Jawatankuasa Logistik BSMM Cawangan Kelantan

MESYUARAT PENUBUHAN JAWATANKUASA LOGISTIK
BULAN SABIT MERAH KELANTAN

Tarikh : 8 Jun 2011
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Bilik Gerakan Bulan Sabit Merah Kelantan

Hadir : 1) En Rosemi Bin Jusoh
2) Amir Saifullah Bin Che Ibrahim
3) Abd. Aziz Bin Mohd Ali
4) Muhammad Za’im Bin Izani
5) Mohd Zikri Bin Mokhtar
6) Mohd Noor Khairi Bin Mazlan
7) Muhd Hilman Bin Mohd Nawi
8) Muhammad Faiza Bin Mohd Zin
9) Mohd Hafiz Azrin Bin Wan Hasan
10) Mohd Asyraf Azranee Bin Apandi
11) Anwar Bin Mustapha
12) Wan Mohammad Adnan Bin Wan Mohd Yusoff
13) Muhammad Rizdwan Bin Mat Yashim

Tidak Hadir Bersebab : 1) Mohd Zura Azim Bin Zulkifli
2) Wan Rasydan Bin Wan Teh
3) Wan Ahmad Asyraf Bin W Mohamad Fadri
4) Mohd Firdaus Bin Zakaria
5) Muhammad Nurhashimy Bin Che Hasim
6) Muhamad Helmi Bin Abdullah
7) Nasaruddin Bin Idris
8) Mohd Azmer Bin Mat Shor Nasir
9) Mohd Izattullah Bin Hamid
10) Mohd Walie Aslam Bin Nordin
11) Mohd Nazmi Bin Mat Nasir
12) Mohd Nazri Bin Ludin
13) Mohamad Azizi Bin Mohamad Arifin
Agenda Mesyuarat :-
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Pemilihan Jawatankuasa Logistik Bulan Sabit Merah Kelantan
3.0 Perkara – Perkara Berbangkit
4.0 Hal – Hal Lain
5.0 Penutup

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
1.0 Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli – ahli yang
dapat hadir dalam mesyuarat ini.

2.0 Pemilihan Jawatankuasa Logistik Bulan Sabit Merah Kelantan

Pengerusi : En. Rosemi Bin Jusoh
Timb. Pengerusi : Mohd Zikri Bin Mokhtar
Naib Pengerusi I : Abd. Aziz Bin Mohd Ali
Naib Pengerusi II : Muhd Hilman Bin Mohd Nawi
Setiausaha : Muhammad Faiza Bin Mohd Zin
Pengawai Eksekutif : 1) Muhd Kharudi Bin Ab. Rashid
2) Mohd Ikhwan Bin Mukhetar

Ahli – Ahli Jawatankuasa :-

Pengurusan Barangan Logistik : Mohd Zikri Bin Mokhtar
Pembantu : Semua ahli Logistik

Pengurusan Kenderaan Darat : Abd. Aziz Bin Mohd Ali
Pembantu : 1) Muhammad Nurhashimy Bin Che Hasim
2) Mohd Firdaus Bin Zakaria

Pengurusan Kenderaan Air : Mohd Azmer Bin Mat Shor Nasir
Pembantu : 1) Muhammad Rizdwan Bin Mat Yashim
2) Wan Ahmad Asyraf Bin W Mohamad Fadri

Penyelaras Logistik : Amir Saifullah Bin Che Ibrahim
Naib Penyelaras Logistik I : Mohd Noor Khairi Bin Mazlan
Naib Penyelaras Logistik II : Muhamad Helmi Bin Abdullah

Teknikal Elektrikal : Mohd Zura Azim Bin Zulkifli
Pembantu : 1) Wan Rasydan Bin Wan Teh
2) Mohamad Azizi Bin Mohamad Arifin
3) Mohd Izattullah Bin Hamid
4) Mohd Walie Aslam Bin Nordin

Teknikal Elektronik : Nasaruddin Bin Idris
Pembantu : 1) Muhammad Za’im Bin Izani
2) Mohd Asyraf Azranee Bin Apandi
3) Mohd Hafiz Azrin Bin Wan Hasan
2.1 Pemilihan Jawatankuasa Logistik Bulan Sabit Merah Kelantan telah dicadangkan
dan dipersetujui oleh semua ahli yang hadir dan seterusnya disahkan oleh
Pegawai Logistik Bulan Sabit Merah Kelantan.

