Maksud Gedebe..




Sedikit nukilan yang berkaitan dengan istilah di Negeri Kelantan yang disalah ertikan oleh orang luar (orang bukan Kelantan) yang nampaknya semakin melarat. Berikut adalah maksud 'Gedebe'..

Gedebe

Sedikit perkongsian pengalaman hidup ingin saya kongsikan bersama sahabat. Orang yang betul-betul 'gedebe' ialah orang yang biasanya bercakap dalam bahasa yang sangat santun, sentiasa beradik abang dengan lawan cakapnya, selalu minta jalan bila nak lalu di hadapan orang, sering minta maaf walaupun tak salah. Mereka garang tapi bukan sembarangan. Mereka ini cukup tertib cara cakapnya, sembangnya tak keterlaluan, gelaknya taklah mengilai.Mereka tahu mereka bengis, sebab itu mereka tak akan membuat orang menangis. Mereka sensitif, sebab itu mereka tidak akan buat orang merintih. Bergaduh tidak sekali, bila minum tak segan mempelawa dibayar habis satu meja. Jauh sekali beza dengan 'gedebe' yang menyakitkan jiwa. Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu. Makan ramai-ramai bayar suku-suku.


nukilan dari Cikgu Nasir yang boleh didapati di blog ini: http://mimpi916.blogspot.com/

p/s: Banyak istilah yang telah disalah ertikan oleh orang luar. Yang penting, kalau tidak tahu, kena bertanya dan bukan membuat andaian sendiri.

3 comments:

Cheguman said...

Inilah maksud gedebe sebenar. Ramai yang salah tafsir. Terima kasih.

Anonymous said...

Terima kasih atas info anda. Saya akan share untuk pencerahan kepada yg lain dan bg mudahkan capaian carian mereka yg juga mahu tahu maksud "gedebe"

Unknown said...

Good

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...