asakelate.net di RACTAR

[Papan tanda]


Pada 28hb Mac iaitu semalam, penulis telah mengikuti satu program bersama anak-anak yatim yang terletak di USJ, Subang Jaya, Selangor. Program ini dianjurkan oleh asakelate.net, kuala lumpur group iaitu salah satu social network yang menghimpunkan anak-anak kelantan dalam satu kumpulan jaringan internet. Tujuan utama, selain untuk bersosial dalam internet, ianya juga bertujuan memberi impak kepada masyarakat, bukan semata-mata untuk berhibur sahaja.

Program ini mendapat sokongan dari beberapa badan kerajaan dan kumpulan yang lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI), Scania (syarikat kenderaan berat),RD Club dan orang perseorangan lain lagi.

Berikut adalah antara gambar yang sempat diambil sepanjang program berkenaan;


[Sumbangan untuk program]

[Sumbangan dari RD Club]


[Sebelum ke tempat program]

[Plat]



[Sesi mewarna untuk kanak-kanak]

[Fasilitator dan kanak-kanak RACTAR]

[Pengetua RACTAR]


[Rakaman video penceramah]

[Pegawai AADK]

[Sesi ceramah untuk remaja]

[Snap! Snap! Snap!]

[Ceramah dari AADK]

[Sesi soal-jawab]

[Makan pagi]

[Latihan Dalam Kumpulan,LDK]

[Fasilitator dan peserta]

[Buaya! Bukan cicak mati tersepit]

[Sumbangan kepada Pengetua]

[Nasyid dari RACTAR]

[Dengan kanak-kanak RACTAR]

[Kelas jahitan kepada sesiapa yang berminat]

[Bergambar kenangan]

[Peserta asakelate.net dan RACTAR]

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s:sumbangan kepada RACTAR boleh dihulurkan bila-bila masa dan kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus jahitan bolehlah menghubungi RACTAR dan kursus ini adalah percuma kepada wanita..

Hlovate



Kepada sesiapa yang ada terkenang zaman persekolahan, penulis cadangkan novel yang terdapat di dalam gambar ini..Em, best juga..Bukan sekadar novel biasa tau..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s:rindu zaman persekolahan..

Nilai 5 yar ...[RM5]





Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.

Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.

Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.

Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!"

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

"Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.

Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu ditutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.

Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.

Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"

"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.

Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.

Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." renungkan....

------------------------------------------------------------------------------------------------
from asakelate.net

Sekali Tengok Bola

[Mafla]

[Macro]

[Tiket original]

Tiada apa yang nak tulis sebenarnya.. Teringat ketika tengok bola kat Stadium Shah Alam pada 28hb 2 lepas.. Perlawanan antara Selangor dan Kelantan.. Memang agak panas ketika itu..

Pemain Selangor nampaknya seakan-akan sengaja melengahkan masa.. Pemain sekejap-sekejap jatuh.. Baik tak payah main kalau macam tue.. Geram tul.. Apa daaaaa..

Masjid Cina


[Dalam proses penambahbaikan]



[Dari pandangan hadapan]


[Menara masjid yanmg terukir 25 nama Rasul bermula
Adam dari bawah sehingga Rasulullah di atas]


[Gambar diambil dengan kamera telefon bimbit sahaja]


[Menara masjid]


[Hujung atap menyerupai bentuk rumah cina]


[Gambar pertama, selepas solat fardu Asar]

Pada 17hb 3 lepas, penulis telah ke Rantau Panjang, Kelantan untuk membeli barang keperluan yang diingini. Pergi seorang diri je.. Tamau ada yang mengganggu.. Kang ada yang melencong ke lain pula bila bawa orang nie.. Ketika dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu, sempat singgah sekejap untuk solat (kalau ikut Kelantan; Semaye) Asar di masjid yang terdapat di Rantau Panjang..

Walaupun tidak sepenuhnya siap (masih dalam proses penambahbaikan lagi), penulis rasa ianya sangat menarik.. Corak dan warna memang menyerlah.. Ok, kita tengok gambar ya..

