HUSM Kelantan Ke Kuala Muda Pulau Pinang

[HUSM Kubang Kerian]

Pada 16 Februari 2010, aku dan salah seorang ahli Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan telah ke Kuala Muda Pulai Pinang kerana urusan pemindahan pesakirt dari HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia).

Kami bertolak dari HUSM lebih kurang pukul 5.15 petang (16hb Februari) dan sampai di rumah waris pesakit lebih kurang pukul 12.15 tengah malam(17hb Februari).

Selepas selesai urusan di rumah waris pesakit, kami singgah dahul di Tasek Gelugor untuk mengalas perut sebelum bertolak pulang ke Kota Bharu lebih kurang pukul 2.30 pagi. Kami sampai di Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan lebih kurang 9.30 pagi.


[Seberang Prai]

[Tasek Gelugor]

p/s: Perjalanan ini mengambil jarak sejauh 760km pergi dan balik

Temuduga Kementerian Belia dan Sukan

[Pertukaran Belia Antarabangsa]



[KLD Tunas Samudera]

[Surat Akuan]

Pada 10 Februari yang lepas, aku telah hadir ke Kompleks Belia dan Sukan Kelantan yang terletak di Panji. Tiada apa yang hendak ditulis di sini melainkan beberapa perkara atau soalan yang telah disoal oleh panel-panel kepada peserta.
Antara soalan yang telah disoal adalah seperti berikut;

1. Apakah definisi belia di Malaysia
2. Apakah kelebihan yang ada pada para peserta
3. Apakah harapan sekiranya terpilih mewakili Malaysia
4. Konsep 1Belia 1Malaysia
p/s: Rasa agak cuak juga sebab pertama kali temuduga secara formal

Kempen Derma Darah Unit 8 BSM Cawangan Kelantan

Pada 6hb Februari 2010 yang lalu, Unit 8 Pasukan Bantuan Sukarela Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan telah mengadakan satu program Kempen Derma Darah bertempat di Tok Belian, Bachok.

Program ini turut disertai oleh Hospital Universiti Sains Malaysia, Kolej Kejururawatan Poly-Tech MARA dan juga Kolej Masterskill Cawangan Kelantan.

Unit 8 diketuai oleh Dr. Seri Buana iaitu Komandan unit berkenaan dan beliau juga merupakan doktor di Klinik Komuniti. Selain itu, acara sukaneka dan pemeriksaan kesihatan turut disediakan.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program berkenaa;


[Aktiviti mewarna bagi kanak-kanak]

[Aktiviti kanak-kanak]

[Penjaga berada disisi peserta mewarna]

[Kaunter pemeriksaan kesihatan]

[Pendaftaran]

[Acara sukaneka]

[khemah sukaneka]

[Acara kanak-kanak]

[Pertandingan Karom]

[Pemeriksaan dari doktor]

[Dr. Seri Buana sedang memeriksa pengunjung]

[ahli Bulan Sabit Merah]

[Saudara Rudi]

[Sedang mengambil video]

[Acara dewasa kategori wanita]

[petugas]

[jamuan makanan kepada pengunjung dan peserta]

[Dari Kolej Kejururawatan Poly-Tech MARA]

[Berehat selepas menjamu selera]

[Result ECG]

[Hilman dan Rudi]

[Petugas sedang menjamu selera]

[sedang mengait buah jambu]

[Komander Unit 1, Abang Lan]

[Jurulatih IPC, Abang Din]

[Sedang berehat di atas dangau]



[Dengan salah seorang ahli]

[Petugas di kaunter]

[Pelajar Kolej Masterskill]


[Bergambar sebelum balik]

Diharapkan agar program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana program ini sekurang-kurangnya dapat menampung bekalan darah di hospital-hospital yang amat memerlukannya kerutama ketika kejadian kemalangan, pembedahan dan lain-lain lagi.

p/s: Sumbangan darah dari anda amatlah dihargai.

HUSM (Kubang Kerian, Kelantan) - Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar, Kedah)

Pada 3hb Fabruari 2010, aku dan salah seorang ahli Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan menerima satu tugasan untuk memindahkan pesakit dari Hospital Universiti Sains Malaysia Cawangan Kampus Kesihatan yang terletak di Kubang Kerian, Kelantan.

Pesakit ini telah dimasukkan ke hospital berkenaan kerana terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Salor dimana membabitkan 3 kenderaan. Pesakit ini patah di tangan, peha dan pinggul.

Perjalanan ini sejauh hampir 800 km pergi dan balik. Kami bertolak dari HUSM lebih kurang pukul 11.30 pagi. Kami singgah dahulu di Kolej Kejururawatan Masyarakat Pasir Mas kerana keluarga mangsa dari Kedah telah datang ke Kelantan untuk membuat laporan polis di Pengkalan Chepa.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang perjalanan kami;


[Rakan-rakan pesakit mengerumuni ambulans untuk bersua muka

dengan pesakit sebelum bertolak ke Kedah]

[Pelajar Kolej Kejururawatan Masyarakat Pasir Mas]

[Hadapan Pejabat Pentadbiran]

[Hadapan Pejabat Pentadbiran]



[Papan tanda]

[Di atas jambatan Tasik Banding, Perak]
[Bandar Alor Setar]

[Menara Alor Setar]

[Pintu masuk Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar]

[Ambulans berdekatan kuarters Hospital Sultanah Bahiyah]

[Di hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma]

[Kaunter Jabatan Kecemasan dan Trauma]

[Hospital Sultanah Bahiyah]
Kami bertolak pulang dari Hospital Sultanah Bahiyah lebih kurang pukul 9 malam pada 3hb Februari dan sampai di Kota Bharu lebih kurang pukul 2 pagi 4hb Februari. Semoga mangsa kemalangan ini cepat sembuh. Amin...
p/s: Berhati-hati di jalan raya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...