Lenka - Trouble Is A Friend
Lenka – Trouble Is My Friend
***
Trouble will find you
No matter where you go
Oh, oh
No matter if you’re fast
No matter if you’re slow
Oh, oh
The eye of the storm
wanna cry in the morn
Oh, oh
You’re fine for a while
But you start
To lose control
He’s there in the dark
He’s there in my heart
He waits in the wings
he’s gotta play a part
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
Ahh
Trouble is a friend
But trouble is a foe
Oh, oh
And no matter
What I feed him
He always seems to grow
Oh, oh
He sees what I see
And he knows
What I know
Oh, oh
So don’t forget
As you ease
On down my road
He’s there in the dark
He’s there in my heart
He waits in the wings
He’s gotta play a part
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
So don’t be alarmed
If he takes you
By the arm
I roll down the window
I’m a sucker
For his charm
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
Ahh
[How I hate the way
He makes me feel
And how I try
To make him leave
I try
Oh, oh, I try]
But he’s
There in the dark
He’s there in my heart
He waits in the wings
He’s gotta play a part
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
So don’t be alarmed
If he takes you
By the arm
I roll down the window
I’m a sucker
For his charm
Trouble is a friend
Yeah
Trouble
Is a friend of mine
***
p/s: Trouble?
Kisah Sebuah Penghormatan
Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".
Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."
Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "
Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik."
Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu. "Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"
Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".
Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.
Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.
Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi "hijau" kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh sungguh, pastilah akan bererti besar.
p/s: Penghormatan buat pengusaha IKS ( Industri Kecil dan Sederhana) dan pengusaha kecil..
Simple Tapi Ok
1. Nasi Kak Wok
[Simple sahaja]
Kedai ini terletak di jalan kampung, berhampiran dengan KBMC (Kota Bharu Medical Center) di Jalan Lundang.. Kalau nak datang untuk menikmatinya, anda boleh bertanya di mana letaknya Kedai Nasi Kak Wok.. Cukup popular biarpun nasi agak simple dengan lauk yang dipotong kecil-kecil, gulai ayam dan sedikit sayur.. Murah dan kenyang itu sudah pasti..
2. Lo'cing
Menurut maklumat yang diperolehi di Rantau Panjang dari salah seorang penjaja makanan ini, dia mendapatkan bekalan dari kilang pemprosesan yang berhampiran.. Setiap kilang dikehendaki menghadiri kursus yang dianjurkan oleh JAKIM..
3. Gulale
Nama bagi Gula-gula Kapas di Kelantan adalah Gulale ( sebutan: Gulo Lay ) seperti tertera dalam gambar di bawah.. Cotton Candy pula nama Bahasa Inggeris la.. Yang ini sudah tidak berubah.. Mungkin agak janggal bagi orang bukan asal dari Kelantan..
4. Crepe
5. Colek
p/s: Setiap negeri tidak sama sebutan dan harap ianya tidak pupus dan semakin terpinggir.. Amat menyedihkan kerana sudah banyak bahasa atau loghat Kelantan tidak digunakan lagi pada masa ini.. Sedih juga terasa..
Sekali Keluar Ke Kebun
ke Pintu Geng, Kota Bharu.. Kami singgah di salah satu kebun yang menanam
Tembikai Susu (Timun Susu kata orang Kelantan).. Kata Pakcik dan Makcik
yang mengusahakan tanaman ini, produk yang dihasilkan pada tahun ini tidak
berapa menjadi.. Berdasarkan kenyataan ini, nampak gayanya harga Tembikai Susu
di pasaran mungkin naik sedikit..
Kebun yang diusahakan hanyalah seluas 3 ekar dan diusahakan oleh 3 pengusaha
sebelah menyebelah.. Harga sekilo hanyalah RM1.30.. Rasanya manis dan berbeza
dengan yang kita dapat makan di hotel.. Kebanyakan yang disediakan di hotel
hanya buah yang dibuang oleh petani kerana tidak menjadi.. Mungkin kenyataan
ini betul kerana rasa yang agak tidak lembut apabila dimamah.. Mahu tercabut gigi..
Pengalaman yang dapat diperolehi; macam mana nak memilih buah ini yang boleh
dimakan dan masak adalah dengan memerhati pada keadaan buah yang agak kuning
dan rekahan pada tangkai (betul ke ayat nie?) antara batang dan buah.. Kalau ada
rekahan itu bermakna ianya masak.. Jom tengok gambar..
