Tayar Meletup

Kejadian ini berlaku ketika aku dan salah seorang rakan pulang dari Pendek menghala ke Jalan Mahmood setelah mengambil makanan untuk satu Mesyuarat Tahunan. Tidak berapa jauh dari lampu isyarat Wakaf Che Yeh (lebih kurang 500 meter), satu letupan kedengaran dari luar kenderaan yang kami naiki, di sebelah kiri bahagian depan. Tidak lama selepas itu,kami bergegas turun dari kenderaan dan memeriksa di bahagian berkenaan.

Pada mulanya kami menjangka tayar pecah kerana selepas bunyi letupan, kenderaan yang aku pandu pergerakannya tidak stabil. Sebaik turun dan melihat tayar, ianya tidak pancit dan masih berisi angin. Apabila aku melihat dengan teliti, bunga tayar sudah terkopak dan panjangnya hampir sehasta.

Setelah berfikir panjang akan risiko dan kemungkinan yang akan timbul, kami bercadang meneruskan perjalanan walaupun tayar kenderaan berkenaan tercabut bunganya. Kenderaan itu aku pandu dengan perlahan setelah lampu isyarat kecemasan dinyalakan. Keadaan seperti menunggang kuda apabila menaiki kenderaan yang tercabut bunga.

Bimbang juga bersarang di hati kerana beberapa kemungkinan; takut tayar pecah dan apabila berlaku kemalangan, pinggan dan gelas yang berada di belakang akan mencederakan kami yang berada di bahagian hadapan. Inilah risiko apabila membawa kenderaan pacuan empat roda yang berkeadaan tidak sempurna. Sekiranya kenderaan itu dipandu dengan laju dan tayar pecah, maka terjadilah kemalangan (dengan pinggan dan gelas serta lauk-pauk yang panas di belakang meyang ke hadapan.

Kami tiba di Jalan Mahmood dengan selamat. Syukurlah tidak ada kemalangan lain lagi selepas itu.














p/s: Kemalangan berlaku bukanlah disebabkan oleh sikap pemandu semata-mata tetapi keadaan sekeliling seperti kenderaan yang meragam serta cuaca yang tidak dapat diramalkan oleh manusia.


3 comments:

SEPHIA said...

keto2 bereh dos kow...aritu keh gapo dos..?hup kt umoh sepu tuh..

meoww wanie said...

aih...mujo tadop gapo2 pemandu dio n penumpang..huhu

airmien said...

wanie: alhamdulillah..tadop jadi gapo hok teruk

ayushita: keto hari tue patoh lower arm..check keto molek ayu..kam jadi supo sayo plok..nayo la kalu atah highway

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...