010 (Jumaat)

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 1 petang. Di lapangan terbang ini, kami berehat dan makan sebentar sebelum mengambil penerbangan ke Sandakan. Berlepas ke Sandakan dengan kapal terbang kira-kira pukul 3 petang. Penerbangan kami ini mengambil masa kira-kira satu jam lebih dengan menaiki Fokker dan tiba di Lapangan Terbang Sandakan kira-kira pukul 4.20 petang

Dari Lapangan Terbang Sandakan, kami dibawa menaiki bas bergerak ke destinasi dan singgah sebentar di bandar Sandakan sehingga pukul 5.30 petang untuk membeli sedikit barangan keperluan dan mengalas perut sebelum menuju ke destinasi berikutnya.

Rombongan kami ini tiba di Kampung Usaha Jaya, Bukit Garam, Kinabatangan, Sabah kira-kira pukul 7.30 malam. Di sana,kami disambut dengan paluan kompang oleh sepasukan kompang dari penduduk GDW Kampung Usaha Jaya, Bukit Garam, Kinabatangan Sabah.

Taklimat dan Majlis Penyerahan Keluarga Angkat di Dewan Serbaguna Tawoi Maratu di sampaikan oleh pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan (P) Daerah Kinabatangan, Encik Wahid Bin Zainal.

Penyerahan peserta kepada keluarga angkat diadakan sejurus selepas sesi taklimat. Di Sabah ini, saya bersama peserta dari Selangor iaitu saudara Indran a/l Subramaniam dan peserta dari Sarawak iaitu saudara Zainal Bin Bujang. Kami diserahkan kepada keluarga Encik Zakaria Bin Lazim dan Puan Sarnimah Bte Hj. Mislong.

24 Julai 2010 (Sabtu)

Aktiviti kami yang pertama dilakukan adalah Program kemasyarakatan bersama penduduk kampung membersihkan kawasan sekitar Dewan Serbaguna Tawoi Maratu dan Kampung Usaha Jaya. Antara aktiviti yang telah dilakukan adalah seperti mengecat semula kawasan dewan termasuk di luar dan dalam dewan. Setiap diantara kami ada tugas masing-masing dan membantu penduduk setempat mengalihkan kerusi batu di hadapan dewan serta memacakkan potongan buluh di sepanjang jalan di kampong berkenaan sebelum dicat oleh penduduk yang lain.

Selesai sahaja aktiviti gotong-royong bersama penduduk, saya dan salah seorang ahli keluarga angkat pergi Pekan Kinabatangan bersama dua lagi rakan peserta 3S untuk membeli sedikit barangan dapur. Pekan ini agak jauh dari kampung dan perjalanan mengambil masa kira-kira 15 minit dengan menaiki kenderaan. Senamrobik bersama masyarakat kampung diadakan di dalam Dewan Serbaguna Tawoi Maratu kira-kira pukul 4 petang.

25 Julai 2010 (Ahad)
Sukaneka atau lebih dikenali juga dengan nama Sukan Rakyat telah diadakan pada sebelah pagi iaitu kira-kira pukul 7.30 pagi. Ianya bertempat di kawasan lapang yang tidak berapa jauh dari dewan yang kami gunakan sebelumnya. Acara terbahagi kepada beberapa kategori antaranya kanak-kanak, belia dan dewasa. Sambutan amat mengalakkan dan mendapat sokongan penuh dari masyarakat setempat. Antara acara-acara tersebut adalah Mencari Gula-gula Di Dalam Tepung, Tarik Tali, Isi Air Ke Dalam Botol dan lain-lain lagi.

Persediaan Malam Kebudayaan telah diadakan pada sebelah petangnya. Acara pada malam ini adalah Malam Kebudayaan dan ianya adalah persembahan pertama kami di Sabah. Pada malam ini, kami akan mempersembahkan Tarian 1Malaysia iaitu persembahan wajib kami sepanjang program ini berlangsung. Selain itu terdapat juga persembahan sampingan lain. Salah satunya adalah Dikir Barat dan lagunya adalah Anak Tupai yang dipopularkan oleh Halim Yazid. Menariknya, tidak ada pun peserta dari Kelantan namun ianya agak menarik untuk ditonton.

26 Julai 2010 (Isnin)
Lawatan kami semua di Sabah adalah ke IKS Usahawan Belia Jaya, iaitu lawatan ke Kedai Kek dan Pusat Kuih Tradisional. Ianya diusahakan oleh Puan Suhaila Bte Haji Mohd. Jukin atau lebih dikenali juga dengan nama Mama Faiz. Di sana kami semua telah diberi penerangan berkaitan usaha beliau membuka perusahaan ini dan walaupun perusahaan ini dibuat di rumah namun ianya mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk dan masyarakat di Sabah. Di sini juga diadakan tempat latihan untuk masyarakat terutama golongan belia yang berminat untuk mempelajari cara membuat kek.

Persiapan di Dewan Serbaguna Tawoi Maratu untuk majlis pada malam ini iaitu acara kemuncak Program 3S iaitu Perasmian Penutup akan diadakan pada pukul 8 malam. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil untuk melancarkan aktiviti berkenaan.

