Salam Aidilfitri 1429H
Aku ke kLcc seorang diri ( biasa seorang diri je nak ke mana-mana )
selepas berpisah dengan seorang kawan serumah di kL Sentral..
Dia menghala ke Seremban dengan komuter,beraya di sana pada
tahun nie.. Aku meneruskan tujuan asal ke kLcc untuk mencari
sedikit barangan di sana.. Hehe.. Beli satu benda untuk kegunaan
pada masa depan.. Singgah di Kinokuniya, tengok buku sikit
dan telah membeli 2 buah buku keluaran Negara Matahari Terbit..
Belajar sikit-sikit,lama-lama faham la tue nanti..
Mula-mula sampai, lebih kurang pukul 10.30pagi ( aku tahu masa
sebab aku ada membuat panggilan ke Kota Bharu, Kelantan..
bercakap sekejap dengan.. dengan..orang! haha.. ) orang
tidaklah ramai sangat tapi ketika nak balik..punyalah
sesak sikit..maklumlah kLcc..macam pasar minggu la
pulak..sebelum balik sempat membeli perfume ck..harga boleh
la tahan..( rabak gak sikit tapi berbaloi sebab ferfume tue ada
offer deodorant dalam satu kotak dan percuma 3 mini spray
yang boleh refill balik..sesuai untuk travel nanti )..
Ada persembahan nyanyian lagu raya di tengah-tengah
pusat membeli-belah ini..snap beberapa photo sebelum
berangkat balik ke Shah Alam dengan bas..Huhu..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Shopping sakan sebelum raya.. Huhu..
Hari Tue
Hari tue, Jumaat 30hb Mei 2008..
aku baru sampai di Kota Bharu,
Kelantan..negeri kelahiranku..
Sebenarnya ketika itu,bas yang
aku naiki terlibat dengan kemalangan
sikit..( Pergi langgar bas depan..
pecah lampu belakang bas depan)
Ada seorang pakcik prebet sapu
memberi aku satu nasihat dan aku
tulis di sini mungkin aku boleh
kongsi bersama dengan semua..
"Ilmu itu mahal,sampai dop tido nok cari pitih sebab tadop ilmu.."
(Ilmu itu mahal, sampai tak
tidur nak cari duit seban tiada ilmu.."
*Tingkat bawah, depan Kedai Roti
Choo Chin Hin Bakery & Mill,
5.56pagi..
p/s:ilmu bukan diukur dengan
berapa helaian sijil yang kita ada
tetapi kepandaian dan kecekalan
untuk mengharungi hidup yang
mendatang..
Doa Ibu
Adakah Kita Bersyukur?
Sementara sedang belajar nie,
aku ada buat kerja sambilan
untuk menampung perbelanjaan
di sini..Biasalah,bila berada luar
terutama di tempat orang
dan berada jauh dari keluarga
semuanya kena tanggung sendiri
apa yang patut..
Aku ada cerita yang nak dikongsi
bersama berkenaan bersyukur nie..
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika aku keluar makan dengan
rakan-rakan yang sama-sama kerja
sebagai promoter di satu pasar raya
di Selangor, aku melihat sesuatu yang
cukup menginsafkan diri..
Seorang budak kecil dalam lingkungan
beberapa bulan berada dalam pelukan
bapanya..Budak perempuan, cukup
comel tapi tangannya kudung di
sebelah kanan..Hati aku sebak kerana
memikirkan apa yang akan terjadi
kepada diri dia bila dewasa nanti..
Cukup menginsafkan kerana adakah
kita yang sempurna ini pernah atau
tidak bersyukur dan berfikir sejenak
tentang kejadian Allah..
"Ya Allah..Jadikanlah kami dari
kalangan hamba-Mu yang ada
perasaan bersyukur..Amin.."
(2.45am, Sabtu, 26 Sept. 2008)
Mantera Beradu
Masih belum sempurna
Bismillah...
(mantera beradu dengan irama dan lagu)
intro (m.nasir)
gerakkan hati, hati gerakkan
pandanglah aku, akulah dia
verse 1
kulitku tebal, ku bebal, ingat ku kebal
banyak berbual, makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang, hidup tak pernah lenang
ku skizo paranoia, takut pecah tembelang
(m.nasir)
pecah tembelang, peta dah hilang
bangau dah pulang, suara sumbang
lidahku kaku tak selicik kuku
teman baikku buku, biniku pena
tak pernah lena
aku suka mengintai, pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum
ikut gerak hati, pena melayang
dilihat dua layang pandang, taklah segarang
takat meradang, tanya abang gedang apa barang?
badan macam badang, main acah belakang parang
hunuskan keris, musuh ada pistol
tradisi kekalkan, adaptasi harus betul
tujuh baris keramat, tuju garis penamat
baik berpada, biar jahat asal selamat
ramai saudaraku yang baik telah dipijak
chorus (m.nasir)
awan mendung yang berarak
bawa tangis, bawah resah
rebah rindu yang terkumpul
semua gerak dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisiMu
verse 2
ay yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi, cuba meditasi
positif, yang benci jadi inspirasi pagi
peduli interpretasi basi
pekakkan sebelah, alang biar keduanya
muka cantik, soalan bodoh yang ditanya
jadi melodi yang lebih hina dari zina, huh
lubikin dosa, kubikin prosa
testosterone testarossa, cita-cita sosa
KL, KL cosa nostra
jalan berliku kuharung roller coaster
gah sentosa, tiada penyesalan
luas pandangan, jauh dah berjalan
tak sempurna, masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan
chorus (m.nasir)
awan mendung yang berarak
bawa tangis, bawah resah
rebah rindu yang terkumpul
semua gerak dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisiMu
verse 3
chorus (m.nasir)
awan mendung yang berarak
bawa tangis, bawah resah
rebah rindu yang terkumpul
semua gerak dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisiMu
outro (m. nasir)
puisi hatimu, hatimu puisi
palu hatiku, palu hatiku
kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini, pandang sinis kuberbahasa baku
tatakata nahu, himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu
akhirnya sempurna...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku suka lagu nie..
sebagai ingatan buat
kita semua..