Adakah Kita Bersyukur?
Sementara sedang belajar nie,
aku ada buat kerja sambilan
untuk menampung perbelanjaan
di sini..Biasalah,bila berada luar
terutama di tempat orang
dan berada jauh dari keluarga
semuanya kena tanggung sendiri
apa yang patut..
Aku ada cerita yang nak dikongsi
bersama berkenaan bersyukur nie..
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika aku keluar makan dengan
rakan-rakan yang sama-sama kerja
sebagai promoter di satu pasar raya
di Selangor, aku melihat sesuatu yang
cukup menginsafkan diri..
Seorang budak kecil dalam lingkungan
beberapa bulan berada dalam pelukan
bapanya..Budak perempuan, cukup
comel tapi tangannya kudung di
sebelah kanan..Hati aku sebak kerana
memikirkan apa yang akan terjadi
kepada diri dia bila dewasa nanti..
Cukup menginsafkan kerana adakah
kita yang sempurna ini pernah atau
tidak bersyukur dan berfikir sejenak
tentang kejadian Allah..
"Ya Allah..Jadikanlah kami dari
kalangan hamba-Mu yang ada
perasaan bersyukur..Amin.."
(2.45am, Sabtu, 26 Sept. 2008)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment