Merentas Desa SMK Kedai Buloh

Satu Kejohanan Merentas Desa telah diadakan di SMK Kedai Buloh pada Khamis, 18 Februari 2010. Sekolah ini terletak di jalan menghala ke Pantai Cahaya Bulan. Seramai 5 orang petugas dari Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan telah hadir sebagai petugas disamping membantu ahli Bulan Sabit Merah yang telah sedia ada di sana. Berikut adalah gambar yang dapat diambil sepanjang aktiviti berkenaan;

[Petugas]

[Salah seorang pelajar telah terlibat dalam kemalangan dengan motosikal]

[Sedang dirawat oleh ahli Bulan Sabit Merah SMK Kedai Buloh]


[Peserta di meja pendaftaran selepas selesai acara]

[Suasana semasa aktiviti berkenaan]
Guru Penasihat, Cikgu Rohani merupakan salah seorang guru yang aktif dalam Bulan Sabit Merah dan beliau akan bersara pada tahun ini. Berkemungkinan akan menyambung lagi perkhidmatannya selama 2 tahun. Sebelum ini, beliau pernah mengajar di SMK Zainab 1 yang terletak di Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.
p/s: Berhati-hati di jalan raya. Sepatutnya kenderaan memperlahankan kelajuan apabila ada kejohanan yang membabitkan pelajar sekolah.

Cup Cake

[Comel sampai tak tergamak nak makan]

[Handmake]

[Pelbagai pilihan]
Sudah lama aku tak update blog ini. Sibuk dengan urusan yang sedikit sebanyak membantutkan urusan untuk update blog ini.
Aku menerima satu sms dari seorang kawan lama yang sama-sama belajar di tingkatan 6 (juga merupakan salah seorang geng kamceng) ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk urusan pemindahan pesakit.
Pada petang ini, 17hb aku ke rumah dia untuk mengambil cup cake yang telah dibuat. Teras sayang pula untuk makan. Banyak juga cup cake yang telah dibuat untuk pensyarah dan kawan-kawan dia termasuklah kami geng-geng dia. Nampaknya aku yang terawal (walaupun ketika itu petang, lebih kurang pukul 6.30petang) datang untuk mengambil cup cake berkenaan.
Terima kasih diucapkan kepada Hidayah Halim Chua ( Kami panggil Ida Sweet) atas pemberian kek itu.
p/s: Comel sampai tidak tergamak nak makan.

HUSM Kelantan Ke Kuala Muda Pulau Pinang

[HUSM Kubang Kerian]

Pada 16 Februari 2010, aku dan salah seorang ahli Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan telah ke Kuala Muda Pulai Pinang kerana urusan pemindahan pesakirt dari HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia).

Kami bertolak dari HUSM lebih kurang pukul 5.15 petang (16hb Februari) dan sampai di rumah waris pesakit lebih kurang pukul 12.15 tengah malam(17hb Februari).

Selepas selesai urusan di rumah waris pesakit, kami singgah dahul di Tasek Gelugor untuk mengalas perut sebelum bertolak pulang ke Kota Bharu lebih kurang pukul 2.30 pagi. Kami sampai di Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan lebih kurang 9.30 pagi.


[Seberang Prai]

[Tasek Gelugor]

p/s: Perjalanan ini mengambil jarak sejauh 760km pergi dan balik

Temuduga Kementerian Belia dan Sukan

[Pertukaran Belia Antarabangsa]



[KLD Tunas Samudera]

[Surat Akuan]

Pada 10 Februari yang lepas, aku telah hadir ke Kompleks Belia dan Sukan Kelantan yang terletak di Panji. Tiada apa yang hendak ditulis di sini melainkan beberapa perkara atau soalan yang telah disoal oleh panel-panel kepada peserta.
Antara soalan yang telah disoal adalah seperti berikut;

1. Apakah definisi belia di Malaysia
2. Apakah kelebihan yang ada pada para peserta
3. Apakah harapan sekiranya terpilih mewakili Malaysia
4. Konsep 1Belia 1Malaysia
p/s: Rasa agak cuak juga sebab pertama kali temuduga secara formal

Kempen Derma Darah Unit 8 BSM Cawangan Kelantan

Pada 6hb Februari 2010 yang lalu, Unit 8 Pasukan Bantuan Sukarela Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan telah mengadakan satu program Kempen Derma Darah bertempat di Tok Belian, Bachok.

