Simple Tapi Ok

Aku balik ke kampung dan banyak yang telah aku buat.. Antaranya meronda keliling kampung dan kawasan yang lain.. Ada di antara nama-nama makanan mungkin sebutan berbeza di sesetengah tempat dan negeri asalku.. Ya,cukup berbeza dan mungkin kedengaran agak pelik dan jadi agak lawak sikit bila disebut beberapa kali dan diingati kembali.. Jom tengok gambar dan kita bercerita serba sedikit ya..

1. Nasi Kak Wok


[Nasi Campur]


[Rupa nasi dan lauk ayam]


[Simple sahaja]

Nasi Kedai Kak Wok popular sekitar Kota Bharu dan ada juga pembeli yang datang dari Terengganu untuk menikmati makanan simple ini.. Nasi biasa boleh dibeli dengan harga RM2 sehingga RM3 (kalau tidak salah perkiraan) dengan sedikit sayur dan lauk ayam goreng.. Sambal tidak berapa pedas sangat dan rasa agak manis ( mungkin letak asam limau kasturi ).. Ketulan ayam dipotong kecil-kecil dan setiap nilai yang hendak dibeli memang berbaloi kerana dengan RM3 sudah kenyang berbanding makan di kedai mamak yang harganya lebih dua kali ganda tapi tidak kena dengan selera aku.. Em,tekak tidak mahu telan melainkan kalau terlalu terpaksa dan terdesak..

Kedai ini terletak di jalan kampung, berhampiran dengan KBMC (Kota Bharu Medical Center) di Jalan Lundang.. Kalau nak datang untuk menikmatinya, anda boleh bertanya di mana letaknya Kedai Nasi Kak Wok.. Cukup popular biarpun nasi agak simple dengan lauk yang dipotong kecil-kecil, gulai ayam dan sedikit sayur.. Murah dan kenyang itu sudah pasti..

2. Lo'cing


[Lo'cing dalam rak berkaca]


[Disalai macam sate]

Lo'cing atau Sate Ikan boleh didapati dengan mudah di Kelantan.. Kebanyakan dijual oleh penjaja berbasikal yang dilengkapi dengan tungku pembakar dan rak berkaca yang mengandungi makanan ini dan sos pencicahnya samada pedas atau manis.. Penjual ini mengayuh basikal dan membunyikan hon atau trompet bagi menarik minat pembeli..

Menurut maklumat yang diperolehi di Rantau Panjang dari salah seorang penjaja makanan ini, dia mendapatkan bekalan dari kilang pemprosesan yang berhampiran.. Setiap kilang dikehendaki menghadiri kursus yang dianjurkan oleh JAKIM..

3. Gulale


[Gulale]

Nama bagi Gula-gula Kapas di Kelantan adalah Gulale ( sebutan: Gulo Lay ) seperti tertera dalam gambar di bawah.. Cotton Candy pula nama Bahasa Inggeris la.. Yang ini sudah tidak berubah.. Mungkin agak janggal bagi orang bukan asal dari Kelantan..

4. Crepe


[Loghat Kelantan]

Crepe itu adalah kerepek? Mungkin dari loghat Kelantan nak dialih bahasakan kepada Bahasa Inggeris.. Yang ini aku tidak pasti betul ke tidak..

5. Colek


[Colek make sedak neh]

Buah dan Colek.. Colek di sini merujuk kepada rojak buah.. Bukan culik ya.. Buah potong yang dicampur dengan sos pencicah atau bahan perasa atau sewaktu dengannya.. Kuah rojak? Mungkin juga..

p/s: Setiap negeri tidak sama sebutan dan harap ianya tidak pupus dan semakin terpinggir.. Amat menyedihkan kerana sudah banyak bahasa atau loghat Kelantan tidak digunakan lagi pada masa ini.. Sedih juga terasa..

2 comments:

Fatin Abf said...

Nasi Kak Wok !

airmien said...

Iya.. Nasi Kak Wok..
Muroh la berbanding kalu
make kat kedai mamak..
huhu..naik kuning butey mato
kat kedai mamak..


[sengih]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...