Muzium Kapal Selam

     Pada 22 November 2012 yang lepas, aku dan rakan-rakan ytang lain berkesempatan melawat ke salah satu muzium yang ada terdapat di Negeri Melaka. Tujuan asalnya adalah ke tempat lain, memandangkan masa masih awal lagi untuk balik ke Lembah Klang, maka aku mencadangkan agar kami melawat ke Muzium Kapal Selam yang terletak berdekatan Pantai Klebang. Jaraknya tidak berapa jauh dari Dataran 1Malaysia, klebang.

     Bayaran masuk untuk melihat ke dalam perut kapal selam adalah sebanyak RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Sedmasa berada di sana, sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dimasukkan ke dalam blog ini.

     Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil semasa melawat muzium berkenaan.
  





















     Menurut sumber dari laman web Perbadanan Muzium MelakaKapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka. Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama pameran Muzium Kapal Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita.

     Melalui muzium kapal selam ini, para pengunjung dapat melihat suasana keadaan di dalam perut kapal selam dan sedikit sebanyak tahu macam mana ianya beroperasi dan lain-lain lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...