Kembara Khidmat Sosial Nur Kasih 2010

Tarikh: 4-6 November 2010
Lokasi: Kelantan - Perak



























































1. Kembara Khidmat Sosial Nur Kasih 2010 anjuran Rakan Radio Amatur Kelantan dan kerjasama Bulan Sabit Merah Kelantan.

2. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat sepanjang program ini berlangsung. Ucapan jutaan terima kasih kepada PARTS ( Perak Amateur Radio Transmitters Society), Bulan Sabit Merah Cawangan Perak serta agensi-agensi yang lain.

3. Foto sepenjang aktiviti ini berlangsung boleh didapati di Facebook.


Forum Belia Belia Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia

Tarikh: 28-30 Oktober 2010
Tempat: Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor









































1. Hanya gambar dahulu yang dapat dimasukkan ke dalam blog.

2. Laporan aktiviti tidak dapat disiapkan lagi kerana tidak lama selepas forum ini, mengikuti konvoi ke Perak bersama rakan Radio Amatur Kelantan dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan.

3. Selain konvoi, kesibukan bertugas sebagai sukarelawan BSM Kelantan dan menolong menghantarkelengkapan memasak bagi pusat pemindahan banjir di beberapa tempat seperti SK Gual Tinggi, Stesen KTMB Rantau Pangajang, SK Rantau Panjang 1 dan SK Rantau Panjang 2.

4. Sibuk bersiap untuk menyambung kembali pengajian di Shah Alam.

p/s: Nanti laporan akan disiapkan secepat mungkin dan dihantar kepada BSM Cawangan Kelantan.

SELOKA SIKAP SI LALAI



Sikap si lalai, biarkan, biarkan…!

Ada mulut tidak dijaga,

Ada anak tidak dilatih,

Ada ternakan tidak dibela,

Ada kebun tidak ditanam,

Ada cerdik tiada selidik,

Ada belajar kepalang ajar,

Ada mengaji tiada mengkaji,

Ada masa tiada kuasa,

Ada kuat tiada buat,

Biarkan, biarkan…!

Si Lalai tidak mungkin maju,

Dia terus begitu,

Kerana sikapnya itu



Iladam

10 Tabiat Rosakkan Otak




1. Tidak mengambil sarapan pagi

  • Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

  • Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

  • Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

  • Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

  • Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

  • Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

  • Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

  • Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

  • Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

  • Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...