Hadiah Dari Singapura
Dapat hadiah atau cenderamata dari Singapura dari salah seorang teman satu rumah.. Dia pergi ke Singapura untuk kursus.. Terima kasih kepada beliau.. Fahmi,budak Pasir Mas, Kelantan..
p/s: Terima kasih..Selamat berpuasa..
Seminar Seni Bela Diri Wanita Siri Ke-2
Alhamdulillah.. Seminar Seni Bela Diri Wanita Siri Ke-2 telah selamat dijalankan oleh Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia, Management & Science University.. Objektif utama seminar ini adalah untuk memberi kempen kesedaran kepada peserta betapa pentingnya menjaga diri dan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan kepada mereka..
Ucapan ribuan terima kasih kepada peserta dari kampus MSU dan PTPL Shah Alam dan juga peserta dari PSSGM Unisel Kampus Shah Alam dari kami warga PSSGM MSU.. Jutaan terima kasih juga kepada Puan Norlina Ab Ghani, Pegawai Kerja Sosial WAO ( Women's Aid Organisation ) dan Cikgu Mohd Iswan Basro, Guru Silat kampus MSU sepanjang seminar ini berlangsung..
p/s: Belajar cara pencegahan sebelum mengambil tindakan susulan..
Tujuh Keajaiban Dunia
Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:
1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon
Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.
Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”
Si Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.”
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,
1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi
Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…
5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai
Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.
Pengajaran Cerita Ini:
Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”.
Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.
Sumber: http://asakelate.ning.com/profiles/blogs/tujuh-keajaiban-dunia
p/s: Keajaiban tetapi sering dikatakan biasa..
Sahabat dan Teman
Malay
Jika engkau berjalan di hadapanku, aku tidak akan ikut.. Jika aku berjalan di hadapan engkau, aku tidak akan memimpin.. Berjalanlah di sebelahku dan jadilah sahabatku..
English
If you walk in front of me, I won't follow.. if I walk in front of you, I won't lead.. just walk beside me and just be my friend..
Russian
если Вы будете идти передо мной, то я не буду следовать за .., если я буду идти перед Вами, то я не буду вести.. только идут около меня и только мой друг..
Spanish
Si usted anda delante de mí, yo no seguiré.. si ando delante de usted, yo no dirigiré.. justo caminata al lado de mí y seré justo mi amigo..
French
Si vous marchez devant moi, je ne suivrai pas.. si je
German
Wenn Sie vor mir laufen, werde ich nicht folgen.., wenn ich vor Ihnen laufe, werde ich nicht führen.. nur Spaziergang neben mir und werde nur mein Freund sein..
Italian
Se lei entra il davanti di me, non seguirò.. se entro il davanti di lei, non condurrò.. la passeggiata giusta accanto a me ed è appena il mio amico..
Dutch
Se lei entra il davanti di me, non seguirò.. se entro il davanti di lei, non condurrò.. la passeggiata giusta accanto a me ed è appena il mio amico..
Portuguese
Se andar na frente de mim, de eu não seguirei.. se andar na frente de você, de eu não dirigirei.. passeio justo ao lado de mim e somente é meu amigo..
Russian
если Вы будете идти передо мной, то я не буду следовать за .., если я буду идти перед Вами, то я не буду вести.. только идут около меня и только мой друг..
Norwegian
Hvis du går foran meg, vil jeg ikke følge.. hvis jeg går foran deg, vil jeg ikke lede.. akkurat tur ved siden av meg og vil akkurat være min venn..
Japanese
もしあなたが私の前に歩けば、私は後に続かないで、..もしあなたの前に歩けば、指揮しないで、..、単に私のそばに歩かないで、単に友人..でない。
p/s: Sahabat yang ada di sisi ketika kita menangis, itulah sahabat yang sejati..
Panduan Guru: 12 Pendekatan Memotivasikan Pelajar
1. Penerangan Yang Jelas.
Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut:
a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?
b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
2. Ganjaran.
Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini dilain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya.Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan.Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman pelajar.
3. Tetapkan Matlamat.
Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing.
4. Ambil Berat.
Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum.
“Pelajar tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin terhadap mereka”.
5. Penglibatan Pelajar.
Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari bahan rujukan, mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah mengangkat buku dan sebagainya.
6. Penuhi Keperluan Pelajar.
Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka terlibat, memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang idea.
7. Lebihkan Pembelajaran Visual.
Berikan penerangan dalam bentuk yang visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual, gambar, lakaran. Graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab tersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka.
8. Gunakan Pelbagai Emosi Untuk Merangsang Pembelajaran dan Motivasi.
Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak,
9. Ajarkan Mereka Strategi Dan Teknik.
Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran pelajar bahawa ‘Belajar Itu Mudah’. Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibar terpengaruh oleh pendapat orang lain – Misalnya ramai pelajar percaya bahawa ‘Kimia itu susah’.
10. Terima Pelajar Seadanya.
Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk. Disinilan berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang. Guru cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan merasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka. Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku. Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar. Anda hanya ada dua cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar – sebagai seorang guru yang disayangi; atau sebagai seorang guru yang paling dibenci. Mana-mana guru yang berada di antara dua kategori ini pasti akan dilupakan. Apa pilihan anda?
11. Berikan Kata Perangsang
Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas akan ia lazim dalam pemikiran pelajar.
12. Amalkan Prinsip ‘3F’ – iaitu ‘Firm’, ‘Fair’ dam ‘Friendly’ atau Tegas, Saksama, dan Mesra.
Sumber: http://asakelate.ning.com/profiles/blogs/panduan-guru-12-pendekatan
Undangan Majlis Perkahwinan
Hari ini aku menerima satu kad undangan majlis perkahwinan kakak angkat aku, Kak Tie.. Ianya akan berlangsung pada 23 September 2009, bersamaan 4 Syawal 1430 Hijrah..
Pada hari itu,aku akan jadi pengapit pengantin.. Ada orang kata,pengapit mudah dapat jodoh sebab seri pengantin sedikit sebanyak akan naik ke pengapit mereka.. Mungkin la kot sebab ketika ini,ramai yang datang untuk melihat pengantin dan mendoakan kesejahteraan mereka.. Ini sedikit sebanyak,pengapit pun turut didoakan juga.. Mungkin juga.. Insya Allah..
p/s: Tak pernah jadi pengapit untuk pengantin.. Aisey..
Appresiasi Cinta
Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?
Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat
ada orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan
Tapi ingatlah, melepaskan bukan bererti akhir dari dunia
melainkan awal dari kehidupan yang baru
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti,
mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa
menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka
Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata , ” Aku turut berbahagia untukmu ”
Apabila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah dirimu
Biarkanlah hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi
Sahabat sejati akan mengerti ketika kamu berkata, ” Aku lupa ”,
akan tetap setia menunggu ketika kamu berkata, ”Tunggu sebentar ”,
akan tetap tinggal, terikat kepadamu ketika kamu berkata, ” Tinggalkan aku sendiri ” Saat kamu berkata untuk meninggalkannya, mungkin dia akan pergi meninggalkanmu sesaat, memberimu waktu untuk menenangkan dirimu sendiri,
Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita
Atau kerana ia tidak mempedulikan kita
Melainkan saat kita menyedari bahawa orang itu
Akan lebih berbahagia apabila kita melepasnya
Tetapi apabila kamu benar benar mencintai seseorang,
Jangan dengan mudah kita melepaskannya..
Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu kadang kala teman yang membawamu di dalam pelukannya menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari..
p/s: Baca nukilan ini dengan iringan lagu untuk lebih penghayatan..