Takziah

[Logo Sultan Ismail College]



Kehilangan dua orang yang dikenali dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Salah seorang merupakan Pengerusi Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan merangkap Naib Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia manakala seorang lagi merupakan salah seorang kenalan dan member kamceng semasa belajar di Sultan Ismail College [Maktab Sultan Ismail] STPM batch 2004/2005.


Allahyarham kenalan ini kemalangan motorsikal dan merupakan seorang polis yang bertugas di Johor Bahru, Johor. Kali terakhir jumpa, semasa membeli kasut spike boot kepada dia di Rantau Panjang, Kelantan. Cadangan untuk buat reunion geng-geng SIC batch 2004/2005 semasa hari raya tidak kesampaian.

Al-Fatihah


p/s: Al-Fatihah kepada kedua-dua yang dikenali. Semoga Allah merahmati roh kalian di sana. Amin amin amin Ya Rabbal Alamin.

5forty2 - Cakap Guna Otak




‎5forty2 - Cakap Guna Otak

Tutur jangan lajak laju lebih dari otak
Lidah bersilat berbelit-belit jadi bongkak

Sikap suka cakap lepas penyebab muka rosak
Jangan sekali lupa guna otak bila mula borak
Air liur kau tembak dahla busuk, kosong pulak
Sembang kencang berlagak, isi terpesong haprak
Bila orang cerita kau sibuk nak mencelah
Menyampuk macam hantu teruk dari Kak Limah
Menceceh memercik lebat cakap-cakap main lepas
Kata-kata makan tuan yang bergebang deras
Mulut macam Evo, otak basikal cabuk
Akal engkau tidur dengan lidah kekal mengarut
Termasuklah janji-janji manis engkau bagi
Ape pun tak jadi, banyak dosa tapau lagi
Ayat kencang tak nak kalah bila bukak cerita
Mulut longkang tak tersumbat boleh bikin derita
Takde kemajuan, dari bual topik kolot
Cukup bukak kemaluan baik kau tutup mulut

Tutur jangan lajak laju lebih dari otak
Cakap guna otak, cakap guna otak
Lidah bersilat berbelit-belit jadi bongkak
Cakap guna otak, cakap guna otak

Akal dan pelajaran dibelakangkan
Kebelakangan sampai kejahilan didepan
Hujah ditujah tanpa usul periksa
Bila terbongkar kebodohan malu tak terkata
Peribahasa perahu lajak boleh diundur
Lidah bercabang nanti bawa ke liang kubur
Pilihlah dua kata yang baik atau diam
Ucaplah yang baik atau lebih baik diam
Jangan jadi bengap, pikir dulu sebelum cakap
Takut nanti terperangkap, baru kau tergagap gagap
Jadi lembab otak sembab,suma orang kau maki
Melepas sedas ayat keras kau dicaci
Lisan tak dihalang Lidah tak bertulang
Bicaralah kau umpama otak takda ruang
Sini bukan untuk budak cerita lebat
Sementara sempat baik balik pergi taubat

Tutur jangan lajak laju lebih dari otak
Cakap guna otak, cakap guna otak
Lidah bersilat berbelit-belit jadi bongkak
Cakap guna otak, cakap guna otak

Jaga mulut jangan biar ayat-ayat bodoh terbang
Nampak dungu bersarang otak tinggal belakang
Sembang-sembang, ni bukan cerita kedai kopi
Gebang-gebang, kiamat baru reti nak cakap sorry
Sebab mulut badan binasa
Bila tutur mengarut seakan biasa
Nak buat cemana, konon akal disorokkan
Kebodohan jadi pasangan tak sengaja dijodohkan
Pinang belah dua isinya kata nista
Hati budi dilihat pada tutur katanya
Tapi kalau mulut dan kata seraya penuh celaka
Disebabkan mulut der, hati terasa
Cakap dulu baru fikir tak teragak-agak
Setan dengar pun lawak gelak terbahak-bahak
Iblis tersenyum cara kau cakap bajet dajal
Orang ketawa sebab jelas kau nye pendek akal

