Muzium Kapal Selam

     Pada 22 November 2012 yang lepas, aku dan rakan-rakan ytang lain berkesempatan melawat ke salah satu muzium yang ada terdapat di Negeri Melaka. Tujuan asalnya adalah ke tempat lain, memandangkan masa masih awal lagi untuk balik ke Lembah Klang, maka aku mencadangkan agar kami melawat ke Muzium Kapal Selam yang terletak berdekatan Pantai Klebang. Jaraknya tidak berapa jauh dari Dataran 1Malaysia, klebang.

     Bayaran masuk untuk melihat ke dalam perut kapal selam adalah sebanyak RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Sedmasa berada di sana, sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dimasukkan ke dalam blog ini.

     Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil semasa melawat muzium berkenaan.
  





















     Menurut sumber dari laman web Perbadanan Muzium MelakaKapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka. Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama pameran Muzium Kapal Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita.

     Melalui muzium kapal selam ini, para pengunjung dapat melihat suasana keadaan di dalam perut kapal selam dan sedikit sebanyak tahu macam mana ianya beroperasi dan lain-lain lagi.

Bah Kuning 2014 (1)

17 November 2014

Rabu

     Awal pagi ini kira-kira pukul 7.30 pagi seperti kebiasaan aku akan buka Facebook bagi melihat apa post yang terbaru dari rakan-rakan dan page yang telah disertai termasuk juga group-group yang ada. Memandangkan aku berada di tanah kelahiranku Kelantan Darul Naim, jadi bolehlah berehat lama sedikit tambahan pula ketika ini musim tengkujuh, hujan membasahi tanah yang sekian lama kekeringan.

     Aku terpandang satu post dari badan beruniform yang telah aku sertai dan menjadi salah seorang sukarelawan bagi Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kelantan. Dalam post tersebut, ada meminta kepada sukarelawan supaya bersedia untuk digerakkan ke lokasi pusat pemindahan banjir yang telah ditetapkan. Beberapa sungai juga dilaporkan telah melepasi paras amaran dan bahaya. Aku menyahut seruan tersebut memandangkan tidak ada apa-apa urusan yang hendak dibuat.

Post dimuatnaik pada pukul 7.39 pagi, 17 November 2014.

     Selesai sahaja bersiap termasuk menyediakan beberapa pasang pakaian kerana akan bermalam di sana, aku terus memandu kereta menuju ke Rumah Amal Tengku Muhammad Faris Petra dimana ianya terletak di Jalan Mahmood. Jarak dari rumah ke sana kira-kira 25 Kilometer. Disana merupakan pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kelantan. Semasa dalam perjalanan menuju ke sana, kelihatan trak 3 tan tentera di Ketereh. Pada fikiranku, ianya tidak menjadi sesuatu yang luar biasa kerana ada kem tentera, Kem Desa Pahlawan  di Kok Lanas. 


Trak 3 Tan kelihatan di Ketereh.


     Hujan rintik-rintik berterusan sepanjang perjalanan menuju ke Kota Bharu pada hari ini. Setibanya di perkarangan tempat yang dituju, cuaca masih mendung lagi. Selesai sahaja mengisi barang yang hendak dihantar ke pusat pemindahan banjir ke dalam lori 1 tan, kami akan bergerak menuju ke sana selepas menunaikan solat Fardu Zohor.



Jumper bateri lori yang telah diganti. Bateri asal telah dicuri. 

     Kira-kira pukul 2 petang, kami bertiga bertolak menuju ke destinasi telah dirancang. Sebelum itu kami singgah sebentar di stesen minyak Carltex di Lebuhraya Salor-Pasir Mas untuk mengisi minyak ke dalam tangki lori.

Bergambar di stesen minyak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.

     Perjalanan kami selepas mengisi minyak adalah ke SK Gual Tinggi, Rantau Panjang. Ianya merupakan pusat banjir yang telah ditetapkan sepertimana yang ada di dalam peruntukan kepada pusat-pusat pemindahan banjir. Jika ada peruntukan, di tempat-tempat pemindahan banjir akan dihantar bekalan makanan dan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir yang telah ditempatkan di sana. 

     Perjalanan kami menuju ke sana melalui Sekatan Jalanraya oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP).   


Sekatan Jalanraya oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP).

     Perjalanan kami ke SK Gual Tinggi kira-kira pukul 2.50 petang iaitu kira-kira 30 minit dari tempat kami mengisi minyak tadi. Setibanya kami di sana, orang yang berurusan dengan kami tidak ada di tempat berkenaan. Ini memaksa kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi kedua iaitu ke SK Sri Rantau Panjang 2.

