Peranan Belia Ke Arah Konsep 1Malaysia



1. Pendahuluan

2. Definasi Belia

3. Definasi Gagasan 1Malaysia

4. Pembangunan Negara Melalui Pembangunan Belia

5. Teras Pembangunan Belia Merealisasikan Konsep 1Malaysia

6. Kesimpulan

1. Pendahuluan

- Negara yang berbilang kaum

- Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri

o Bertepatan dengan kehendak dan citarasa semua kaum

o Falsafah “Pembangunan Negara Secara Bersama

§ Perlembagaan dan Rukun Negara

o Keadilan dan kesaksamaan diutamakan di samping kepentingan bumiputera dijaga.

2. Definasi Belia

Dasar Pembangunan Belia Negara dan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia.

“Malaysia telah pun menetapkan bahawa Belia ditakfirkan mereka yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun”.

3. Definasi Gagasan 1Malaysia

Gagasan 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Seri Mohd Najib B. Tun Abdul Razak

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia (One People) – Kita mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik.”

4. Pembangunan Negara Melalui Pembangunan Belia

Teras utama KBS – Pembangunan belia berteraskan

“Belia adalah pemimpin masa hadapan dan merupakan aset negara yang perlu dipersediakan untuk menggalas cabaran Negara pada masa akan datang.”

Objektif Bahagian Pembangunan Belia

“Mewujudkan Belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotic, serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama selaras dengan Wawasan 2020.”

Perutusan YAB semasa Sambutan Hari Belia Negara 2009

“1Malaysia akan menjadi lebih bermakna sekiranya pendekatan 1Youth 1Malaysia atau 1Belia 1Malaysia. Ini adalah konsep penting untuk diterapkan dalam pergerakan kita.”

5. Teras Pembangunan Belia Merealisasikan Konsep 1Malaysia

A. Budaya Kecemerlangan

- Memastikan setiap perkara yang dilakukan yang terbaik.

- Program yang dilaksanakan;

i. Kursus Kepimpinan

ii. Bengkel Pengurusan Pertubuhan Belia

iii. Program Antarabangsa

iv. Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional

B. Ketabahan

- Ketabahan perlu ada dalam setiap jiwa belia.

- Pegangan belia.

- Program yang dilaksanakan;

i. PJKN

ii. KLD Tunas Samudera

iii. Khemah Kerja-kerja Generasi Bebas Jenayah

iv. Jati Diri Bangsa dan Kepimpinan Kendiri (Y2Y).

C. Rendah Diri

- Amalan hormat menghormati

- Proses penyesuaian diri

- Program yang dilaksanakan

i. Program Belia Quranik

ii. Halaqah / Forum

iii. Pemantapan Akidah

D. Penerimaan

- Pengagihan yang adil dalam semua aspek seperti ekonomi

- Program yang dilaksanakan

i. Skim Tabung Ekonomi

ii. Program Bimbingan Usahawan Muda

E. Kesetiaan

- Kesetiaan Kepada Negara

- Perisai Kedaulatan Negara

- Program

i. Khemah Kerja Patriotsme

ii. Kursus Pemimpin Muda

F. Meritokrasi

- Proses pembudayaan masyarakat belia

- Hala tuju kepada mereka yang layak diberi peluang bersama dalam pembangunan negara.

- Program

i. Program Wanita Lestari

ii. Program Perantis Eksplorasi Kerjaya

iii. Latihan Tidak Formal dan Formal di IKBN

G. Pendidikan

- Belia perlukan ilmu yang cukup

- Peluang yang luas disediakan

- Program

i. Program di IKBN

ii. Kursus Kepimpinan / Perniagaan

iii. Latihan Tidak Formal

H. Integriti

- Integriti yang tinggi di kalangan belia

- Sifat jujur, telus, amanah, ikhlas perlu dalam mendokong Rukun Negara

- Program

i. Promosi Jati Diri Kesukarelaan (PJDN)

ii. Intervensi Gejala Sosial Belia

6. Kesimpulan

- Keutuhan personaliti yang tinggi dapat dipertingkatkan.

- Pembinaan keterampilan golongan belia untuk bersaing dalam persekitaran globalisasi yang penuh cabaran.

- Semangat kesukarelaan dapat digilap.

- Melahirkan golongan belia yang lebih bertanggungjawab dan berakauntabiliti bagi menjadikan belia lebih bertanggungjawab dan komited.

Doa Itu Mudah


p/s: Sama-sama kita berdoa..

Remove Friend Di Facebook


Facebook, ramai orang kenal laman sosial ini. Tidak terkecuali aku sendiri turut ada akaun di laman sosial ini. Kalau tidak salah, akhir tahun 2008 atau sebelumnya lagi aku mula sertai laman sosial ini.