Tutur jangan lajak laju lebih dari otak
Cakap guna otak, cakap guna otak
Lidah bersilat berbelit-belit jadi bongkak
Cakap guna otak, cakap guna otak

Grading + Mandi Minyak Taman Nirwana

Grading dan Mandi Minyak di Taman Nirwana, Ampang, Kuala Lumpur pada 14 April 2012 bersamaan hari Sabtu. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa acara terseubt. Sedikit sahaja yang dapat diambil kerana bateri tidak tahan lama.

































p/s: Tidak banyak yang dapat diambil

World Amateur Radio 2012

[Berkenaan Hari Radio Amatur Sedunia 2012]


Tema Hari Radio Amatur SEdunia pada tahun 2012 adalah 'Celebrating 50 Years In Space'. Berikut petikan dari laman web di http://www.arrl.org/news/april-18-is-world-amateur-radio-day

The year 2012 marks the 87th anniversary of the founding of the International Amateur Radio Union (IARU). To mark this occasion, the IARU and its more than 160 Member-Societies will celebrate World Amateur Radio Day on April 18. For many years, the IARU has declared a theme for each World Amateur Radio Day. The theme for 2012 is Amateur Radio Satellites: Celebrating 50 Years in Space in remembrance of the launch of OSCAR 1 on December 12, 1961 and the launch of OSCAR 2 on June 2, 1962.

Selamat menyambut Ulang Tahun Radio Amatur Sedunia 2012

73 de 9W2GDB

Jangan Tanya Kenapa




Allah sayang kepada hamba-Nya..

Jangan ditanya kenapa kanak-kanak ada yang mati dahulu dan orang tua kenapa masih hidup lagi..

Kanak-kanak dimatikan dahulu, kemungkinan pada masa masa hidupnya masa hadapan akan tersiksa dengan sikap manusia yang kejam dan orang tuakenapa masih hidup lagi kerana masih berpeluang untuk menabur bakti kepada semua jika dia baik dan diberi peluang untuk bertaubat jika dia tidak berapa baik..

Asma Ul Husna


Asma Ul Husna


Allah - Lafaz Yang Maha Besar dan Maha Agung

Ar-Rahmaan - Yang Maha Pemurah.

Ar-Rahiim - Yang Maha Penyayang.

Al Maalik - Yang Maha Menguasai.

Al Qudduus - Yang Maha Suci.

As Salaam - Yang Maha Sejahtera.

Al Mu'miin - Yang Maha Pengaman.

Al Muhaimin - Yang Maha Menjaga, Mengawasi, Memerintah dan Melindungi semua makhluk.

Al 'Aziiz - Yang Maha Mulia.

Al Jabbaar - Yang Maha Berkuasa.

Al Mutakabbir - Yang Maha Agung.

Al Khaaliq - Yang Maha Pencipta.

Al Baari' - Yang Maha Mengadakan.

Al Mushowwir - Yang Maha Pembentuk rupa.

Al Ghaffaar - Yang Maha Pengampun.

Al Qahhaar - Yang Maha Kuasa (Pemaksa).

Al Wahhaab - Yang Maha Pengurnia.

Ar Razzak - Yang Maha Pemberi Rezeki.

Al Fattaah - Yang Maha Membukakan.

Al 'Aliim - Yang Maha Mengetahui.

Al Qaabidh - Yang Maha Menyempitkan.

Al Baasith - Yang Maha Meluaskan.

Al Khaafidh - Yang Maha Menjatuhkan.

Ar Raafi' - Yang Maha Mengangkat.

Al Mu'izz - Yang Maha Memberi Kemuliaan.

Al Muzill - Yang Maha Memberi Kehinaan.

As Saami' - Yang Maha Mendengar.

