Improvised Cold Pack

1. Ini adalah projek improvised cold pack yang telah dijalankan untuk diletakkan didalam bekas ais apabila keluar bertugas melibatkan VAD [Voluntary Aid Detachment] atau dikenali juga dengan nama PBS [Pasukan Bantuan Sukarela], di tempat bertugas.

2. Bahan-bahan dan barang adalah seperti berikut:

a. Kanji.
b. Air.
c. Plastik.
d. Salotape
e. Periuk.

3. Cara membuatnya adalah seperti berikut:

a. Masukkan kanji ke dalam periuk mengikut kesesuaian. Bancuh bersama air sebelum dimasak di atas dapur.








b. Campuran kanji dan air apabila dimasak, ia akan berubah menjadi agar-agar atau jeli apabila dikacau. Warna dari keputihan akan berubah kepada warna agar-agar; sedikit lutsinar.



c. Apabila siap dimasak dan bertukar menjadi pekat, padamkan api dan tunggu sehingga sejuk. Masukkan ke dalam plastik.




d. Masukkan ke dalam bungkusan plastik yang pertama. Kita masukkan ke dalam beberapa lapisan plastik bagi mengelakkan ianya pecah apabila menggunakan plastik yang nipis. Lipat bungkusan plastik berkanji tersebut dan tampal dengan salotape.



e. Masukkan bungkusan pertama ke dalam plastik yang kedua. Kalau plastik tebal dan diyakini tidak pecah, cukup la sekadar satu lapisan plastik sahaja.


f. Lipat bagi saiz sama sebesar tapak tangan. Bergantung kepada saiz yang dikehendaki.



g. Masukkan tag / tanda Cold Pack di lapisan plastik kedua. Ianya bertujuan untuk memberitahu apa benda barang tersebut.




4. Ada banyak bahan yang boleh digunakan untuk dijadikan cold pack tetapi kanji lebih baik berbanding menggunakan cecair pencuci pinggan mangkuk kerana kanji tidak beracun dan selamat jika ianya pecah, secara tidak sengata ketika itu tidak membasuh tangan dan makan makanan. Selamat untuk kanak-kanak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...