Masjid merupakan tempat umat Islam beribadat.. Tidak kira samada mereka dari bangsa apa sekali pun yang pasti mereka menyembah ALLAH sebagai Tuhan Yang Maha Esa.. Tidak menyekutukan-Nya dengan makhluk..

Masjid juga berperanan menyatukan umat Islam untuk berada dalam satu pakatan, persaudaraan tanpa mengira politik serta sosial..

Apa yang inggin penulis tekankan di sini, umat Islam tidak semestinya untuk bangsa Melayu sahaja..

Manusia




Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang terkandung di dalamnya. Manusia bukan dinilai pada wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam hatinya. Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa yang berlegar dalam fikiran.

Nasihat Luqman Al-Hakim




Luqman al-Hakim seorang yang terkenal dengan kata-kata hikmah sehingga mendapat perhatian setiap lapisan golongan masyarakat. Antara kata-kata hikmah beliau ialah:

# Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.

# Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.

# Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.

# Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.

# Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.

# Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

# Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.

# Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.

# Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.

# Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.

# Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.

# Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.

# Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.

# Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.

# Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

Tips Menyayangi Diri Sendiri




Salah satu cara untuk mendorong kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tidak lama lagi ialah menyayangi diri sendiri. Menyayangi diri bermakna kita memikirkan keadaan diri kita, menjaga kesihatan, memikirkan masa depan, bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan menjauhi diri daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan diri kita sekarang dan masa depan. Berikut merupakan enam kunci asas untuk menyayangi diri sendiri (yakin terhadap diri sendiri):

1) Belas kasihan - Belas kasihan adalah umpama ubat penyembuh yang bertindak terus di kawasan luka. Dengarlah suara hati anda yang sentiasa menjaga, menyembuhkan, dan bersedia untuk menggembirakan anda. Ia wujud dalam hati kita, cuma kita yang perlu dengar kepadanya.

2) Penerimaan - Tiada manusia yang sempurna, termasuklah diri anda. Tidak kira mana-mana bahagian tubuh anda yang ingin anda ubah, penting untuk anda menilai siapa diri anda sekarang - ciptaan yang bergerak, berubah dan berkembang dengan ciri-ciri dan kelebihan yang tertentu.

3) Hormat - Dalam perwatakan tradisi, ini tidak susah atau banyak permintaan. Dalam dunia pendidikan yang mencabar pula, persaingan boleh menjadikan seseorang itu merasa rendah diri. Ingatkah masa apabila seseorang pernah menunjukkan rasa hormat ketika anda merasa rendah diri? Ingatkah bagaimana rasa hormat itu menceriakan anda bila anda menerima komen itu sebagai benar? Tiba masanya untuk anda memberikan rasa hormat pada diri anda sendiri.

4) Galakan - Kita semua memerlukan galakan untuk mencapai matlamat dan perlu yakin untuk mencapainya. Berusaha untuk mencapai dan belajar dari mereka yang sering memberikan galakan kepada orang-orang lain. Jangan lupa kepada halangan-halangan realistik yang wujud dan sifat-sifat diri yang kental.

5) Sokongan - Pernahkah anda merasa tidak mahu bangun daripada tidur dan seolah-olah ingin menyorokkan diri daripada dunia sekitar? Pada ketika seperti itu barangkali anda inginkan seseorang untuk mendorong serta meniupkan semangat untuk meneruskan hidup. Kita mampu mendorong serta menyayangi diri kita sendiri dengan sedemikian cara, asalkan kita sedar mengenainya.

6) Belaian - Pernahkah anda membelai seekor kucing dan lihat bagaimana kucing itu merasa seronok dengan perbuatan anda itu? Pernahkah anda dibelai sedemikian rupa? Kita mampu membelai diri kita sendiri kerana kita berhak membelai diri kita.

Kita berhak menyayangi diri sendiri.

Pilih Kerjaya Mengikut Zodiak




Libra ( 24/9-23/10 )
Orang Libra memiliki sense yang kuat akan keadilan dan fair play. Mereka sangat menikmati peranan sebagai pemimpin. Warga Libra sesuai jadi PR konsultan, konselor, hakim, diplomat, seniman atau ahli psikologi.

