Punca Persatuan Tidak Dapat Pergi Jauh

Punca Persatuan Tidak Dapat Pergi Jauh. Ramai yang hendak menjadi orang atas atau pegawai di dalam persatuan tetapi tahukah anda, apa sebab-sebab yang menjadi punca mengapa persatuan tidak dapat pergi jauh seiring perubahan zaman? Berikut adalah punca-puncanya.

1. Jawatan Dipegang Oleh Orang Yang Tidak Selayaknya.

A. Punca - Dipegang oleh orang yang tiada ciri-ciri seorang pemimpin. Hanya semata-mata nama jawatan tetapi tidak bergerak. Mesyuarat datang dan banyak bercakap tetapi tidak memberi cadangan.

B. Penyelesaian - Jawatan dipilih dari orang yang boleh memberi komitmen dan sedia bekerjasama bagi memajukan persatuan. Pemilihan berdasarkan produk serta komitmen yang telah dijalankan sepanjang aktiviti.

2. Tidak Ikut Peredaran Semasa.

A. Punca - Hala tuju dan motif serta tujuan masih tidak berkembang. Dunia semakin lama semakin maju dengan teknologi dan inovasi tetapi pemikiran masih sama. Berpegang kepada falsafah lama dan tidak seiring dengan perubahan semasa.

B. Penyelesaian - Ikut perkembangan dunia semasa dan trend terkini. Selalu membaca berita, mencari maklumat dan informasi terkini sekurang-kurangnya dunia luar negara. Jika tempatan, ianya bersifat membina.

3. Tidak Kreatif.

A. Punca - Tiada usaha memajukan persatuan setanding malah lebih daripada yang lain. Tiada pemikiran global dan glokal.

B. Penyelesaian - Idea dari pihak lain yang menarik boleh diketengahkan bagi mengembangkan idea berfikir spontan.

4. Tiada Inisiatif.

A. - Usaha untuk memajukan persatuan tiada langsung dari dalam diri. Hanya berpegang kepada sikap sebagai seorang pengguna, bukan sebagai pengeluar produk.

B. - Berani meluahkan pendapat dan pendapat itu didengari oleh semua pihak. Pendapat jika tidak dapat dilaksanakan segera, ianya boleh dibuat pada masa akan datang.

5. Dengki dan Khianat.

A. Punca - Sikap dan gejala yang tidak sihat apabila melihat orang lain boleh memberi pandangan dan buah fikiran untuk memajukan persatuan. Kelompok ini akan menarik kelompok yang sama dan bekerjasama nenjadi individu berkenaan.

B. Penyelesaian - Sikap individu jika tidak diubah boleh menjahanamkan organisasi. Rawatan dari pakar psikologi boleh membantu.


Buku Nota Kecil dan Budaya Professionalime

1. Buku nota kecil di tangan dan ditulis apabila perlu.
2. Menulis nota ringkas supaya mudah ingat sebab lumrah manusia memang pelupa. Berapa peratus manusia yang ingat setiap peristiwa yang berlaku?
3. Tak perlu nak perlekehkan orang yang menulis nota dan bawa ke mana-mana dan pembawa buku ini tidak perlu rasa tertekan.
4. Kebiasaan boleh tengok semasa ada mesyuarat dan kursus, kebanyakan ada yang tidak bawa kertas malah pen juga tidak dibawa!
5. Sudahlah tidak bawa semuanya itu, pinjam pula dengan orang lain. Budaya lama-lama menjadi gejala.
6. Apabila ditanya balik, apa yang telah dibincangkan semasa mesyuarat yang lepas, kalut bertanya kepada orang lain. Bukan orang lain, pegawai sendiri pun macam itu. Kononnya berpangkat lama dan dikatakan boleh mengajar.
7. Gejala yang tidak sihat ini bukan berlaku sehari dua tetapi bertahun-tahun. Boleh diperhatikan bermula dari sekolah rendah sehingga lepasan sekolah dan orang tua. Setiap lapisan peringkat umur ada.
8. Paling ketara, golongan ini menganjing orang yang menulis. Langsung tidak menunjukkan mereka sebagai seorang yang bertanggungjawab.

