The Most Martial Arts Kicks By A Team In 24 Hours

[Banner program]



SHAH ALAM 21 Julai - Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) sekali lagi menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBR) apabila mencipta rekod baru untuk program Tendangan Seni Mempertahankan Diri Tanpa Henti Selama 24 Jam.

Program bermula pukul 10 pagi semalam disertai kira-kira 520 pelajar dari pelbagai jurusan yang menyertai Kelab Gayung Patani, Seni Silat Gayung Malaysia, Silat Cekak Hanafi dan Taekwondo berjaya merekodkan 611,888 tendangan.

Jumlah terbaru itu mengatasi rekod yang dipegang oleh Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang sebelum ini mencatat rekod tendangan sebanyak 109,945 kali.

Pengarah program, Abdul Qayyum Mahamod berkata, kesemua peserta mengambil masa kira-kira seminggu untuk menjalani latihan kecergasan di pusat gimnasium MSU sebelum program bermula.

Beliau berkata, sepanjang sesi latihan dan program diadakan, Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah ditugaskan untuk memantau kesihatan semua peserta.

"Pada program ini, peserta perlu membuat tendangan tanpa henti secara bergilir-gilir selama 24 jam bagi mencapai sasaran sebanyak 350,000 tendangan dan memecahkan rekod sebelum ini iaitu 109,945.

"Sebagai simbolik, setiap tendangan itu merupakan luahan rasa kebencian pelajar terhadap elemen negatif yang sinonim dikaitkan dengan remaja seperti pengagihan dadah, pembuangan bayi, merokok, buli dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Wakil MBR, Myra Dzaman telah menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Naib Presiden Komunikasi Korporat MSU, Rosli Yusof.

Abdul Qayyum turut memberitahu, program tersebut diadakan sempena sambutan Hari Pahlawan pada Julai lalu.

"Selain acara itu, kami turut mengadakan aktiviti sampingan bersama pasukan keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Bomba dan Penyelamat serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," ujarnya.


Nota / Penafian:

Pengarah program, Abdul Qayyum Mahamod berkata, kesemua peserta mengambil masa kira-kira seminggu untuk menjalani latihan kecergasan di pusat gimnasium MSU sebelum program bermula.


Sebenarnya bukan mengambil masa kira-kira seminggu untuk menjalani latihan kecergasan tetapi persiapan sebelum program bermula adalah selama seminggu. Kebanyakan peserta tidak pernah menjalani latihan kecergasan selama seminggu dan bagi hardcore sekali tidak larat nak training seminggu sebelum program bermula.


Gambar-gambar lain yang sempat diambil semasa program berlangsung adalah seperti di bawah;







































Sumber:

35th Bon Odori 2011

Pada 16 Julai 2011 yang lepas, aku dan rakan-rakan yang lain (2 0rang lagi) telah pergi ke Kompleks Sukan Negara, Panasonic Sports Compleks di Shah Alam. Program bermula kira-kira pukul 5 petang dan berakhir kira-kira pukul 9.15 malam. Aku dapat maklumat dari laman web di MP3japan.org.

Kami bertolak dari Seksyen 13 kira-kira pukul 4 petang, kira-kira sejam awal dari masa program bermula. Ini bertujuan mengelakkan dari berlakukan kesesakan dan tambahan pula hujan mulai turun pada ketika itu.

Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang berada di sana.


[Eqah dan Zaidi]


[Booth ALEPS (Alumni Look East Policy Society @ Persatuan Alumni Dasar Pandang Ke Timur]]


[Antara barangan di booth ALEPS]


Selepas hujan sedikit reda dan berteduh di hadapan bangunan kompleks, kami berjalan masuk ke padang untuk melihat apakah yang terdapat atau dijual di gerai yang terdapat sempena acara ini.

