Kecek Sket




Rasa terpanggil untuk memberi komen kepada video dalam Youtube nie.. Orang Arab boleh kecek kelate? Tidak hairan kerana lidah mereka 'lembik' dan mudah menuturkannya.. Teringat kepada member, dia budak Kedah tetapi ok je bila bercakap dalam Loghat Kelate.. Selalu je kecek dengan dia ikut ym.. (Dedikasi buat Munira yang kini belajar di India dalam bidang perubatan.. Good luck!)

p/s: Tidak susah untuk mempelajarinya asalkan ada kemahuan dan tidak malu bertanya..

Ibuku Seorang Pembohong!



Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak
lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Sayaberkata: "Ibu,tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baikhati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di Negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Secebis ingatan:


1. Setiap kali kami meminta sesuatu, beliau akan usahakan walaupun ianya lambat untuk ditunaikan..

2. Selalu tersenyum walaupun aku tahu di sebalik senyuman itu terdapat secalit kedukaan..

3. Tidak pernah mengongkong malah selalu memberi dorongan kepadaku atas segala keputusan yang telah aku buat..

4. Melengkapkan keperluan kami sekeluarga walaupun tidak semewah orang lain tetapi bagi kami, ianya cukup mewah dan bermakna berbanding dulu..

5. Memberi kasih sayang yang tidak saling tumpah antara kami adik beradik..

6. Tidak sesekali membiarkan kami menderita walaupun ada ketika beliau aku rasakan akan menderita..

7. Berani untuk berubah untuk mengubah nasib kami sekeluarga..


Yang tidak dapat aku lupakan:


Menduduki peperiksaan ijazahnya di hospital dan di rumah selepas melahirkan adik bongsuku tidak sampai seminggu selepas itu..

Selalu menyuruh aku mengurut kaki beliau tiap kali balik ke kampung..Mungkin beliau lebih mengharapkan aku kerana aku lebih mengetahui cara mengurut yang betul berbanding adik beradikku yang lain..

[Me and my ma, back to 1990]


Sayang ma selalu..

p/s: Ibuku selalu berbohong..

Sahabat





Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata.


p/s:Dari page salah seorang kawanku,Cik Ina..

Jika




Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja..
Karana ia akan sakit oleh karana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup..

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..
Karana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat..

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..cukuplah sekadar keperluanmu..
Apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
Akhirnya ia dibuang..
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..yang pasti baik untuk dirimu..
Mengenyangkan.. Berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan..
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
Kamu akan menyesal..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..

Yang membawa kebaikan kepada dirimu..
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba bandingkannya dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan..
Kelak, kamu akan kehilangannya; apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga akan menyesal..


p/s: Ikan masin..

All My Picts


[Mine at bottom]


My camera..
Not DSLR Canon nor Nikon..
Its only bridge camera..Can't change
its lens..Stamped tightly to the body..

My camera..
Fulfill my bag with handycam..
Carried together as close as brother..
Always me where ever i go..

My camera..
Black in color and light in its weight..
Since Dec 07 till now..
Sweet and sweat memories..


Thanks for the beauty memories..




p/s: soon, Canon 1000D..hehe..

Kedatangan Boh-Boh Besar Asakelate.net Ke Kolupo


[Sekadar Gambar]


Sempena cuti Hari Buruh, ahli-ahli dan Boss-boss besar Asakelate.net dari Kelantan telah turun ke Kuala Lumpur untuk bertemu mata antara satu sama lain dengan Boss-boss besar Asakelate.net yang berada di Kuala Lumpur. Tidak lupa juga kepada salah seorang ahli yang merangkap AJK Multimedia dari Batu Pahat, Johor dan seorang cikgu yang juga ahli dari Kluang turut menyertai gath yang tidak seberapa ini.


Salah seorang ahli yang belajar di Jepun turut meluangkan masa bersama-sama walaupun tidak lama. Mini gath ini telah diadakan di Mid Valley,Kuala Lumpur. Walaupun ada yang hadir tidak dapat menyertai rombongan ke Perak pada keesokan hari kerana ada yang menduduki peperiksaan.

