Buat Juju




‎"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities. Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed"

Dariku: Jangan sedih-sedih ya.. Same goes to me too..

p/s: Copy from my pal's status..

Maafkan Cikgu



Cerita ini boleh kita jadikan iktibar dan petua untuk lembutkan hati kita untuk kebaikan bersama.

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.”

Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta-kata pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut;


i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah


p/s: Pesanan terbaik untuk guru dan bakal guru

Di Bawah Langit Ini [Intro]

"Abang, kasut adik dah koyak!"

"Iya, nanti abang belikan untuk adik yang baru." Perlahan dipandang wajah adik kesayangannya. Hati sayu.

"Adik nak kasut yang macam Aiman pakai tu. Nak macam dia." Semakin kuat jeritan suara kanak-kanak tersebut.

"Nanti bulan depan abang belikan ya, sayang. Abang akan belikan adik kasut yang lebih baik daripada Aiman. Abang janji dengan adik."

Rosli memandang sayu adiknya masuk ke dalam rumah. Adiknya masuk ke dalam rumah dengan mencebik bibir. Walaupun adiknya manja, dia tetap sayangkan adiknya. Darah daging dia sendiri. Semenjak kehilangan ibu bapa mereka kerana denggi, dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai seorang abang dan juga ibu dan bapa kepada adiknya yang berumur 8 tahun.

Mereka tinggal agak jauh di pinggir hutan kerana tanah yang mereka duduki sekarang merupakan tanah peninggalan bapa mereka yang merupakan seorang peneroka. Tanah yang sekangkang kera inilah tempat mereka sekeluarga tinggal sejak dia masih kecil lagi. Dia bekerja kampung, bercucuk tanam di belakang rumah mereka. Hasil jualan tanaman di pekan digunakan untuk menampung makan dan minum mereka berdua.

Setiap pagi dia akan menghantar adiknya ke sekolah yang terletak di pekan berhampiran melalui jalan kampung di pinggil hutan tersebut. Begitulah rutin hariannya setiap pagi sesudah selesai menunaikan solat fardhu Subuh. Selesai sahaja menghantar adiknya, dia akan kembali menyambung berkebun di belakang mereka. Bercucuk tanam dan menjualnya kepada pemborong yang membeli hasil tanaman orang kampung di kampung mereka, Kampung Air Tawar.


Tanda-Tanda Kematian




100 hari

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian

hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang-piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha Berkuasa lagi Pemurah lagi Maha Mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM


Selamat Dari Kemalangan





Semalam, 7 Januari 2011, rakanku yang kemalangan tempoh hari di Genting Sempah telah datang ke rumah. Sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Lebih kurang setahun lebih juga la lebih kurang. Aku dapat berita tentang kemalangan ini ketika aku hendak mendaftar balik pengajian di Shah Alam, Selangor. Kejadian ini berlaku awal bulan November 2010 yang lepas.

Ada dua keping gambar terbaru dia selepas kemalangan tersebut. Gambar sersebut adalah di bawah;

[Aku dan Jiji]

[Ben dan Jiji]


[ Jiji selepas pembedahan ]

Gambar Jiji selepas kemalangan dan selesai pembedahan kalau tidak salah yang di ambil dari laman sosial, Facebook yang di'tag' di salah seorang rakan dia.

Dalam kejadian tersebut, ada 3 orang yang menaiki kenderaan sama dengan dia. Dia yang bawa kenderaan dan yang paling teruk terkena impak. Dua orang, salah seorang patah tulang di bahagian siku dan seorang lagi membabitkan bahagian abdomen.

Menurut sumber, kenderaan yang dipandu berpusing beberapa kali dan merempuh pembahagi jalan. Kenderaan remuk teruk.

Jiji yang paling teruk terkena. Tempurung kepala terpaksa dibuang sedikit di bahagian 'Frontal Bone' kerana hancur akibat kemalangan. Mungkin terhantuk dengan kuat di pintu kenderaan yang mereka naiki.



Kesan jangka panjang, kita tidak ketahui dengan lebih mendalam. Mungkin memori akan terganggu sedikit. Yang lain, kita berserah kepada Allah. Semoga tidak ada kesan yang lebih teruk pada masa akan datang. Syukur lah kerana Allah masih menyayangi dia.

p/s: Berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang. Mereka menanti kepulangan anda dengan selamat. Peringatan buat anda dan diri sendiri juga. Semoga dijauhi dari segala musibah. Amin amin amin..

Abang Chik




Abang Chik : Dik, watpe tue?
Adik : Adik da hal sikit tadi
Abang Chik : Owh, sorry la ganggu adik. Tadi abang call
Adik : Owh,hehe
Abang Chik : Huhu..adik buat apa?
Adik : Duk belek tesis
Abang Chik : Owh..nanti tidur pukul berapa?
Adik : Satu kot
Abang Chik : Owh,lewat juga tue..jangan lewat sangat tau..nanti adik sakit
Adik : Ok
Abang Chik : Saje je sms adik dan nak call tadi..tengah buat nota je nie..stress jugak la.
Adik : La tension nape
Abang Chik : Entah la dik..banyak sangat nak kena buat.. Notes abang takde sentuh langsung, duk sibuk buat lab report je..ketika quiz nie baru nak buat notes
Adik : Owh gitu kesian dia
Abang Chik : Hehe..tue la pasal abang stress nie..harap adik tak kisah ya abang sms adik nie
Adik : Ok je
Abang Chik : Thanks dik..kalau nak tidur cakap la ya
Adik : Ok, kul satu tidur
Abang Chik : Ok..dah lama tak sms sikit macam dulu dengan adik
Adik : Ya, abang kan ada Along dulu
Abang Chik : Hehe..bila couple nie, mesti ada yang buat abang rasa macam pinggirkan adik..maaf la ya
Adik : Takpe, adik tak kisah pun. Adat la
Abang Chik : Macam tak fair pula bila ada couple nie, tak boleh nak luang masa untuk adik yang sebelum nie boleh kata ngam la..abang kenal adik kan dah lama
Adik : Takpe, tue lumrah..adik jenis tak kisah..kalau dia nak borak adik ok..kalau tak nak pun takpe
Abang Chik : Abang kalau boleh, partner abang nanti boleh terima adik sebagai adik abang dan anggap adik nie sebagai sebahagian dari abang..kalau dia terima abang, dia pun kena terima juga adik..