Aries ( 21/3-20/4 )
Orang Aries sangat kompetitif dan menyukai tentangan. Mereka juga pekerja rajin yang memiliki banyak mimpi. Warga Aries sangat sesuai menjadi pakar bedah, atlet profesional, usahawan atau doktor gigi.

Taurus ( 21/4-21/5 )
Taurus adalah jenis pekerja rajin dan dapat diharapkan, setia dan bisa jadi anggotakerja yang baik. Mereka juga amat teliti dan kreatif, sehingga sesuai sebagai pekerja pegawai bank dan seniman.

Gemini ( 22/5-21/6 )
Mereka merupakan komunikator yang baik. Pemikir yang tajam, tak kenal lelah dan ini merupakan aset utama warga Gemini. Kerana itu, mereka sesuai jadi penjelajah, penulis, penterjemah atau ahli angkasawan.

Cancer ( 22/6-23/7 )
Kehadiran Cancer membawa kesenangan serta harmoni dalam suasana pejabat. Mereka sesuai menjadi doktor, guru atau ahli kaunseling .

Leo ( 24/7-23/8 )
Leo senang menjadi pusat perhatian. Mereka suka memberi serta penuh percaya diri dan energitik. Leo merupakan orang yang berani mengambil risiko. Sebagai pekerja, mereka sesuai jadi manager, arkitek, guru, atlet atau presiden.

Virgo ( 24/8-23/9 )
Ingin perubahan cepat ? Virgolah orangnya. Mereka cekap menganalisis dan selalu berusaha mendapatkan jawaban dari setiap pertanyaan. Mereka sesuai menjadi ahli kimia, doktor, manager, usahawan dan penternak.

Scorpion ( 24/10-22/11 )
Orang Scorpion cenderung senang membantu, penuh energi dan sangat fokus pada pekerjaan. Mereka sesuai menjadi doktor, penyelidik, manager, jurutera atau agen rahsia.


Sagitarius ( 23/11-22/12 )

Sagitarius adalah orang yang sangat tepat untuk team penjualan. Mereka memiliki intuisi yang tajam. Selain itu, orang-orang Sagitarius juga seringkali berfikir positif dan optimistis. Cocok sebagai agen jualan langsung, penjelajah, fotografer dan duta besar.

Capricorn ( 23/12-22/1 )
Orang Capricorn adalah pekerja praktikal, konservatif dan suka bekerja keras. Posisi sebagai pemimpin akan memberikan mereka kepuasan. Mereka sesuai di bahagian umum atau pentadbiran, sebagai jurutera atau manager.

Aquarius ( 21/1-19/2 )
Orang Aquarius senang berada di tempat banyak orang. Mereka sangat menyukai tentangan dan hal-hal baru. Kerana itu, mereka sesuai menjadi penulis, ahli politik, ahli sains, angkasawan atau seniman.

Pisces ( 20/2-20/3 )
Pisces yang emosional dan penuh mimpi akan terus berusaha mencapai keseimbangan antara apa yang mereka inginkan dan keperluan untuk berprestasi. Mereka senang membantu serta berkongsi dengan orang lain. Pisces sesuai menjadi peternak, ahli biologi, seniman, doktor, pemuzik atau ahli psikologi.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


p/s: ini bukan ramalan tapi merupakan kecenderungan mereka dalam bidang-bidang berkenaan..

Bahasa Senyum




Cara kita senyum memberikan mesej emosi kita. Kita juga boleh kenal pasti emosi seseorang dengan cara mereka senyum. Apabila seseorang senyum, tidak semestinya dia gembira. Terdapat tiga jenis senyum:

1. Senyuman tanpa mendedahkan gigi.
-Ia adalah senyum yang asas. Apabila seseorang senyum tanpa mendedahkan giginya, dia sebenarnya senyum kepada dirinya sendiri. Ia juga digelar sebagai senyum ahli politik.

2. Senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atas.
-Seseorang senyum dengan cara ini apabila ada pertembungan mata dengan orang lain. Ia adalah senyuman apabila seseorang bertemu dengan orang yang dikenali seperti rakan, pengikut yang rapat ataupun ahli keluarga.

