Ike Budu / Ikan Budu

 Khamis lepas, 18 November 2021. 


Menemani orang tua pergi ke Pasar Pulai Chondong, Machang di mana ianya juga disebut Hari Besar kerana pada hari ini adalah Pasar Minggu.


Disebabkan Pandemik Covid-19 yang melanda negara Malaysia amnya dan seluruh negara tidak terkecuali, maka banyak aktiviti terpaksa dihentikan. Ada peniaga terpaksa menutup perniagaan dan kembali membuka kedai mereka apabila dibenarkan dan ada juga yang peniaga yang mengalami kerugian dan terpaksa menutup terus kerana sakit, meninggal dunia dan tidak lupa kehabisan modal untuk memulakan kembali perniagaan.


Berbalik kita kepada Ikan Budu. Ini adalah contoh gambar yang telah diambil. Ianya tidaklah semahal Ikan Siakap viral Langkawi yang tersohor dan tidaklah sehensem Aaron Aziz.



Ikan Budu ini sedap dimasak dengan Telur Dadar.


P/s : Ini adalah makanan kampung hagi masyarakat di Kelantan. Sekiranya berminat, boleh dapatkannya di pasar-pasar yang menjualnya tetapi malangnya, bukan semua tempat ada. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...