Di Bawah Langit Ini [Intro]

"Abang, kasut adik dah koyak!"

"Iya, nanti abang belikan untuk adik yang baru." Perlahan dipandang wajah adik kesayangannya. Hati sayu.

"Adik nak kasut yang macam Aiman pakai tu. Nak macam dia." Semakin kuat jeritan suara kanak-kanak tersebut.

"Nanti bulan depan abang belikan ya, sayang. Abang akan belikan adik kasut yang lebih baik daripada Aiman. Abang janji dengan adik."

Rosli memandang sayu adiknya masuk ke dalam rumah. Adiknya masuk ke dalam rumah dengan mencebik bibir. Walaupun adiknya manja, dia tetap sayangkan adiknya. Darah daging dia sendiri. Semenjak kehilangan ibu bapa mereka kerana denggi, dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai seorang abang dan juga ibu dan bapa kepada adiknya yang berumur 8 tahun.

Mereka tinggal agak jauh di pinggir hutan kerana tanah yang mereka duduki sekarang merupakan tanah peninggalan bapa mereka yang merupakan seorang peneroka. Tanah yang sekangkang kera inilah tempat mereka sekeluarga tinggal sejak dia masih kecil lagi. Dia bekerja kampung, bercucuk tanam di belakang rumah mereka. Hasil jualan tanaman di pekan digunakan untuk menampung makan dan minum mereka berdua.

Setiap pagi dia akan menghantar adiknya ke sekolah yang terletak di pekan berhampiran melalui jalan kampung di pinggil hutan tersebut. Begitulah rutin hariannya setiap pagi sesudah selesai menunaikan solat fardhu Subuh. Selesai sahaja menghantar adiknya, dia akan kembali menyambung berkebun di belakang mereka. Bercucuk tanam dan menjualnya kepada pemborong yang membeli hasil tanaman orang kampung di kampung mereka, Kampung Air Tawar.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...