Ustaz Poyo dan Perasan Hebat?



Topik yang agak menarik untuk dibincangkan. Terdengar percakapan dia antara rakan-rakan yang membincangkan perbezaan di antara dua orang ustaz yang meningkat naik sekarang ini. Ustaz A dan Ustaz B.

Dua-dua ada pengisian masing-masing dan ada pengaruh masing-masing. Yang tidak manis didengari adalah, siapa kita untuk menghukum seseorang ustaz? Percakapan rakan-rakan tersebut menghukum Ustaz A yang berbeza dengan Ustaz B yang menjadi pujaan mereka dengan kata 'Apa ijazah yang diperolehi dan apa kelayakan beliau? Sudahlah berlagak semua, serba-serbi tahu. Lain la dengan Ustaz B'.

Aku tidak mahu komen apa-apa tapi kalau pengisian, lebih baik kita ambil isi dan apa kandungan setiap ceramah yang disampaikan selagi ianya tidak lari dari landasan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Berbalik kepada ucapan yang disampaikan, aku lebih suka kalau setiap ceramah yang disampaikan oleh penceramah tidak kira dari mana-mana pihak agar menyampaikan sesutau ceramah yang memberi kesedaran kepada umum dan disarankan agar menjaga tiap-tiap tutur kata dan gunakan bahasa sopan dan penuh beradab. Ini kerana penonton mudah terikut dengan gaya penceramah. Wallahua'lam.

p/s: Sekadar bertanya di dalam hati. Mana satu kamu pilih, antara yang menjaga tutur kata dan tidak menjaga tutur kata, mana satu kamu pilih?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...