Sekali Keluar Ke Kebun

Sekali keluar ke kebun.. Aku dan dua orang lagi kawan aku keluar jalan-jalan
ke Pintu Geng, Kota Bharu.. Kami singgah di salah satu kebun yang menanam
Tembikai Susu (Timun Susu kata orang Kelantan).. Kata Pakcik dan Makcik
yang mengusahakan tanaman ini, produk yang dihasilkan pada tahun ini tidak
berapa menjadi.. Berdasarkan kenyataan ini, nampak gayanya harga Tembikai Susu
di pasaran mungkin naik sedikit..

Kebun yang diusahakan hanyalah seluas 3 ekar dan diusahakan oleh 3 pengusaha
sebelah menyebelah.. Harga sekilo hanyalah RM1.30.. Rasanya manis dan berbeza
dengan yang kita dapat makan di hotel.. Kebanyakan yang disediakan di hotel
hanya buah yang dibuang oleh petani kerana tidak menjadi.. Mungkin kenyataan
ini betul kerana rasa yang agak tidak lembut apabila dimamah.. Mahu tercabut gigi..

Pengalaman yang dapat diperolehi; macam mana nak memilih buah ini yang boleh
dimakan dan masak adalah dengan memerhati pada keadaan buah yang agak kuning
dan rekahan pada tangkai (betul ke ayat nie?) antara batang dan buah.. Kalau ada
rekahan itu bermakna ianya masak.. Jom tengok gambar..


[Memilih Tembikai Susu]


[Timbang]


[Tembikai Susu]


[Longgokan Tembikai Susu]


[Mencari yang terbaik]


[Makro type]


[Dua sahaja]


[Dimasukkan ke dalam plastik (supik rok rak kata orang Kelantan) yang ada]


[Timbang la]


[Menikmati rasa..Fresh dari kebun lagi nie]


[Tembikai Susu yang manis]


[Dipotong dengan sabit (sadat panggil orang Kelantan) yang tajam]


[Longgokan buah dari kebun]


[Hampir 80kg untuk pasaran tempatan]


[Satu bakul hampir 80kg..kalau 10 bakul?]

p/s: Sykurlah masih ada yang menanam Tembikai Susu lagi.. Nanti apa akan jadi kalau tiada orang menanam buah ini pada masa akan datang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...