Training Silat Di Meru, Klang

Dalam Padang Latihan

Aksi Dari Kerol

Kami Berenam

Training

Bersama Cikgu Khairi dan Persatuan Buddha Yang Membuat Latihan Silat



Training di Meru, Klang memang agak menyeronokkan kerana sedikit sebanyak
dapat tips dan pengalaman yang berharga buat kami beberapa orang ini. Mengikut
perancangan awal, ramai yang datang tapi kerana masalah yang tidak dapat dielakkan,
hanya kami berenam yang datang.

Latihan bermula kalau tidak salah pukul 8 malam, di padang sebelah rumah
Cikgu Khairi. Malam tue, ada sekumpulan orang cina datang ke rumah beliau
kerana mereka ada persembahan sempena perjumpaan tahunan atau dwi tahunan
Persatuan Buddha di Jepun. Menurut maklumat yang diketahui, setiap deligasi yang
mewakili setiap negara, mereka dikehendaki membuat persembahan mengikut
seni mempertahankan diri yang terdapat di negara masing-masing. Jadi, mereka
memilih silat sebagai persembahan mereka di sana.

Hari itu hujan, jadi keadaan padang agak berlumpur dan dipenuhi air. Namun begitu,
latihan tetap dijalankan seperti biasa. Lampu sudah siap dipasang oleh kami, tiada
masalah untuk membuat latihan pada waktu malam.

Latihan dimulakan dengan senaman ringkas untuk mengelakkan kecederaan ketika
latihan berlangsung. Teknik dan kaedah diajar kepada mereka yang terlibat dengan
persembahan berkenaan.

Kami berenam meneruskan latihan kami sehingga hampir pukul 4 pagi sambil
mendengar cerita yang disampaikan oleh Cikgu Khairi dan isteri beliau,
Cikgu Mala. Malam itu, kami bermalam di rumah mereka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...