Kepentingan Mempelajari Bahasa Inggeris [Realiti]

[Ada yang memberi tanggapan positif dan cadangan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar]

[Apabila pandangan diberikan oleh orang yang tidak berfikiran jauh masuk dan memberi pandangan yang tidak berpaksikan situasi sebenar]

[Apabila pandangan yang dilontarkan menyentuh isu agama]

[Dua orang pengkritik yang mengkritik tindakan aku menggunakan dialek Kelantan dan mungkin tidak membaca komen yang terdahulu]

[Apabila pandangan yang aku berikan dengan menggunakan ayat baku dan seratus peratus Bahasa Melayu yang biasa ditulis di dalam surat rasmi]

[Pandangan dari peribumi Sarawak yang berfikiran jauh]


1. Mentaliti orang Malaysia terutama Orang Melayu berhubung penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pembelajaran amat mendukacitakan.

2. Masih ramai lagi yang tidak memandang dari sudut realiti terutama apabila memasuki pusat pengajian tinggi yang rata-rata buku rujukan yang ada di dalam perpustakaan, adalah di dalam Bahasa Inggeris.

3. Jika pengkritik hanya pandai mengkritik dan memberi pandangan yang hanya berat sebelah pihak, ianya akan menyebabkan mereka mengeluarkan kritikan negatif dan tidak berpijak ke dunia realiti.

4. Bukan semua pusat pengajian tinggi menggunakan Bahasa Melayu semasa di dalam kelas dan proses pembelajaran. Tambahan pula, pensyarah berasal dari luar negara, sudah pasti beliau akan mengajar di dalam Bahasa Inggeris. Nota-nota yang diberikan semuanya di dalam Bahasa Inggeris melainkan jika pensyarah itu warganegara atau berasal dari kepulauan Melayu atau yang fasih berbahasa Melayu.

5. Apabila pengkritik mengaitkan dengan agama, ianya seakan-akan mereka sudah betul tetapi agama bukan hanya agama untuk satu-satu bangsa dan ianya adalah untuk semua. Jika ingin berhubung atau memberi penerangan agama Islam kepada muallaf yang berasal dari luar negara terutama Eropah atau kepulauan Inggeris, bahasa asing perlu dikuasai.

6. Stigma yang masih tidak boleh diubah oleh masyarakat atau orang yang bukan berasal dari Kelantan, apabila penduduk atau orang Kelantan bertutur menggunakan dialek Kelantan, pandangan sinis mula diberikan.

7. Penduduk Kelantan cukup tidak suka apabila orang luar biadap dan sombong apabila bercakap dengan mereka. Jika layanan yang diberikan baik, maka balasan baik juga akan diberikan kepada mereka. Bukan tidak boleh bertutur dengan bahasa standard tetapi apabila orang sombong atau biadab, dialek Kelantan akan digunakan sebagai membalas hujah yang agak biadab dan tidak sopan.

8. Berkenaan buku rujukan di perpustakaan, amat susah untuk mencari buku rujukan di dalam Bahasa Melayu terutama subjek Sains seperti Biologi, Kimia dan Fizik. Istilah yang digunakan jika dialihbahasa, maksud yang diberikan tidak tepat dan kena dengan maksud sebenar. Begitu juga dengan bahasa yang digunakan, ada juga istilah Latin, Greek dan lain-lain lagi bahasa di dalamnya.

9. Bagi peniaga yang ingin mendapat pendapatan lebih, mereka boleh memasarkan produk barangan mereka ke luar negara dan Bahasa Inggeris adalah antara contoh bahasa yang perlu dipelajari. Jika tidak, agak susah untuk memberi penerangan terutama berkenaan kandungan di dalam makanan, apa kegunaan produk yang dikeluarkan dan kelebihan produk mereka berbanding produk yang dikeluarkan oleh syarikat lain.

10. Tidak ada paksaan untuk menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Jika dikuasai, peluang pekerjaan lebih cerah apabila pelajar menamatkan pengajian dan mencari kerja di syarikat-syarikat antarabangsa serta boleh bekerja di luar negara.

11. Apabila manusia sentiasa berada di dalam zon selesa, tahap pemikiran mereka agak terbatas dan pemikiran mereka agak terkongkong; lebih suka berada di tempat yang sama.

12. Ini berlawanan dengan seruan agama dan melalui alunan azan yang mengajak umat Islam khususnya untuk menuju kejayaan. Alunan azan setiap hari adalah sebanyak 5 kali sehari yang sentiasa menyeru umatnya begerak lebih aktif dan bukannya pasif atau tidak bergerak langsung.

13. Jika di dalam pemikiran manusia sudah diasuh sejak kecil lagi untuk tidak berubah, sudah pastinya manusia tidak akan berubah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...