10 Jenis Tangisan



Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan

 

1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.

2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

 

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An

Najm : 43)

 

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?. kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis Tercela Atau Terpuji 

Ada  tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada  pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda :

Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu.

Kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu."


Air Mata Yang Tiada Dituntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

 

Dari itu..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 an moga-moga akan mendapat ampunan-Nya jua.

Junjungan Mulia bersabda 

"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam." 

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat" Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

 

Berkata Salman Al Faarisi . Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah SAW dan para sahabat-sahabat.

2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3. Aku tidak tahu sama ada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

 

Air Mata Tanda Rahmat Tuhan.

Rasulullah saw bersabda :


"Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.


1) Apabila dahi nya berpeluh.

2) Airmatanya berlinang.

3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

 

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat."

(riwayat dari Salman al Faarisi)

 

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."


p/s: Tangisan keinsafan di atas dosa yang telah dilakukan ketika zaman kejahilan adalah tangisan yang terbaik, mengenang dosa yang telah dilakukan.

Ruang Tamu Menarik
















Gambar di atas adalah contoh ruang tamu yang agak menarik yang dapat dikongsi buat semua. Jika ada yang berkenan, boleh la tiru contoh yang telah diberikan. Rasanya kos tidak la begitu membebankan kerana ada di antara contoh di atas, agak ringkas dan menarik.


p/s: Ada yang berkenan ke untuk di ambil contoh?

Wallpaper Menarik Untuk Dikongsi









Gambar-gambar di atas boleh dijadikan wallpaper atau skrin rias (dalam bahasa melayu) komputer dan laptop blogger semua. Enjoy!

p/s: Kongsi bersama.

Ulang Tahun Pertama



[Twister Oren]

Pada 26 September 2009, maka genaplah setahun wujudnya blog ini. Tiada apa yang dapat diulas berkenaan ulang tahun ini melainkan akan meningkat mutu serta kupasan yang menarik berhubung sesuatu peristiwa.

Apa yang telah disiarkan mungkin telah ada dalam mana-mana blog tetapi disebabkan ianya amat bermakna dan rasanya patut dikongsi bersama, maka wujud ladi dalam blog ini.

Harap maaf jika mutu tulisan agak tidak memuaskan disamping gaya bahasa yang agak bersahaja dan tidak menepati kriteria seorang penulis handalan yang lain.

Identiti blog ini; Cerita di sertakan dengan gambar walaupun kadang-kala ianya tidak ada kaitan atau mungkin tidak semenarik cerita yang disiarkan.

Harap berpuas hati selama berkarya.


Ada orang pernah bertanya, macam mana nak buat blog dia jadi menarik.. Jawapan yang dapat diberikan adalah seperti berikut:


1. Setiap cerita kalau boleh perlu disertakan gambar. Ini kerana setiap pengunjung mungkin ada yang tidak gemar membaca sahaja, perlu disertakan dengan gambar yang menarik.

2. Gaya nukilan tidak perlu terlalu meleret sehingga hampir menyamai thesis. Ini mungkin agak membosankan bagi sesetengah pengunjung.

3. Cerita berdasarkan pengalaman agak menarik untuk ditulis dan dikongsi bersama. Mungkin pengalaman hidup lebih kurang dan pengalaman hidup orang lain.

4. Sekiranya ambil cerita dari sumber yang lain, pastikan disertakan 'link' dan 'credit' kepada penulis asal.

5. Pastikan nukilan sebolehnya betul ejaan dan tatabahasa. Ayat mungkin tunggang-langgang tetapi ejaan pastikan betul dan mungkin ada yang lebih suka sempoi. Ini terpulang kepada individu masing-masing.



[Buah-buahan di negeri kelahiranku,Kelantan..
Diambil di Pekan Rantau Panjang..]

[Sotong Kering..Pernah makan?]

p/s: Selamat menulis semua

Majalah Sekolah


[Kijang, SMK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan..2001-2003]


[The Kijang, Maktab Sultan Ismail @ Sultan Ismail College (SIC) , Kota Bharu, Kelantan..2004-2005]


[Dari sudut berbeza]


[Kijang dan The Kijang]


[Susunan mengikut tahun, 2001-2005]


[Mengikut tahun diterbitkan]

Majalah sekolah dari bekas sekolah yang aku pernah menuntut dahulu. Tahun 2002, menyertai Badan Redaksi Kijang, SMK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Hanya menyertai Badan Redaksi Kijang selama setahun kerana tahun berikutnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tumpu perhatian kepada peperiksaan dan melepaskan jawatan dalam Badan Redaksi. Turut memegang jawatan sebagai Exco Majlis Pengawas dan Pengerusi atau Staff Sarjan Bulan Sabit Merah Malaysia. 

Tahun berikutnya, menyambung pengajian di Tingkatan Enam di Maktab Sultan Ismail (lebih dikenali sebagai Sultan Ismail College, SIC) , Kota Bharu, Kelantan. Tahun 2004, sebagai pembantu yang bertanggungjwab menaip maklmat pelajar dan aktiviti sekolah untuk dimuatkan dalam majalah sekolah, The Kijang. Tahun 2005, memegang jawatan Jurugambar bagi Badan Redaksi The Kijang. Bersama-sama dengan ahli yang lain, kami cuba mempersembahkan apa yang terbaik yang dapat kami berikan. 

p/s: Sekadar ingatan. Teringat balik kenangan zaman persekolahan.

Cinta Budak Sains




Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan?

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian. 

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar. 

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yang telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah
kau tidak percaya?

Aku: Ya, aku percaya. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yang susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-betul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.

Biarkan aku sendirian...


p/s: Aplikasi sains? Ados.. Hehe..

Isteriku Itu Adalah Sebaik-baik Wanita Bagiku

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
  " Semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

  "Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

  Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya."


Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.


p/s: Sebaik-baik isteri..

Asakelate 1st Anniversary


[asa kelate jah bereh belako]

Alhamdulillah. Pada 23 September 2009 bersamaan 4 Syawal 1430H, bertempat di Damai Melawi Beach, Bachok, ahli-ahli Asakelate telah mengadakan satu perjumpaan sempena sambutan ulang tahun pertama. Tujuan asal penubuhan jaringan sosial ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli terutama dari kalangan warga negeri Kelantan yang menetap di Kelantan, Malaysia dan luar negeri. Tidak terkecuali negeri sekitar Kelantan yang rata-rata pernah berkawan dan mengenali warga Kelantan dari sudut budaya dan adat warisan yang telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Pelopor penubuhan jaringan sosial ini ialah saudara Alisabki dan dibantu oleh ahli-ahli yang mempunyai komitmen yang penuh sepanjang penubuhannya. Ucapan jutaan terima kasih kepada peserta yang telah terlibat sepanjang program ini.


Berikut adalah di antara gambar yang dapat dikongsi buat semua;  

























p/s: Semoga ukhuwah di antara kita berpanjangan. Amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...