Program ini turut disertai oleh Hospital Universiti Sains Malaysia, Kolej Kejururawatan Poly-Tech MARA dan juga Kolej Masterskill Cawangan Kelantan.

Unit 8 diketuai oleh Dr. Seri Buana iaitu Komandan unit berkenaan dan beliau juga merupakan doktor di Klinik Komuniti. Selain itu, acara sukaneka dan pemeriksaan kesihatan turut disediakan.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program berkenaa;


[Aktiviti mewarna bagi kanak-kanak]

[Aktiviti kanak-kanak]

[Penjaga berada disisi peserta mewarna]

[Kaunter pemeriksaan kesihatan]

[Pendaftaran]

[Acara sukaneka]

[khemah sukaneka]

[Acara kanak-kanak]

[Pertandingan Karom]

[Pemeriksaan dari doktor]

[Dr. Seri Buana sedang memeriksa pengunjung]

[ahli Bulan Sabit Merah]

[Saudara Rudi]

[Sedang mengambil video]

[Acara dewasa kategori wanita]

[petugas]

[jamuan makanan kepada pengunjung dan peserta]

[Dari Kolej Kejururawatan Poly-Tech MARA]

[Berehat selepas menjamu selera]

[Result ECG]

[Hilman dan Rudi]

[Petugas sedang menjamu selera]

[sedang mengait buah jambu]

[Komander Unit 1, Abang Lan]

[Jurulatih IPC, Abang Din]

[Sedang berehat di atas dangau]



[Dengan salah seorang ahli]

[Petugas di kaunter]

[Pelajar Kolej Masterskill]


[Bergambar sebelum balik]

Diharapkan agar program sebegini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana program ini sekurang-kurangnya dapat menampung bekalan darah di hospital-hospital yang amat memerlukannya kerutama ketika kejadian kemalangan, pembedahan dan lain-lain lagi.

p/s: Sumbangan darah dari anda amatlah dihargai.

HUSM (Kubang Kerian, Kelantan) - Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar, Kedah)

Pada 3hb Fabruari 2010, aku dan salah seorang ahli Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan menerima satu tugasan untuk memindahkan pesakit dari Hospital Universiti Sains Malaysia Cawangan Kampus Kesihatan yang terletak di Kubang Kerian, Kelantan.

Pesakit ini telah dimasukkan ke hospital berkenaan kerana terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Salor dimana membabitkan 3 kenderaan. Pesakit ini patah di tangan, peha dan pinggul.

Perjalanan ini sejauh hampir 800 km pergi dan balik. Kami bertolak dari HUSM lebih kurang pukul 11.30 pagi. Kami singgah dahulu di Kolej Kejururawatan Masyarakat Pasir Mas kerana keluarga mangsa dari Kedah telah datang ke Kelantan untuk membuat laporan polis di Pengkalan Chepa.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang perjalanan kami;


[Rakan-rakan pesakit mengerumuni ambulans untuk bersua muka

dengan pesakit sebelum bertolak ke Kedah]

[Pelajar Kolej Kejururawatan Masyarakat Pasir Mas]

[Hadapan Pejabat Pentadbiran]

[Hadapan Pejabat Pentadbiran]



[Papan tanda]

[Di atas jambatan Tasik Banding, Perak]
[Bandar Alor Setar]

[Menara Alor Setar]

[Pintu masuk Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar]

[Ambulans berdekatan kuarters Hospital Sultanah Bahiyah]

[Di hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma]

[Kaunter Jabatan Kecemasan dan Trauma]

[Hospital Sultanah Bahiyah]
Kami bertolak pulang dari Hospital Sultanah Bahiyah lebih kurang pukul 9 malam pada 3hb Februari dan sampai di Kota Bharu lebih kurang pukul 2 pagi 4hb Februari. Semoga mangsa kemalangan ini cepat sembuh. Amin...
p/s: Berhati-hati di jalan raya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...