Pemakaian Beret Bulan Sabit Merah Malaysia

     Bulan Sabit Merah Malaysia merupakan salah satu pasukan beruniform yang ada di Malaysia. Keanggotaan dan keahlian bermula dari peringkat Sekolah Rendah (Link) kemudiannya Sekolah Menengah (Belia) dan kemudiannya Pasukan Bantuan Sukarela yang mana lepasan sekolah berusia 18 tahun ke atas.

     Pakaian seragam sebagaimana pasukan beruniform telah dinyatakan di dalam Buku Panduan No.5 berkaitan Pakaian Seragam PBSMM. Selagi mana ianya tiada perubahan, setiap ahli hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

     Beret Bulan Sabit Merah Malaysia.

A. Beret bulu warna biru gelap.

B. Lencana:

i. Pegawai : Lencana Sulam
ii. Ahli Biasa : Lencana Logam.

Cara Pemakaian:

A. Lencana di atas kening kiri.
B. Jarak satu jari dari kening dan terus ke belakang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...