Merentas Desa SMK Kedai Buloh

Satu Kejohanan Merentas Desa telah diadakan di SMK Kedai Buloh pada Khamis, 18 Februari 2010. Sekolah ini terletak di jalan menghala ke Pantai Cahaya Bulan. Seramai 5 orang petugas dari Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan telah hadir sebagai petugas disamping membantu ahli Bulan Sabit Merah yang telah sedia ada di sana. Berikut adalah gambar yang dapat diambil sepanjang aktiviti berkenaan;

[Petugas]

[Salah seorang pelajar telah terlibat dalam kemalangan dengan motosikal]

[Sedang dirawat oleh ahli Bulan Sabit Merah SMK Kedai Buloh]


[Peserta di meja pendaftaran selepas selesai acara]

[Suasana semasa aktiviti berkenaan]
Guru Penasihat, Cikgu Rohani merupakan salah seorang guru yang aktif dalam Bulan Sabit Merah dan beliau akan bersara pada tahun ini. Berkemungkinan akan menyambung lagi perkhidmatannya selama 2 tahun. Sebelum ini, beliau pernah mengajar di SMK Zainab 1 yang terletak di Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.
p/s: Berhati-hati di jalan raya. Sepatutnya kenderaan memperlahankan kelajuan apabila ada kejohanan yang membabitkan pelajar sekolah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...