Hadiah Hari Ulang Tahun Kelahiran

Nikon D5100

Alhamdulillah. Bertambah rezeki untuk memakai kamera DSLR dari jenama Nikon model D5100. Sebelum ini memakai Sony Cybershot DSC-H9 selama lebih 4 tahun. Masih boleh digunakan lagi cuma butang shutter speed patah dan bateri dah tidak berapa elok [asyik cepat habis].

Bidang fotografi bermula dari kamera filem lagi sehingga kini, beralih kepada DSLR. Masih perlu belajar dengan orang yang lebih berpengalaman dan perlu lebih kreatif ketika mengambil gambar.

Ianya juga sebagai hadiah sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada diri sendiri pada hari ini, 1 Jun 2012. 

p/s: Alhamdulillah. Syukur kerana impian untuk memiliki kemera DSLR tercapai walau mengambil masa yang lama untuk memilikinya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...