Al Baashir - Yang Maha Melihat.

Al Haakim - Yang Maha Menetapkan Hukum.

Al 'Adl - Yang Maha Adil.

Al Lathiif - Yang Maha Lemah Lembut.

Al Khabiir - Yang Maha Amat Mengetahui.

Al Haliim - Yang Maha Penyantun.

Al 'Azhiim - Yang Maha Agung.

Al Ghafuur - Yang Maha Pengampun.

Al Syakuur - Yang Maha Menghargai.

Al 'Aliyy - Yang Maha Tinggi.

Al Kabiir - Yang Maha Besar.

Al Hafiizh - Yang Maha Memelihara.

Al Muqiith - Yang Maha Pemberi Kecukupan.

Al Hasiib - Yang Maha Menghitung.

Al Jaliil - Yang Maha Luhur.

Al Kariim - Yang Maha Pemurah.

Ar Raqiib - Yang Maha Teliti.

Al Mujiib - Yang Maha Mengkabulkan.

Al Waasi' - Yang Maha Luas.

Al Haakim - Yang Maha Bijaksana.

Al Waduud - Yang Maha Mengasihi.

Al Majiid - Yang Maha Mulia.

Al Baa'ith - Yang Maha Membangkitkan.

Asy Syahiid - Yang Maha Menyaksikan.

Al Haq - Yang Maha Benar.

Al Wakiil - Yang Maha Menjaga Penyarahan.

Al Qawiyy - Yang Maha Kuat.

Al Matiin - Yang Maha Perkasa.

Al Waliyy - Yang Maha Melindungi.

Al Hamiid - Yang Maha Terpuji.

Al Muhshii - Yang Maha Penghitung.

Al Mubdi' - Yang Maha Memulai.

Al Mu'iid - Yang Maha Mengulangi.

Al Muhyii - Yang Maha Menghidupkan.

Al Mumit - Yang Maha Mematikan.

Al Hayyu - Yang Maha Hidup.

Al Qayyuum - Yang Maha Berdiri Sendiri.l

Al Wajiid - Yang Maha Mewujudkan.

Al Majiid - Yang Maha Mulia.

Al Waahid - Yang Maha Esa.

As Shomad - Yang Maha Diperlukan.

Al Qaadir - Yang Maha Kuasa.

Al Muqtadir - Yang Maha Menentukan.

Al Muqaddim - Yang Maha Mendahulukan.

Al Mu'akhkhir - Yang Maha Mengakhirkan.

Al Awwal - Yang Maha Awal.

Al Aakhir - Yang Maha Akhir.

Az Zhaahir - Yang Maha Nyata.

Al Baatin - Yang Maha Tersembunyi.

Al Waliy - Yang Maha Menguasai.

Al Muta'aali - Yang Maha Agung.

Al Barr - Yang Maha Menerima Taubat.

Al Muntaqim - Yang Maha Penyeksa.

Al 'Afuw - Yang Maaf Pemaaf.

Ar Ra'uuf - Yang Maaf Belas Kasihan.

Malik al Mulk - Yang Maha Menguasai Kerajaan.

Zul Jalaal wal Ikraam - Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.

Al Muqsith - Yang Maha Mengadili.

Al Jaami' - Yang Maha Mengumpul.

Al Ghaniy - Yang Maha Kaya.

Al Mughni - Yang Maha Pemberi Kekayaan.

Al Maani' - Yang Maha Menolak.

Ad Dhaarr - Yang Maha Pemberi Manfaaf.

An Nuur - Yang Maha Bercahaya.

Al Haadi - Yang Maha Pemberi Petunjuk.

Al Baadi' - Yang Maha Mencipta Perkara Baru.

Al Baaqi - Yang Maha Kekal.

Al Waarith - Yang Maha Mewarisi.

Ar Raasyid - Yang Maha Sedar.

As Shabbuur - Yang Maha Penyabar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...