3. Senyuman dengan mendedahkan gigi sebelah atas dan bawah.
-Senyuman jenis ini selalu dilihat apabila seseorang dalam keadaan gembira dan mata akan mengecil ataupun seolah-olah terpejam.

Sayangi Orang Lain Seperti Kita Menyayangi Diri Kita




Sentiasa berminat mahu berkawan dengan semua orang.

Berapa ramaikah kawan dan rakan kita? Mengapa mereka suka berkawan dengan kita? Jawapan mudah adalah kita suka berkawan dengan mereka. Berkawanlah dengan hati manusia. Siramilah hati mereka supaya jadi ceria dan mendapat sesuatu kebaikan daripada persahabatan mereka dengan kita.

Bermanfaat pada semua orang.
Orang suka pada kita atas manfaat yang kita berikan pada mereka. Berilah manfaat itu walaupun sekadar nasihat dan pesanan kecil.

Nabi bersabda, "Sebaik-baik umatku adalah mereka yang banyak manfaatnya."

Berilah sesuatu walaupun sebuah senyuman. Ia sudah memadai daripada kita mengeluarkan kata-kata yang tidak menyenangkan diri orang itu.

Berlapang dadalah kamu.
"Bagaimana pula sekiranya orang itu pernah menyakiti hati saya dan mengkhianati saya?"
Jawapannya, berlapang dadalah kita. Tidak beriman seorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti diri menyayangi dirinya sendiri. Paling kurang, doakan kesejahteraan dengan memberikan salam dan sampaikan salam padanya.

Bekerjalah Kamu




Orang-orang bijak Yunani mengubati orang yang ditimpa keresahan, kesuntukan dan penyakit psikologi lainnya dengan memaksanya bekerja di ladang dan kebun. Dan hasilnya, hanya beberapa waktu ketika, si pesakit telah kembali sihat dan mendapatkan ketenangan.

...maka berjalanlah di segala penjurunya.. (Al-Mulk:15)

Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu sekelian."... (At-Taubah:105)

Orang-orang yang bekerja dengan menggunakan tangannya adalah kelompok orang yang lebih bahagia, tidak terbebani dan bebas dibandingkan yang lain. Cuba perhatikan para pekerja itu, mereka memiliki fikiran yang bebas dan fizikal yang kuat kerana gerak dan kerja mereka.

Dan aku berlindung kepada-Mu dari sikap lemah dan sikap malas. (Hadith)

Jangan Bersedih, Bacalah Kaedah-kaedah Menuju Bahagia




1. Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalambatasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang ke mana-mana. Seterusnya, semua urusan menjadi kacau-bilau serta kecemasan dan kedukaan anda akan menjadi lebih banyak. Inilah makna sabda Rasulullah SAW:

Bila engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya petang hari. Bila engkau berada pada petang hari, janganlah menunggu datangnya waktu pagi.

2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri anda pada masa kini kerana memikirkan masa lalu dan sesuatu yang telah selesai, merupakan kebodohan dan menyebabkan kegilaan.

3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.

4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Teguhkan pendirian anda dalam menghadapinya dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.

5. Beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.

6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan maka berzikirlah kepada Allah.

7. Setiap hamba harus menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar.

8. Jangan menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.

9. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk.

10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri anda.

11. Semua ketentuan Allah (qadha) bagi seorang muslim adalah baik baginya.

12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.

13. Percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.

14. Dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.

15. Dengan musibah diri hati akan bergerak untuk berdoa.

16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.

17. Sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan.

18. Jangan hancurkan hidup anda dengan perkara-perkara yang temeh.

19. Sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas keampunanNya.

20. Jangan marah, jangan marah, jangan marah.

21. Janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air dan bayangan.

22. Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. (Adz-Dzariyat:22)

23. Kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.

24. Pada orang-orang yang tertimpa musibah itu ada suri teladan.

25. Sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan atas mereka.

26. Ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana.

27. Anda perlu lakukan kebaikan dan menghasilkannya dan tinggalaknlah kekosongan atau pengangguran.

28. Tinggalkanlah desas-desus dan jangan percaya kepada khabar angin.

29. Kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.

30. Setiap musibah yang menimpa anda adalah penghapus dosa-dosa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...