Ada banyka perkara yang berkaitan dengan laman sosial ini antaranya bertemu kembali rakan-rakan lama yang terpisah sejak sekian lama. Tambah lagi membangkitkan kembali kenangan semasa zaman persekolahan yang setelah sekian lama ditinggalkan. Ada yang sudah berkahwin, bertunang dan sudah mempunyai cahaya mata. Tidak lupa juga,ada grup lepasan sekolah berkenaan atau alumni turut dibuka untuk mengumpulkan kembali rakan-rakan yang telah terpisah sekian lama.





Gambar diatas adalah gambar sebenar yang diambil dari salah satu grup yang telah disertai. Di sebalik gambar itu, terdapat satu cerita. Salah seorang kenalan semasa belajar dahulu telah ditimpa musibah dan nukilan beliau masih kekal di situ. [kemalangan pada 13 Ogos 2010 ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada usia 24 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah]



Berkenaan sikap segelintir rakan-rakan di dalam laman sosial tersebut yang selama ini baik dan ada juga yang telah kenal sekian lama. Ada masanya, apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku maka mereka akan 'remove' sebagai kawan atau 'unfriend' dengan kita. Apa kata sekiranya aku bukan sahaja 'block' kamu di dalam Facebook tetapi juga 'block' kamu di dalam dunia realiti? Puas hati bukan?

Apa pun, cubalah bersikap matang dalam hidup. Perbuatan 'block' orang dalam Facebook bukan boleh buat apa-apa kesan melainkan mencetuskan api permusuhan. Mungkin kerana mereka ingin lari dari kesilapan yang telah dilakukan, mereka bertindak sedemikian. Boleh juga dikatakan mereka ego dengan sikap mereka dan tidak boleh menerima teguran dan pandangan orang lain.

p/s: Ramaikan kenalan dan suka berkawan dengan ikhlas. Pasti anda boleh.

Nak Berehat



Rasanya nak berehat seketika dari singgah di laman sosial Facebook dan juga kemaskini blog ini dan blog satu lagi. Jika ada masa akan masuk balik untuk tulis apa yang berlaku dan sesuatu yang menarik yang telah berlaku sepanjang pengamatan diri yang tidak seberapa ini.

Nak berehat seketika. Kalau rajin, mungkin sehari, 2-3 nukilan atau post akan muncul di dalam blog ini. Sekian, terima kasih.

p/s: Sampai kita berjumpa lagi.

Sambutan Maulidur Rasul 2011





Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul kepada semua umat Islam seluruh dunia. Tema sambutan perayaan di Malaysia adalah 1 Malaysia 1 Ummah.

Ini adalah ulusan dari blog Komunitikini.com yang ditulis oleh saudara Fazly Esa di blog tersebut.
Pautannya adalah disini: Klik di sini.


Majlis sambutan bertemakan “1 Malaysia 1 Ummah` di peringkat kebangsaan itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Yang di pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perasmian sambutan dijangka bermula seawal jam 7.30 pagi.

Ia kemudiannya diikuti dengan perarakan kontinjen dan seterusnya majlis perhimpunan pada pukul 8.30 pagi.

Peserta terdiri daripada 42 kontinjen kerajaan, 15 kontinjen badan berkanun, 16 kontinjen swasta, 11 kontinjen pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sembilan kontinjen institusi pengajian tinggi (IPT) dan 10 kontinjen sekolah.


Berikut adalah antara gambar yang sempat diambil semasa petugas Bulan Sabit Merah Malaysia yang bertugas semasa program tersebut berlangsung;



[Kontinjen Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan]

[Kontinjen Polis DiRaja Malaysia]

[Polis]

[Perarakan dengan memuji baginda Rasulullah]

[Di hadapan Kementerian Kewangan]

[Kontinjen Imegresen]

[Kontinjen Jabatan Pendaftaran Negara]

[Petunjuk ke tempat berakhir di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin]

[Istana Kehakiman]

[Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin setentang dengan Istana Kehakiman]

[Petugas BSM]

[Salah satu petugas ditemuramah oleh salah satu stesen tv negara arab]

[Temuramah dan ucapan sempena sambutan Maulidur Rasul]

[Petugas dari Universiti Islam Antarabangsa, Gombak]

[Universiti Islam Antarabangsa, Gombak]

[Berhampiran kawasan masjid dan tempat berakhir]

[Sebilangan kecil petugas BSM]

[Rawatan untuk si kecil]


[bersama salah seorang petugas]

Sambutan Hari Maulidur Rasul adalah salah satu simbolik tanda kecintaan kepada baginda Rasulullah SAW. Perjuangan beliau untuk menegakkan syiar Islam dengan menghapuskan fahaman jahiliyah dan pagan yang selama ini membelenggu umat manusia.

Banyak contoh perbuatan jahiliyah yang telah berlaku pada zaman sebelum kenabian baginda yang boleh kita jauhi dan ambil iktibar darinya. Belajarlah sejarah. Belajarlah sejarah. Belajarlah sejarah. Semoga apa yang berlaku pada zaman dahulu tidak berlaku dan berleluasa kepada diri kita, keluarga, masyarakat dan negara.