3.0 Perkara – Perkara Berbangkit

3.1 Perkhemahan Perdana Peringkat Negeri
Tempat : Kem Kandis, Bachok
Masa : 27 – 30 April 2011

3.2 Perkhemahan Sukarelawan Belia 2011 ( SUKBEL 2011 )
Tempat : Kem Kandis, Bachok
Tarikh : 25 Mei – 6 Jun 2011

3.3 Masalah Berbangkit :
3.3.1 Tenaga Kerja
Kekurangan tenaga kerja semasa perkhemahan berlansung
menyebabkan banyak kerja – kerja yang tidak dapat
diselesaikan dengan cepat. Disebabkan itu, petugas yang
sedia ada terpaksa melakukan tugas dengan lebih masa
untuk menyelesaikan kerja – kerja tersebut.

Tindakan : Pegawai Logistik perlu mencari ahli yang ramai untuk
mengurangkan bebanan kerja pada masa akan datang.

3.3.2 Kerosakan Kenderaan
Ahli – ahli Logistik perlu memastikan semua kenderaan
diselenggarakan dengan baik sebelum dan selepas digunakan.
Selain itu, rekod penggunaan kenderaan perlu disediakan untuk
mengetahui siapa yang menggunakan kenderaan jika berlaku
kerosakan.

Tindakan : Jawatankuasa pengurusan kenderaan perlu
menyelenggara semua kenderaan dan meyediakan
buku log perjalanan untuk semua kenderaan.

3.3.3 Kerosakan Barangan Dan Kekurangan Peralatan Logistik
Memastikan barangan yang rosak dibaikpulih secepat mungkin
untuk kegunaan pada masa akan datang. Selain itu, kekurangan
barangan seperti plastik sampah menyebabkan banyak
sampah – sampah yang bertaburan semasa perkhemahan.

Tindakan : Jawatankuasa pengurusan barangan logistik perlu
membaiki barangan yang rosak dengan kadar segera
dan memastikan semua barangan mencukupi sebelum
perkhemahan berlansung.




3.3.4 Penyelarasan Kerja
Meyediakan jadual kerja untuk para petugas melakukan kerja dan
mendapatkan rehat. Dengan ini, setiap kerja yang dilakukan akan
menjadi lebih sistematik.

Tindakan : Pihak sekretariat perlu memastikan jadual kerja
disediakan sebelum sesuatu perkhemahan berlansung.

4.0 Hal – Hal Lain

4.1 Elaun
Menyediakan elaun untuk para petugas bagi menaikkan semangat para
petugas untuk menjalankan tugasan dengan sebaik – baiknya.

4.2 Kelas Sebelum Perkhemahan
Mengadakan kelas kepada semua bakal – bakal petugas untuk menambahkan
ilmu pengetahuan mereka. Dengan ini, ia dapat memperjelaskan tahap sesuatu
tugasan yang perlu dilakukan agar mereka tidak melakukan kerja melebihi
skop tugas mereka.

4.3 Kursus Bersijil
Memperbanyakkan kursus kepada ahli – ahli logistik seperti kursus
pertolongan cemas asas dan kursus pertolongan cemas lanjutan untuk
meningkatkan tahap pengetahuan mereka. Selain itu, sijil – sijil yang
diperoleh semasa mengikuti kursus amat bermanfaat untuk kegunaan
hari – hari mendatang.

4.4 Barangan Logistik
Ahli – ahli logistik perlu memastikan semua barangan logistik berada dalam
keadaan baik dan membaikpulih barangan yang telah rosak. Penggunaan
barangan juga perlu direkodkan untuk mengelakkan daripada hilang.

4.5 Lawatan Kerja
Mengadakan lawatan kerja untuk ahli – ahli logistik seperti ke Ibu Pejabat
Kebangsaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ini bertujuan untuk
menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran mereka.

4.6 Penghargaan
Pihak logistik mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Nik Azhar
Bin Nik Abdul Rahman dari Jabatan Kecemasan HRPZ II di atas
sumbangan penggunaan walkie talkie ( radio ) semasa perkhemahan
berlansung.


5.0 Penutup

Menyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 malam dengan bacaan Surah Al-‘Asr
dan jamuan makan.


Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,


Muhammad Faiza Bin Mohd Zin En. Rosemi Bin Jusoh
Setiausaha Pengerusi



http://muhammadfaiza.blogspot.com/2011/07/jawatankuasa-logistik-bsmkn.html
Sumber:

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...