Majlis Penyerahan Keluarga Angkat dan Majlis Penutupan Program 3S Peringkat Kebangsaan 2010 telah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Junaidy Bin Abd Wahab iaitu Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Selain persembahan dari kami peserta yang mempersembahkan Tarian 1Malaysia, Tarian India dan Dikir Barat terdapat juga persembahan dari penduduk antaranya Kulintangan iaitu permainan muzik serupa dengan caklempong tetapi tapaknya agak tinggi dan boleh dimainkan secara berdiri.

27 Julai 2010 (Selasa)

Pada hari ini kami akan bersiap dan mengemas barang untuk bertolak ke Lapangan Terbang Sandakan. Sebelum itu kami sempat bergambar dengan keluarga angkat masing-masing buat kali terakhir. Suasana sedih menyelubungi kami kerana ianya adalah hari terakhir program sepanjang dua minggu ini. Ada di antara kami menitiskan air mata kerana terpaksa berpisah dengan keluarga angkat masing-masing.

Setibanya kami semua di Lapangan Terbang Sandakan, peserta semenanjung, Sabah dan Sarawak akan berpisah di sini mengikut haluan masing-masing. Sebelum berpisah, kami sempat bergambar sebagai kenangan terakhir kami sepanjang program ini. Peserta dari semenanjung tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang. Kami dibawa ke Bukit Jalil sebelum bergerak menuju ke destinasi masing-masing.

Penghargaan
Cawangan Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara
Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang
Jabatan Belia dan Sukan Sarawak
Jabatan Belia dan Sukan Sabah

Keputusan RAE 2010/02



Alhamdulillah, lulus walaupun soalan ada yang agak pening sedikit..

p/s: Emergency communication? Right on get ready

Senangkanlah Hatimu



Di hadapan tugu kesedihan, berdirilah seorang pemimpin besar, sedang berpidato di hadapan beribu-ribu umat. Di antara isi pidatonya antara lain:

"Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan segala yang sulit-sulit. Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujian di mana-mana. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hdapan engkau terhampar prmaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan. Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, peyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian".

Kalau engkau dermawan, senangkahlah hatimu! Kerana dengan kedermawanan engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang, engkau tegakkan orang yang telah hampir roboh. Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau beroleh bahagia: Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang akan berlipat ganda, sebab telah banyak orang lain yang telah mengecap nikmatnya. Kalau sekiranya engkau tak kuasa jadi dermawan, itu pun senangkan pulalah hatimu! Sebab engkau tidak akan bertemu dengan suatu penyakit yang selalu menular kepada masyarakat manusia, iaitu tiada membalas guna, penghilangkan jasa. Mereka ambil kebaikkan budi dan kedermawananmu itu jadi senjata untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhanyang rendah. Saat yang demikian mesti datang kepada tiap-tiap dermawan, yang menyebabkan hati kerapkali patah dan badan kerapkali lemah, sehingg ailang kepercayaan kepada segenap manusia, disangka manusia tidak pembalas guna. Padahal langkah belum sampai lagi kepada puncak kebahagiaan dan beroleh ampunan dari Tuhan.

Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun. Tujuan kenang-kenangan masih jauh. Sebab umurmu masih muda, mudahlah bagimu menjadikan mimpi menjadi kenyataan yang sebenarnya. Kalau engkau telah tua, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit, dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup. Engkau telah tahu firasat, mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan yang ditempuhnya. Oleh sebab itu, segala pekerjaan yang engkau kerjakan itu kalau engkau suka lebih banyak akan membawa faedah dan lebih banyak tersingkir daripada bahaya. Satu detik daripada umurmu di masa tua, lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun di zaman muda, sebab semuanya telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.

Kalau engkau dari turunan yang mulia-mulia, tenangkanlah hatimu! Kerana dirimu tergambar dan terpeta di dalam hati tiap-tiap sahabat itu. Kalau engkau memang di dalam kalangan sahabat yang banyak itu, lazat rasanya kemenangan, dan kalau kalah tidak begitu terasa. Lantaran banyaknya orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, engkau dapatlah insaf, tandanya harga dirimu mahal dan timbanganmu berat. Yang penting ialah engkau dapat keluar dari penyakit mementingkan diri seorang, memandang hanya dari penyakit mentingkan diri seorang, memandang hanya engkau yang benar, lalu masuk ke dalam daerah yang baru, iaitu mengakui bahawa ada lagi orang lain yang pintar, yang berfikir dan kuasa menimbang. Jika musuhmu banyak, senangkan pulalah hatimu! Kerana musuh-musuh itu ialah anak tangga untuk mencapai kedudukan yang tinggi. Banyak musuh menjadi bukti atas sulitnya pekerjaan yang engkau kerjakan. Tiap-tiap bertambah maki celanya kepada engkau, atau hasad dengkinya, atau mulutnya yang kotor dan perangainya yang keji, bertambahlah teguhnya pendirianmu bahawa engkau bukan barang murah, tetapi barang mahal, dari celaannya yang benar-benar mengenai kesalahanmu, engkau dapat beroleh pelajaran. Mula-mula maksudya hendak meracunimu dengan serangan-serangannya yang kejam dan keji, maka oleh engkau sendiri, engkau saring racun itu dan engkau ambil untuk pengubat dirimu mana yang berfaedah, engkau buangkan mana yang salah.