Kita masih bertuah berada di Malaysia dan sekiranya ada masalah, dapat diatasi dengan jalan perundingan, perbincangan dan muzakarah serta lain-lain lagi tanpa melibatkan pertumpahan darah. Fahaman yang tidak bersesuaian dengan norma fitrah manusia tidak seharusnya ada di dalam diri setiap orang dari kita. Wassalam.

p/s: Satu ummah yang bertamadun dan pemikiran perlu pintar dan cerdik, didokong oleh Sunnah dan Al-Quran.

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul


Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasulullah SAW buat semua pembaca blog ini.

p/s: Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul

Aku Jatuh Cinta




Forum Aku Jatuh Cinta

Tarikh : 14 Februari 2011

Tempat : Pusat Islam, Management & Science University



Ahli Panel:

1. Ustaz Hasbi Abdul Rahman
2. Ustaz Pahrol Juoi



Mukaddimah - Falsafah dan Konsep Cinta



Ustaz Hasbi Abd. Rahman


Cinta hakiki adalah kepada Allah dan Rasul.

Prioriti:

- Letakkan cinta kepada Allah dan rasul sebagai keutamaan.

- Bertemu dan berpisah kerana Allah.



Ustaz Pahrol Juoi


-Cinta asal dari syurga (Adam dan Hawa).

-Cinta warisan dari rasul dan orang soleh.

-Mujahadah - 'Sebalik kepahitan ada kemanisan'.

-Kawalan - Cinta itu fitrah tetapi ada kawalan.

-Cinta makanan hati, fitrah.

-Cinta?
- Cinta adalah tanggungjawab, amanah.

- Love is a verb not work.



Ustaz Hasbi Abd. Rahman


-Panduan pilih pasangan
- kecantikan, keturunan, kekayaan dan agama. Tetapi pilihlah yang beragama, nescaya selamat.

- Berusaha untuk mencari jodoh.

- Allah Maha Adil.



Ustaz Pahrol Juoi


- What you see is what you get.

- Lihat cinta dari pandangan Allah.
- Allah lebih tahu berbanding kita.

- Percaya pada Hari Akhirat.
- Apa yang kita buat pada hari ini akan mendapat balasan.

- Perbaharui perkenalan setiap hari, dengan pasangan yang sama jika sudah berkahwin.

- Sandarkan kepada Allah.
- Boleh dirujuk kepada blog Ustaz Pahrol di blog ini: http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/

1. Jadilah orang baik
- Akan dapat jodoh yang baik.

2. Ikut pilihan orang yang baik.
- Orang baik, soleh dan keluarga yang baik.

' Orang yang berkali-kali jatuh cinta adalah orang yang tidak mencintai diri sendiri'


- Apa tujuan Allah berikan cinta?

i. Kena tahu kenapa manusia diciptakan.

ii. Sebagai khalifah, menegakkan syariat Allah.

' Cinta bukan tujuan tetapi jalan'

'Dahulukan cita-cita sebelum cinta'

'Cintailah cita-cita'

'Apa yang kita fikirkan tidak dapat melangkaui ilmu Allah'



Rumusan


Ustaz Hasbi Abd. Rahman


- Cari siapa yang boleh membimbing kita untuk mencapai cita-cita.

- Mencintai Allah dan rasul lebih utama dari segala-galanya.


Ustaz Pahrol Juoi


- Jika hati bersih, cinta itu bersih.

- Perbaiki solat untuk membaiki hati.
- Jaga solat.

- Sematkan dalam diri, 'Aku Khalifah'.
- Tidak hiraukan perkara remeh-temeh dan melalaikan.


Nota: Sedikit sahaja yang sempat disalin dari petikan dan cermah yang disampaikan oleh Ustaz Hasbi dan Ustaz Pahrol. Hanya isi penting dan huraian tidak dapat disalin kesemuanya. Harap maklum.

p/s: Kita bertemu dan berpisah kerana Allah..

Coretan Buat Bakal Isteriku




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Untukmu, Bakal isteriku..


Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “Kau tercipta untukku.”

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.


Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yg hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kpdnya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.


Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar sheikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah di sisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

“Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”


Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu.

“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.” (Surah An-Nuur: 26)


Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku di samping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.


Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.


“Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”


Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.


Dariku, Bakal Suamimu.

Nukilan: Musafir Hidayah


Juga terdapat di dalam blog ini:


http://airmien.wordpress.com/2011/02/13/coretan-buat-bakal-isteriku/



p/s: Nukilan buat bakal isteriku..

The Internet Brings More Harm Than Good to Today's Youth.


Debate between two different background of school, Arabic (Madrasah) and American School. Don't bother about their background, but the points what she want to share. Just enjoy watching this video.

p/s: Internet among teenagers today..

Are You Going to Finish Strong


A must watch video.

When you think that you're the most unluckiest person in the world, you might want to think again.

When you feel like giving up, hope whispers one more time (you should try again, even if it's for the 100th times).

Be strong.

"Live well or hell, you choose."
-Hlovate

It doesn't matter if you fail, even if you failed, at least you can look back and say, "Hey, I've tried my hardest." (thanks to Laura)

p/s: Be strong..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...