SK Gual Tinggi terpaksa kami tinggalkan dahulu.

     Perjalanan kami menuju ke destinasi setrusnya lebih kurang 10 minit dari SK Gual Tinggi. Kami bernasib baik kerana dapat serahkan kelengkapan memasak kepada pengawal keselantan yang bertanggungjwab untuk menerima barang kelengkapan bagi pihak sekolah.  











     Selesai sahaja menghantar kelengkapan memasak di sekolah tersebut, kami singgah di sebuah kedai yang terletak berhampiran dengan lampu isyarat yang mana ianya akan kami gunakan untuk menuju ke lokasi pertama kami tadi. Hujan turun dengan lebatnya dan tidak berhenti-henti ketika ini. Makan Roti Tempayan berkuahkan Gulai Daging Kambing kami pada hari ini.

Juadah tersedia di atas meja; Roti Tempayan dan Daging Gulai Kambing

     Perjalanan balik semula ke sekolah pertama tadi melalui hadapan Masjid Beijing yang terletak di Rantau Panjang. Hujan tetap turun tanpa henti-henti. Keadaan jalan yang basah amat merbahaya kepada kenderaan yang bergerak laju kerana jika brek secara mengejut, tayar tidak mencengkam jalan. 

Masjid Beijing, Rantau Panjang pada 17 Disember 2014

Balai Bomba Rantau Panjang, 17 Disember 2014

     Kami tiba semula di SK Gual Tinggi kira-kira pukul 4.20 petang. Kali ini pengawal keselamatan sudah ada di sekolah. Kelengkapan memasak yang kami bawa dibawa turun dan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan oleh pihak sekolah. Borang yang dibawa kemudiaan ditanda bagi setiap barang yang telah dipinjamkan kepada pusat pemindahan banjir. Selesai sahaja kerja kami, kami bergegas pulang ke bandar Kota Bharu. 









     Hujan yang turun mencurah-curah nampaknya seperti tidak akan berhenti mencurahkan airnya ke bumi Kelantan. 


     Di sepanjang perjalanan pergi dan balik, di kiri dan kanan jalan di atas dari Rantau Panjang menuju ke Lebuhraya Salor-Pasir Mas kelihatan ramai penduduk sekitar membuka payung dan berniaga ikan. Memang kebiasaan Orang Kelantan, di mana ada tempat dan peluang, mereka akan mula berniaga.

Penduduk setempat berniaga ikan di tepi jalan.

Air mulai naik dan rumah yang kawasan rumahnya rendah akan terkena banjir.

Perjalanan pulang, hujan tidak berhenti-henti turun.

     Selesai sahaja tugasan pada hari pertama. Pada keesokan harinya kami akan mulai bersiap memunggah barang masuk ke dalam lori 1 tan pada kira-kira pukul 3 pagi. Hujan tidak berhenti-henti dan tanpa disedari lagi, ianya sebenarnya adalah satu tragedi yang berulang, hampir sama seperti 10 tahun lepas malah ianya lebih teruk lagi.




Special Technical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM)

Special Technical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM)

Pasukan STORM ditubuhkan pada bulan Mac 2011. Keanggotan dalam pasukan ini terdiri daripada gabungan pasukan khas jabatan iaitu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan / Emergency Medical Rescue Service (EMRS), Hazardous Materials (HAZMAT) dan Multi-Skill Team (MUST) .

Fungsi pasukan STORM adalah menyelamat di kawasan bandar, tanah runtuh,menyelamat di bangunan tinggi, mencari dan menyelamat di kawasan yang luas, kebakaran hutan, banjir dan menangani insiden serta bencana besar. Pasukan ini terdiri daripada 73 orang anggota dan 12 orang penasihat dimana ianya melibatkan negeri di Semenanjung Malaysia sahaja.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berhasrat untuk mendaftarkan STORM di International Search and Rescue Advisor Group (INSARAG) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada masa akan datang.

Rujukan dari Sejarah Perkhidmatan Kebombaan Sebelum dan Selepas Merdeka.

Rujukan lain di Page Facebook : Airmien Photography 

Gambar koleksi admin.







Abang, Kenapa Balik Lambat?

“Abang, kenapa balik lambat?”

“Maafkan abang sebab balik lambat. Abang belum selesai kerja dekat pejabat. anak-anak dah tidur?”

“Dah abang. Mereka tunggu abang balik dari kerja. Kesian tengok mereka tunggu ayah dia di meja makan. Katanya nak makan bersama.”