Ambulans Kenakan Bayaran? Kenapa dan Mengapa.

Menjawab persoalan ini memerlukan seseorang itu tanya terus kepada pihak yang berkenaan, bukan tanya kepada pihak yang separa berkaitan.

Di bawah adalah kenapa dan mengapa.

1. Pihak ambulans hospital tidak semestinya akan respond kepada kes untuk penghantaran pesakit dari hospital ke hospital atau dari rumah ke hospital dan hospital ke rumah terutama melibatkan temujanji.

2. Apabila keadaan ini, pihak hospital atau mana-mana pihak akan merujuk kepada pihak yang boleh menjalankan tugas tersebut. Seperti yang sedia maklum, ambulans hospital hanya akan respond kepada tugas hakiki mereka; urusan kecemasan dan kemalangan yang melibatkan nyawa. Selain itu, pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) juga akan bertindak sebagai bantuan. Di sesetengah tempat seperti di Lembah Klang, Bulan Sabit Merah Malaysia dan St. John Ambulans turut serta.

3. Berkenaan isu bayaran yang dikenakan oleh pihak ambulans swasta ianya adalah kerana beberapa faktor antaranya seperti berikut;

A. Bayaran digunakan untuk membayar gaji pekerja yang bertugas. Pekerja yang berkhidmat dengan ambulans ini dibayar dari bayaran yang diterima oleh pesakit. Ada yang tiada gaji tetap tetapi berdasarkan elaun dari perkhidmatan. Jika tiada pelanggan, maka tiadalah duit kepada mereka. Tidak makanlah mereka pada hari tersebut.

B. Bayaran digunakan untuk servis ambulans. Selagi mana ianya bergerak dan memberi khidmat, selagi itukah perbelanjaan terpaksa dikeluarkan untuk bahan api seperti petrol atau diesel. Jangan lupa, minyak hitam atau minyak silinder perlu ditukar setelah mencapai tahap-tahap dan masa perlu ditukar seperti juga kenderaan lain.

C. Bayaran untuk topup barang-barang di dalam ambulans itu sendiri. Isi di dalam tong oksigen perlu diganti jika digunakan. Apabila sampai masa, akan diisi. Barang di dalam Ambu Bag juga perlu diganti dan dibeli. Jika ada pihak farmasi atau hospital yang dapat bekalkan barangan ganti, kos dapat dijimatkan.

D. Tayar juga sampai masa perlu ditukar. Minyak gear juga ada. Bunga tayar tahan sampai bila jika asyik keluar tanpa henti kenderaan ini? Keadaan sama juga dengan kereta atau motorsikal serta kenderaan lain.

E. Bayaran lain-lain perkara lain diluar duga. Bila-bila masa ambulans boleh breakdown dan ianya memerlukan kos penyelenggaraan. Kos ini terpaksa ditanggung sendiri okeh pihak yang mengendalikan kenderaan ini. Nampak senang tetapi enjin 24 jam 7 hari seminggu jalan lama-lama akan jahanam.

4. Adalah perlu mendapatkan maklumat daripada pihak yang mengendalikan ambulans selain hospital kerana perbezaannya lain. Perbezaannya adalah seperti berikut;

A. Gaji pekerja ambulans dibayar oleh kerajaan manakala swasta dibayar syarikat atau berdasarkan trip perkhidmatan.

B. Kos penyelenggaraan ambulans hospital kerajaan akan ditanggung manakala pihak swasta ditanggung sendiri. Jika ada sumbangan, ianya agak bernasib baik.
Jika ada sebarangan penambahan info dari pihak yang mengendalikan ambulans, sila maklum kepada saya.

Ditulis pada 1 Ogos 2016, pukul 4.23 pagi.
Dimuatkan di laman sosial Facebook milik sendiri dan dikongsi oleh rakan yang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...