Baca cerita macam ini pun ok juga. SMS di antara seorang abang dengan adiknya di mana tempat dia mengadu masalah berkaitan hati dan perasaan. Mungkin ianya pernah terjadi dalam hidup kita, mungkin ianya pernah terjadi kepada kawan kita yang rapat dengan kita. Apapun, kita tidak dapat lari dari meluahkan perasaan kepada orang yang rapat dengan kita.

Sumber: Seorang rakan

p/s: Seorang adik

Kamu Tidak Takut Darah?

[model sama tetapi bukan macam ini]


Setiap kali aku memuatnaik (upload) gambar berkaitan kemalangan, pasti ada yang akan komen, "Kamu tidak takut darah ke?" dan lain-lain lagi.

Bagi aku, tidak perlu takut kerana ia adalah normal kerana mungkin suatu hari, anda akan menghadapi keadaan, orang yang anda sayangi mengalami kemalangan dan tidak ada sesiapapun yang boleh menolong melainkan anda.

Satu kemalangan yang hampir meragut nyawa aku dulu mungkin salah satu faktor mengapa aku tidak takut dengan kemalangan. Pengalaman itu masih segar dalam ingatan.

Aku dalam perjalanan pulang selepas menghantar rakan di rumah dia di Kampung Sireh selepas waktu persekolahan. Naik dengan kadar normal di atas jalan dan mengikut undang-undang jalanraya. sebaik sahaja melewati Masjid Telipot, tiba-tiba ada kereta masuk untuk ke lorong yang ada selepas masjid berkenaan.

Akibatnya, aku tergolek di atas bonet hadapan kereta berkenaan. Absorber hadapan bengkok dan mengalami kecederaan di bahagian kaki. Nasib agak baik kerana ikat dengan kemas tali topi keledar. Kalau tidak, mungkin mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala.

Peristiwa itu berlaku ketika hari pertama Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2003 dan kalau tidak salah, subjek Biologi di SMK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Seluar koyak di kaki. Cadangan awal, aku nak ke Pustaka Al-Zahra (kalau tidak salah) di Jalan Merican, yang menghala ke Billion. Ada satu kumpulan belajar di sana bersama rakan-rakan satu sekolah.

Aku tidak tahu macam mana mereka dapat berita aku kemalangan ketika itu. Mungkin ada rakan dari sekolah tersebut yang nampak kejadian tersebut dan mereka terus datang ke tempat kemalangan berkenaan. Terima kasih kepada rakan-rakan dan orang ramai yang ada di kawasan kemalangan yang membantu.

Peringatan terbaik. Kita mungkin sudah berhati-hati tetapi jika orang lain tidak berhati-hati, ianya turut menyumbangkan kadar kemalangan di negara kita. Alhamdulillah, aku masih boleh bernafas lagi di bumi Allah ini. Syukurlah tidak terkorban di jalan raya.

Link di bawah adalah makna Fobia Darah dari Wikipedia.

p/s: Sama-sama berhati-hati di jalanraya.

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua. Semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun lepas. Amin

p/s: Selamat Tahun Baru 2011

Kekasihku Masuk Wad



Masuk bengkel lagi kekasihku ini. Banyak kenangan bersama beliau yang tidak dapat dilupakan. Takpe la, asal boleh jalan dan memberi perlindungan dari panas dan hujan. Pergi perkhemahan Bulan Sabit Merah bersama dengan rakan serta bertugas di beberapa tempat yang memberi banyak kenangan kepada aku.

Mengunjungi rumah kenalan bersama kekasihku ini walaupun jauh namun aku tidak kisah kerana bimbang apa-apa yang akan terjadi kepada dia di tengah jalan. Panas dan hujan relaku pergi.

p/s: Kekasihku

From Hong Kong With Love

[ Mustakim dan Athirah ]

[ Mustakim]

[Hong Kong]

[ Mustakim]

[ Dapat Cenderamata ]
[ Hong Kong dan China ]

[ Hong Kong dan China ]

[ Athirah ]

[Papua New Guinea]

[ Laptop ]

[ Ada makanan dari Hong Kong yang rasanya seperti Marshmellow ]

[ Sebelum berlepas pulang ke Kelantan ]

Pada 29 Disember lepas, aku ke LCCT dari Seksyen 13, Shah Alam untuk menyambut kepulangan rakan-rakan, Nik Mohd Mustakim dan Noor Athirah yang telah ke Hong Kong sempena Asia Pasific Red Cross Red Crescent Youth Leaders Forum.

Walaupun sekejap sahaja iaitu dari kira-kira pukul 7 petang sehingga 8 malam tetapi ianya berbalai kerana ada sedikit buah tangan yang diterima. Bukan buah tangan atau cenderamata yang dipinta tetapi pengalaman yang dapat dikongsi apabila berada di luar negara, berjumpa dengan ahli-ahli dari negara-negara lain yang mempunyai minat yang sama iaitu semangat sukarelawan.

Tahniah kepada peserta yang telah terlibat di dalam program tersebut.

p/s: Sukarelawan sudah sebati di dalam jiwa kami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...