[Papan tanda berhampiran tandas mudah alih. Khas untuk perokok]


[Barangan yang dijual]


[Makanan yang biasa terdapat di Jepun]




[Sup Cendawan, jenama Hokio]


[Tandatangan dan ucapan kepada warga Jepun]


[Di hadapan banner program]


[Kami bergambar bertiga, diambil oleh salah seorang pegawai penganjur]


[Kipas tangan yang tertera tintetif program]



[Program pemulihan bahana gempa bumi dan tsunami di kawasan yang terjejas]


[Salah seorang pegawai yang berbangsa Jepun]

Sedikit penerangan diberikan oleh seorang pegawai yang bekerja dengan CLAIR (Council of Local Authorities for International Relations) cawangan Malaysia berhubung Bon Odori ini. Kebanyakan yang datang adalah pelajar yang mengambil subjek Bahasa Jepun di sekolah-sekolah, universiti dan pekerja di syarikat-syarikat milik Jepun. Kebiasaan Bon Odori diadakan semasa summer iaitu antara bulan Julai dan Ogos.



[Salah seorang pengunjung membawa Gecko, sejenis biawak]


[Kutipan derma dari Bulan Sabit Merah Malaysia]

Semasa kembali ke hadapan bangunan stadium, sedikit penerangan dari Presiden 2011 - 2011 ALEPS iaitu Encik Syed Putera Bin Syed Mokhtar berkenaan keadaan dan disiplin orang-orang Jepun semasa tsunami dan gempa bumi tempoh hari. Apa yang ingin dikongsi di sini, disiplin penduduk Jepun di kawasan yang terjejas haruslah dicontohi oleh semua orang iaitu, mereka beratur tetap dalam satu turutan tanpa memotong garisan untuk mengambil makanan dan keperluan yang yang diberikan kepada mereka.



[Pentas di tengah padang]




























Cultural Dance diadakan sebanyak 3 sesi dan sebanyak 4 lagu dari Bahasa Jepun dinyanyikan. Ianya diulang sebanyak 2 kali setiap lagu. Lagu-lagu tersebut adalah Dai Tokyo Ondo, Hanagasa Ondo, Tokyo Ondo dan Oyisama Ondo. Berkenaan dua lagu terakhir tersebut, tidak pasti samada betul atau tidak tulisan kerana tidak dapat tangkap dengan jelas ucapan dan keterangan yang diberikan oleh juruhebah program pada hari tersebut.

Selain diadakan di Shah Alam, iainya turut juga diadakan di Pulau Pinang. Penerangan acara Bon Odori di bawah mungkin juga boleh membantu;

35th Bon Odori Festival 2011, Malaysia will be held at Shah Alam together, the organizer Selangor State Office, Ministry of Tourism and The Japan Club of Kuala Lumpur will run this festival on 16-July-2011 at Shah Alam Matsushita Stadium.

Bon Odori (meaning simply Bon dance) is an event held during Obon. It is celebrated as a reminder of the gratefulness one should feel toward one’s ancestors.

In Malaysia, Bon Odori Festivals are also celebrated every year in Penang and at the Matsushita Corp Stadium in Shah Alam, Selangor. Held mainly to expose locals to a part of Japanese culture, the festival provides the experience of a variety of Japanese food & drinks, art and dance.

Date: 16th July 2011 Saturday
Time: 5:00pm – 9:15pm
Venue: Panasonic Sports Complex (formerly Matsushita Centre) or
Shah Alam Matsushita Stadium, Selangor
Phone: 03-2274 2274

Tickets: Free Admission


Nota: Apabila pegawai dari CLAIR bertanya, macam mana boleh tahu berkenaan program ini, aku kata dapat tahu menerusi internet. Apabila ditanya berkenaan adakah aku ada mengambil subjek Bahasa Jepun, aku kata bahawa dahulu ada mengambil kelas Bahasa Jepun di tempat aku belajar tetapi sekejap sahaja. Apapun, Jepun memang menarik terutama disiplin yang diamalkan oleh mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...