Alhamdulillah. Sangat bersyukur kerana dapat Baucar Buku 1 Malaysia kerana dengan baucar tersebut, banyak buku terutama buku rujukan dalam bidang pengajian [sains kesihatan/perubatan] dapat dibeli. Maklum sajalah, harga buku perubatan bukan harga seringgit dua tapi paling murah dalam RM50 [Lima Puluh Ringgit Malaysia] walaupun tersangat nipis dan kecil sejengkal sahaja saiznya.
Kalau nak dibandingkan dengan harga buku dalam bidang pengajian lain, memang tidak adil kerana kami belajar dalam Bahasa Inggeris dan tambahan lagi istilah-istilah bidang perubatan menggunakan bahasa Amerika Latin, Greek dan lain-lain. Kalau sudah tidak dapat menguasai atau tidak memahami Bahasa Ingggeris walaupun asas, memang tidak dapat nak kata apa.
Realiti, kami memang belajar penuh dalam Bahasa Inggeris dan ada penerangan di dalam Bahasa Malaysia. Kalau dapat pensyarah yang berasal dari luar negara seperti India, memang 100 peratus Bahasa Inggeris Britain, bukan seperti Inggeris Amerika seperti pertuturan dan penulisan di Malaysia.
Realiti, maka berpijaklah di dunia yang nyata. Jangan hanya pandai bercakap tetapi isi kosong atau bahasa lain, merapu. Berbual kosong.
Habiskan baucar
RM100 yang pertama di Syarikat Kamal, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Berikut adalah buku-buku yang dibeli di sana;
[Buku-buku yang dibeli di Syarikat Kamal, Jalan Pahang, Kuala Lumpur]
[RM89.90 sebelum potongan harga]
[RM50. Memang harga tidak dipotong]
[Resit pembelian buku di Syarikat Kamal, Jalan Pahang, Kuala Lumpur]
Banyak masa dihabiskan di sini kerana tidak tahu buku mana yang hendak dipilih dan 'harga boleh tahan la murahnya' harganya. Memang terbeliak biji mata tengok harga yang dijual kerana kebanyakan buku yang diimport dari luar negara. Tidak tahu buku mana yang sesuai dan cukup dengan baucar RM200 [Dua Ratus Ringgit Malaysia]. Kalau nak diikutkan, memang kalau bagi RM500 [Lima Ratus Ringgit Malaysia] pun tak cukup.
Mungkin RM500 hingga RM800 cukup untuk setiap satu semester dan ianya hanya untuk membeli buku sahaja. Satu semester ya, bukan satu sesi pengajian dari tahun pertama hingga tahun akhir [sem pertama hingga sem 6 [sem panjang] di tambah 3 sem pendek. Jumlah semua sekali 9 sem]. Tambah tolak sepanjang pengajian untuk nota-nota, buku-buku, fotostat, print dan segala benda yang lain berkaitan pengajian mungkin sampai hampir RM10,000 [Sepuluh Ribu Ringgit Malaysia] secara kasar bagi seorang pelajar dan ianya bergantung kepada bidang pengajian serta pensyarah yang tidak banyak masalah untuk suruh print jurnal, tugasan kumpulan, tugasan individu, laporan makmal [kalau satu sem ada 3 subjek makmal, macam air la duit keluar], pembentangan dan lain-lain.
Habiskan baucar
RM100 yang kedua di MPH Giant Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Berikut adalah apa yang dibeli dengan baucar tersebut;
[Resit pembelian di MPH Giant Seksyen 13, Shah Alam, Selangor]
[Voucher MPH]
[Voucher MPH]
Buku di bawah adalah antara buku termahal yang pernah jumpa semasa mencari buku-buku yang bersesuaian dan boleh digunakan untuk bagi cukup dengan Baucar Buku 1 Malaysia. Jangan terkejut pula kalau dikatakan harga buku ini adalah RM467 [Empat Ratus Enam Puluh Tujuh Ringgit Malaysia].
[Buku berharga RM467]
p/s: Bersyukurlah dapat bantuan untuk buku. Bagi kami, walaupun nilainya amatlah kecil ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kami untuk membeli buku rujukan. Kalau nak pinjam buku di perpustakaan, ada buku rujukan sendiri lebih bermakna lagi.