Sekali Keluar Ke Pantai
Aku ke pantai dan menangkap beberapa keping gambar..
Agak menarik juga kerana di tempat yang sama, selama
setahun aku tidak menjejakkan kaki di sini..
Keadaan masih sama, dengan pengunjung dari luar
negeri asal ku datang bersama keluarga untuk menikmati
panorama alam..
Pantai Cahaya Bulan..
p/s: Dah lama tak mandi di pantai.. Airnya sungguh masin..Euw..
Happy Birthday to Me
Aku dapat satu karikatur dari seorang kawan aku,sempena Hari Lahir ku pada tahun ini..
Kami berkawan sejak dari sekolah rendah lagi.. Sama-sama membesar dan melalui zaman
kegemilangan dan zaman riang-ria..
p/s: Hadiah yang sangat berhargai dari seorang kawan lama..
Pasaraya Jaya Seksyen 14, Petaling Jaya
Pada pukul 6.37 petang, 28hb Mei 2009, aku menerima sms dari penasihat VAD di tempat aku belajar mengatakan satu kejadian bangunan pasaraya di Petaling Jaya telah runtuh. Berikut adalah sms berkenaan:
“Maklumat terkini: supermarket jaya seksyen 14 pj runtuh! VAD Petaling is responding. All chapters please put ur vad members on standby”.
Kebetulan pada hari itu juga,aku hendak keluar makan dengan salah seorang kawan lama, Najwa atau Juju (aku panggil Jue) yang kenal ketika mula-mula datang ke Shah Alam dahulu. Sebelum keluar, sempat tengok Buletin Utama di TV3 yang menyiarkan tentang kejadian berkenaan.
Ketika menjamu selera, aku menghantar sms kepada penasihat VAD aku,mengatakan aku antara dua kerana ketika minggu depan,2hb aku ada peperiksaan akhir bagi semester ini. Jadual clash dan aku terpaksa dikuarantinkan.
Pada pukul 3.40 pagi, 29hb Mei 2009, aku menerima satu lagi sms yang memerlukan petugas dari 8pagi - 8malam dan 8malam – 8pagi. Keadaan mamai dan mengantuk masih terasa, sms tersebut aku balas dan mengatakan bahawa aku jadi untuk bertugas pada keesokan harinya tetapi pada pukul 8 malam – 8pagi keesokan harinya,30hb Mei 2009. Aku memilih untuk bertugas pada ketika itu kerana masa bertugas tidak begitu lama sangat dan masih sempat lagi sekiranya aku mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pada 2hb nanti.
Pada ketika ini, hanya aku dan penasihat VAD aku sahaja yang mewakili tempat aku belajar. Yang lain tidak dapat ikut kerana mereka ada peperiksaan pada 30hb Mei. Kami bertolak dari Shah Alam selepas Solat Jumaat ke IPK di Kuala Lumpur kerana ada sedikit urusan di sana. Bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang pukul 6 petang dan solat Maghrib di Masjid Bulat ( Masjid Tun Abdul Aziz), kami masuk ke tempat bertugas dengan kereta yang dipandu oleh aku seberapa rapat yang boleh dengan tempat bertugas (tetapi bukan dalam kawasan zon kuning). Kawalan keselamatan oleh pasukan Polis di tempat kejadian agak baik bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Antara agensi yang terlibat semasa kejadian:
- Polis DiRaja Malaysia
- Jabatan Bomba dan Penyelamat
- Jabatan Pertahanan Awam
- SMART
- Pusat Perubatan Universiti Malaya
- MARES
- Bulan Sabit Merah Malaysia
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya
- RELA
Tidak lupa kepada agensi-agensi lain yang tidak dinyatakan di sini. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa duty pada hari berkenaan:
Antara yang diajar adalah seperti kaedah CPR (biasa diajar dalam Bulan Sabit Merah) dan yang baru bagi kebanyakan kami iaitu betapa pentingnya alat yang dinamakan AED, (Automated External Defibrillator). Rasanya ramai yang tidak tahu tentang alat ini tetapi ianya dapat menyelamatkan nyawa.
[Petugas dari MARES yang menyediakan perkhidmatan radio dan telekomunikasi]
p/s: Kepada sesiapa yang berminat dengan kerja menyelamat dan sukarelawan, anda boleh menyertai kami dan juga badan-badan kerajaan yang lain lagi.