“Kesian abang dengan mereka. Nanti hujung minggu ini abang nak bawa mereka keluar bersiar-siar. Kita pun dah lama tak keluar bersama-sama.”

“Baiklah abang. Nanti sayang bagitahu mereka esok. Mesti mereka seronok.”

Airmien Kata: Bekerja perlu untuk sara anak isteri tetapi masa berharga bersama keluarga juga penting.


Sumber dari blog satu lagi. Airmien.wordpress.com

Rapid Deployment Squad (RDS)

     Maaf lama tak update. Kekangan masa dan banyak tertumpu kepada laman sosial di FB. Baru-baru ini pada 12 September 20015 saya telah berkesempatan ke Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia yang terletak di PT 54, Lengkok Bedfield, Off Jalan Wisma Putra, 50460 Kuala Lumpur ( sebelum ini terletak di Jalan Nipah, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur ). 

    Pada hari berkenaan ada satu program di bawah Belia Bulan Sabit Merah Malaysia untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Sejarah dan program-program lain di sana. Kebetulan di sana juga ada satu perkhemahan untuk Belia di bawah Cawangan Kuala Lumpur. 

   Di sana sempat berjumpa rakan-rakan yang sudah lama tak jumpa. Kali terakhir jumpa adalah semasa bertugas bersama Tragedi Bah Kuning Di Kelantan pada akhir tahun 2014 dan awal tahun ini, 2015. Tragedi Bah Kuning 2015 akan diceritakan semula nanti pada masa akan datang.

    Dibawah Bulan Sabit Merah Malaysia ada satu pasukan khas yang terlatih yang akan bertindak memberi bantuan dan membantu Pasukan Penyelamat lain di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN)  mengikut Arahan MKN nombor sekian-sekian, antaranya Arahan No.18.

    Semasa di sana juga ada pertunjukan atau demonstrasi kepada kepada semua yang hadir. Sempat juga mengambil gambar dari RDS. Berikut antara gambar yang dapat diambil.

Encik Rozala dan Encik Arif

 Simulasi kemalangan jalanraya.

Simulasi kemalangan jalanraya dan mangsa dipindahkan ke atas trolly's stretcher.

Encik Putera dan Encik Rozala

Abseiling

Simulasi dengan tali

Simulasi 

Simulasi

     Masih ada banyak lagi gambar tetapi yang ini yang sempat upload kerana yang ini yang diedit dahulu. Nanti akan update aktiviti lain pula.

Petugas Bah Kuning 2014

Saya telah bertugas sebagai sukarelawan di bawah Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Kelantan. Sekarang nak menyusun ayat untuk menjadikannya seperti laporan disamping disertakan gambar apa yang berlaku semasa tempoh 34 hari bertugas. Sebelum, semasa dan selepas banjir.

Gambar banyak di dalam FB termasuk video. Ada gambar yang terdelete dan tak dapat nak recover balik. Sedikit sahaja yang dapat diselamatkan. Nasib baik, gambar semasa kejadian upload dahulu di dalam FB.

Kenangan Bah Kuning 2014. 10 tahun sebelum itu saya pernah bertugas untuk banjir tahun 2004. 13 hari sebelum Tragedi Tsunami di Acheh, 26 Disember 2004.

Pengalaman betugas semasa banjir berkenaan saya ada tulis di dalam blog ini cuma tahun 2014 tidak sempat. Menulis banyak menggunakan telefon bimbit.

Maklumat Hujung Jari

1. Maklumat sekarang memang senang kerana dengan adanya internet, capai laptop dan telefon pintar, mulakan pencarian di enjin pencari. Yang boleh cari menerusi Google, Yahoo! dan lain-lain lagi. Netscape dah lama tak guna. Entah ada lagi ke tidak tak tahu la.

2. Namun ada segelintir manusia ini sebab kerana tidak dapat menggunakan kemudahan dengan  maklumat ada di dalam kepala maka dia main sebut saja. Padahal dia lahir pun tidak waktu kejadian tersebut.

3. Sebagai contoh, seorang pelajar yang nak menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini nak bercakap pasal enjin kereta Proton Saga keluar pertama negara. Kereta dikeluarkan pada pertengahan tahun 80-an, dia lahir pertengahan tahun 90-an.

4. Diharapkan agar dapat mencari maklumat dengan sebaiknya.

Apabila Tiada Idea Nak Menulis

Dilanda sesuatu perkara iaitu kehilangan idea nak menulis.

Ada idea menulis lagi ya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...