Pada sebelah malam 30hb April,kami bertolak ke Putrajaya membawa rombongan dari Kelantan dan Johor setelah mini gath pada sebelah petangnya. Singgah solat di Masjid Putrajaya dan bergambar sebagai kenangan. Tidak lupa, beberapa orang ahli dari Kelantan turut membawa keluarga bersama mereka.

Rombongan kami bergerak dari Subang ke Sungai Bil,Slim River,Perak lebih kurang pukul 9pagi pada 1hb 5 dengan satu van (dari Kelantan),satu Kembara, satu Myvi dan dua Kancil.

Beberapa orang ahli yang lahir pada bulan 4 dan 5 telah diraikan dan semoga ianya kekal dalam ingatan semua ahli yang terlibat.

Gambar sepanjang aktiviti berkenaan:




[Papa Raf dan anak kembar dia; Una dan Uni]



[Bersama Irfan, dari Jepun]


[Boss-boss Besar dar Asakelate.net]


[Singgah di Putrajaya]


[Tike Maghrib]


[Pok Zeek dan Papa Zack]


[Anak Papa Raf,Hasna tidak sihat]

[Bergambar di Putrajaya]


[Singgah di Presint 8,rumah saudara Cik Kimie]


[Kak Jue dari Johor]


[Kek kepada ahli lahir bulan 4 dan 5]


[Am..am..am..]


[Namelist peserta yang terlibat]


[Simiey dari Batu Pahat, Johor]


[Kak Ida, Mc Nor, Pok Zeek dan Nik]


[Sedikit perbincangan]


[Kenangan di Sungai Bil, Slim River,Perak]


[Boss Besar, Alisabki]


[Kak Ida dan Balqis, keluarga Papa Zack]


[Singgah di Kuala Lumpur selepas ke Prima Damansara]


[Kuala Lumpur]


[Karaoke di Jalan Raja Laut]




p/s: Kami tak besar dan kami tak kuat tapi bila bekerjasama semua jadi mudah..

Asakelate Jah Bereh Belako

Berapa Lama Kita Di Kubur?





Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya.

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya...

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... "

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"

Ayahnya tersenyum, "Lalu?"

"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek.

Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata...

Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun?
’Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un’ .... Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi?
Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan?

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…

”Allahumma as aluka khusnul khootimah”.. berulang Kali di bacanya doa itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya...

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Sumber: Posted by suHaimi_abDuLLaH™ on May 5, 2009 at 7:17pm in News~
from: http://asakelate.ning.com/forum/topics/berapa-lama-kita-dikubur
--------------------------------------------------------------------------------------
p/s: moga ambil pengajaran dan perbaiki diri..

Air




Air nampak tenang tapi kalau melimpah
laun akan jadi bah..

Air nampak tenang tapi kalau
kering jadi kemarau..

Air nampak tenang tapi kalau kotor
jadi pencemaran..




---------------------------------------------------------------------------------

p/s:air jangan disangka selalu tenang

Virus


[Love My Language..Malay-France like]


Mr. Lova Lova?

Mr. Bombastic?

Mr. Fantastic?



Who am I in your position?

Mr. Kepala-Gila-Muka-Sardin or Mr.Skema-Tahap-Dewa..

Mungkin ayat yang digunakan sebelum ini agak skema, tapi demi memudahkan pembaca blog untuk memahami apa tujuan blog ini ditulis iaitu:

..all about me..

Semuanya merujuk kepada apa yang berlaku di sekeliling termasuk apa yang di lihat, di rasa dan dihayati..Dikupas secara spontan dan agak santai..Apa yang dirasakan..


p/s: Dah lama tak guna ayat bahasa pasar macam nie..Rasa enjoy gak..

Apa Yang Aku Akan Kata Bila..




Ada sms dari seseorang bertanya:

Bila saya dah ada yang punya,
adakah kita masih jadi kawan
lagi?


Em..ayat agak sensitif sikit
nie..


Apa yang aku jawab,

'No comment sebab masa depan
belum tentu lagi TAPI kalau
betul, lebih baik aku undur diri
dulu..Sebab apa? Tak mahu jadi
orang tengah..Abis cerita kan?



-------------------------------------------------------------------------------------

p/s: End..No need to continue..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...