Ingatlah: Pernahkan seekor burung helang yang terbang membubung tinggi memperdulikan halangan burung layang-layang yang menghalanginya?

Kalau badanmu sihat, senangkanlah hatimu! Tandanya telah ternyata pada dirimu kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmatNya, lantaran badan yang sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan. Kalau engkau sakit, senagkan pulalah hatimu! Kerana sudah ternyata bahawa dirimu adalah medan tempat perjuangan di antara dua alam yang dijadikan Tuhan, iaitu kesihatan dan kesakitan.

Kemenangan akan terjadi kepada salah satu yang kuat, kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu, baik kesembuhan dunia, ataupun kesembuhan yang sejati.

Kalau engkau menjadi orang luar biasa, senangkanlah hatimu! Kerana pada tubuhmu terdapat cahaya yang trang benderang tandanya Tuhan selalu melihat engkau dengan tenang sehingg menimbulkan kesuburan dalam fikiranmu, dilihatNya otakmu sehingga cerdas, dilihatNya mata sehingga jadi azimat, dilihatNya suaramu sehingga jadi sihir. Bagi orang lain, perkataan dan tiap-tiap suku kalimat yang keluar dari mulutnya hanya menjadi tanda bahawa dia hidup saja. Tetapi bagi dirimu sendiri menjadi cahaya yang berapi dan bersemangat, boleh meninggikan, boleh memuliakan dan boleh menghinakan, sehingga bolehlah engkau berkuasa berkata kepada alam" "Adalah", sehingga dia pun "Ada".

Kalau engkau dilupakan orang, kurang dikenal, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacatmu, tak ada orang lain yang dengki kepadamu, tak ada orang yang meniatkan jatuhmu, mata tak banyak memandangmu. Itu, dihadapanmu ada puncak bukit kemuliaan orang yang masyhur itu berdiri di atas masyarakat, dan engkaupun salah seorang dari anggota masyarakat itu. Rumah batu yang indah, berdiri di atas kumpulan tanah dan pasir yang kecil-kecil. Dengan demikian itu, engkau akan merasai kesenangan hati yang kerapkali tak didapat oleh yang bibirnya tak pernah merasai air hidup dan rohnya tak pernah mandi di dalam ombak ilham.

Kalau sahabatmu setia kepadamu, tenangkanlah hatimu! Kerana pertukaran siang dan malam telah menganugerahi engkau kekayaan yang paling kekal. Kalau kawanmu khianat, senangkan juga hatimu! Sebab kalau kawan-kawan yang khianat itu mungkir dan meninggalkan engkau,tandanya dia telah memberikan jalan yang lapang buat engkau.

Kalau tanah airmu dijajah atau dirimu diperhamba, senangkanlah hatimu! Sebab penjajahan dan perhambaan membuka jalan bagi bangsa yang terjajah atau diri yang diperhamba kepada perjuangan melepaskan diri dari belenggu. Itulah perjuangan yang menentukan hidup atau mati, dan itulah yang meninggalkan nilai. Ketahuilah bahawa tidaklah didapat suatu bangsa yang terus menerus dijajah**. Jika engkau dari bangsa merdeka, senangkanlah hatimu! Sebab engkau duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain, ada bagiu kesempatan mencari kekutan baru. Kemerdekaan itu mesti diisi dengan bahan-bahan yang baik, dan bagimu terbuka kesempatan yang seluas-luasnya untuk itu.

Kalau engkau hidup dalam kalangan orang-orang yang kenal akan diri dan cita-cita engkau, senangkanlah hatimu! Kerana di sana engkau dapat mengusahakan tenaga muda setiap hari, dan kekuatan pun bertambah, roh serta semangat menjadi baru. Engkau bertambah subur dan tegak, menaungi lautan dan daratan. Kalau engkau hidup dalam kalangan masyarakat yang masih rendah, yang tidak mengerti bagaimana menghargai cita-cita orang, sehingga engkau merasa 'sial-dangkal', maka senangkan juga hatimu! Kerana dengan sebab itu engkau beroleh kesempatan jadi burung, lebih tinggi terbangmu daripada orang-orang yang patah sayap itu. Engkau boleh melayang ke suatu langit khayal, untuk mengubati fikiranmu yan gelisah, untuk melepaskan dahaga jiwamu.

Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkahlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belaskasihanNya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong dibawa satu perasaan di dalam lindungan Tuan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam. Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh. Jika engkau mencinta tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu! Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih, laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walaupun bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa.

Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan kita sendiri.

Merasa tenteramlah selalu, senangkanlah hatimu atas semua keadaanmu, kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup kian minit, kian baru.

Merasa senanglah selalu!

Merasa tenteramlah!


p/s: ambil pengajaran dan panduan buat semua

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...